Saturday, July 13, 2013

RESEPI - NASI BRIYANI 1MALAYSIA

Oleh Chef Riz

Bahan-bahan:
500g Beras Basmathi (direndam air 40 minit)
400ml Stok Ayam
200ml Susu Sejat
1\2 ekor ayam (dibersihkan)
2 sudu besar Rempah Briyani
60g minyak Sapi
60ml minyak New Vida
5 Cengkih
6 Buah Pelaga
4 Bunga Lawang
2 Kulit Kayu Manis
2 labu Bawang Besar (dihiris)
5 ulas Bawang Berah (dihiris)
4 ulas Bawang Putih (dihiris)
4cm Halia (dititik)
2 Batang Serai (dititik)
4 Daun Pandan (disiat & disimpul)
2 Biji Tomato (dicincang)
2 Sudu kecil Koma-Koma (direndam)
2 sudu besar air panas
60 ml Air Mawar
1\2 cawan Kismis Campuran
1\2 cawan Badam (dipanggang)
1 cawan Bawang Goreng
1\2 cawan Dadih Asli
1\2 biji Lemon (diambil kulit dan jusnya)
Sedikit Daun Ketumbar
Segengam kecil Daun Pudina
Sedikit Daun Pisang
Garam secukup rasa


Hidangan:
•1 sajian Kuzi Sendi kambing & Kofta Kambing.
•1 sajian Udang panggang berempah.
•Papadam.
•Raitha 'espuma'.


Cara-cara Penyediaan:
•Masukan dadih asli, rempah briyani, bawang goreng, bawang putih, halia, dan daun ketumbar, garan serta parutan lemon ke dalam pengisar makanan. Kisar hingga sebati.
•Panaskan minyak sapi dalam kuali. Ratakan ayam dengan garam dan lada hitam. Layurkan ayam diatas kuali hingga kuning keemasan tetapi hanya 3 suku masak. Alihkan kedalam pinggan,sapukan dengan pes rempah.
•Panaskan minyak sapi didalam periuk,tumis rempah 4 sekawan dan daun pandan hingga wangi, masukan bawang besar, merah, bawang putih dan halia.
•Goreng hingga kuning keemasan, kemudian masukan badam dan kismis dan buah tomato. 
•Masukan beras dan kacau rata,kemudian tuangkan air rebusan dan susu.Tambahkan garam secukup rasa.
• Masak dengan api sederhana sambil dikacau hingga nasi menyerap hampir semua air dan mula kering.
•Renjiskan nasi dengan air mawar dan air koma-koma.
•Susunkan ayam diatas nasi, kemudian taburkan dengan daun pudina, daun ketumbar dan bawang goreng.
•Tutupkan dengan daun pisang, dan kemudian tudung periuk.
•Masak selama 25 minit lagi.
•Apabila nasi telah masak, hidangkan bersama lauk ayam Briyani dan sajian sampingan yang lain.



Sumber

1 comment:

Irfan Nayla said...

salam....nak nyelit jap,nasi briyani ni kalo nak sedap lagi saya cadangkan pakai basmati pusa 1121 cream,market kat luar harga RM13.50 per kg,tapi saya bekalkan anda basmati jenis pusa 1121 ni hanya RM9.50...hubungi saya untuk dapatkan beras basmati pusa 1121 cream dgn harga yang lebih murah dari pasaran di talian 012-9727136 (hafiz)....tiada min order,sekilo pun saya hantar sampai depan umah...selamat mencuba... :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...