Monday, April 22, 2013

Soal Jawab HAJI - (Soalan 20 dan Soalan 21)

BAB 3 - KELEBIHAN DAN FADILAT HAJI

Soalan 19 :

Orang selesai buat haji, di awal namanya selalu diletak 'Haji'. Orang tidak pula buat begitu

Jawapan :

Jarang-jarang sangat berjumpa dengan orang Arab yang meletakkan pangkat haji di awal namanya. Orang Melayu banyak buat begitu. Mungkin inilah fadilat haji atas muka dunia.

Apabila sudah berhaji, namanya akan dipanggil dengan hormat. Kalau sebelum haji, hanya sekadar "saudara" atau "encik". Apabila berhaji, namanya dipanggil "tuan haji". Siap ada pangkat "tuan" lagi. Kalau yang muda, hajinya dihujung nama lalu disebut "al-Haj".



Soalan 20 :

Mengapakah ibadah haji diwajibkan?

Jawapan :

Setiap ibadah dalam Islam adalah perintah daripada Allah. Sudah pasti ada hikmah yang tertentu. Haji adalah kemuncak dalam ibadah. Kalau solat tidak memerlukan belanja yang banyak, tetapi haji perlu kepada banyak belanja.

Sebagai hamba, kita datang menyahut seruan haji. Kita berpakaian dengan penuh sederhana dan daif. Juga bagi menyatakan kesyukuran dengan nikmat harta dan kesihatan.

Hikmah haji antaranya menzahirkan perhambaan dan kesyukuran.

 
 
 
Sumber : Soal Jawab remeh-temeh tentang HAJI tapi anda malu bertanya ...
(oleh Zahazan Mohamad dan Mohammad Nidzam Abd. Kadir).

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...