Monday, April 15, 2013

Soal Jawab HAJI - (Soalan 19)

BAB 3 - KELEBIHAN DAN FADILAT HAJI

Soalan 19 :

Ketika solat berjemaah di Masjidiharam, imam bermazhab Hanbali, sedangkan kita Syafi'i. Sudahlah solat tal sah kerana tidak dibaca doa qunut.

Jawapan :

Doa qunut dalam mazhab Syafi'i r.h.m. adalah perkara sunat sahaja. Solat kita sah jika berimamkan seseorang imam yang berbeza mazhab selagi ia merupakan mazhab dalam kategori ahli sunah waljamaah.

Keterbukaan Mazhab Syafi'i

Bahkan diceritakan bahawa Imam Syafi'i r.h.m. sendiri pernah bersolat Subuh menjadi imam disebuah tempat yang bermazhab Hanafi tetapi beliau tidak berdoa qunut sebagai menghormati pendapat mazhab Abu Hanifah r.a.

Inilah kelebihan haji di mana umat Islam pelbagai bangsa dan mazhab berhimpun di satu tempat. Mereka berimam kepada seorang imam. Jika imam bermzhab Hanbali, para makmum yang bermazhab Syafi'i, Maliki, Hanafi dan mazhab yang lain semuanya bersolat dibelakang satu imam. Kita semua adalah Muslim kerana nama ini dipilih dala al-Quran. Sebagai Muslim dan Mukmin, kita adalah bersaudara. Firman Allah SWT, Surah al-Hujarat(49), Ayat 10 :


 
 
Sumber : Soal Jawab remeh-temeh tentang HAJI tapi anda malu bertanya ...
(oleh Zahazan Mohamad dan Mohammad Nidzam Abd. Kadir).

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...