Thursday, April 25, 2013

Soal Jawab HAJI (Soalan 22)

BAB 3 - KELEBIHAN DAN FADILAT HAJI

Soalan 22 :

Adakah haji ini boleh dianggap sebagai jihad?

Jawapan :

Memang jihad. Bukan senang untuk pergi haji bagi kebanyakan orang. Duitnya dan masa lagi. Letih juga ketika musafir. Semua itu jihad. Lebih-lebih lagi untuk wanita. Aishah r.h.a. bertanya kepada Nabi SAW adakah ke atas wanita jihad? Nabi SAW menjawab :

Maksudnya:

"Ya Ke atas mereka (wanita) jihad yang tiada perang padanya iaitu haji dan umrah." (riwayat Ibn Majah, kitab al-manasik,hadis no. 2901)

Mungkin melihat kepada fadilat haji inilah, generasi awal Islam suka melakukan ibadat haji. Dikatakan sahabat Nabi bernama Abdullah Ibn Umar melakukan 40 haji dan 1000 umrah. Dikatakan juga bahawa seorang ulama bernama Sufyan al-Thauri, haji senayak 70 kali.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...