Monday, May 21, 2012

Percutian Keluarga ke Kuching 17-20 Mei 2012

Percutian keluarga ke Kuching selama 4 hari 3 malam bermula 17 Mei 2012 hingga 20 Mei 2012. Biasanya kami berenam tetapi kali ini, dua anak aku tidak dapat menyertai percutian ini kerana berkursus dan ada peperiksaan setengah tahun sekolah. Jawabnya aku berempat bersama isteri dan dua anakku, Fiqah dan Zaki. Kami menggunakan perkhidmatan ajen pelancongan untuk keselesaan melancong di Kuching.


Sunday, May 13, 2012

Bowling Tertutup PPPBCJ 2012 - Bukit Jalil


Turut serta bersama Persatuan Penduduk Pusat Bandar Cheras Jaya (PPPBCJ) dalam pertandingan Bowling Tertutup PPPBCJ 2012 di Bukit Jalil Golf n Country Club pada 13 Mei 2012. Pertandingan bermula jam 10.00 pagi dan berakhir jam 12.40 tengahari.

Tuesday, April 10, 2012

Rainforest Discovery Centre (RDC), Sandakan


3 April 2012. Setelah selesai tugas, saya mengambil peluang melawat tempat-tempat yang menarik di Sandakan. Salah satunya adalah Rainforest Discovery Centre (RDC). Fungsi utama RDC ialah untuk mewujudkan kesedaran dan penghargaan orang awam tentang kepentingan pemuliharaan hutan, serta penggunaan sumber hutan yang mampan.

Thursday, April 5, 2012

Lawatan kerja ke JPPH Sandakan


3 April 2012. Lawatan kerja ke JPPH Sandakan. Dalam lawatan kerja ini untuk membincangkan isu dan masalah yang dihadapi oleh JPPH Sandakan berhubung dengan bekalan elekrtrik, janakuasa, server dan UPS serta peralatan ICT lain. Pihak pemilik bangunan dan pembekal UPS serta syarikat yang menjalankan penyelenggaraan Server turut hadir dalam perbincangan ini.


Wednesday, March 28, 2012

Family Day bersama PPPBCJ - Pantai Balok, Kuantan



 24-25 Mac 2012. Aku, isteri dan dua anak lelaki telah bersama-sama menyertai Hari Keluarga PPPBCJ 2012 di De Rhu Beach Resort, Kuantan, Pahang anjuran persatuan penduduk taman aku. Sebanyak 32 keluarga dengan ramai 173 orang menyertai program ini. Buat pertama kali, perkhidmatan bas digunakan oleh persatuan agar lebih mesra ketika bersama dalam bas. Dua bas digunakan, walau bagaimana pun tidak mencukupi untuk menampung semua peserta. Sebahagian keluarga iaitu 17 keluarga menaiki kenderaan sendiri. Aku dan keluarga menaiki bas. Kami berangkat jam 8.30 pagi.

Thursday, March 22, 2012

Nasi Arab - Restoran Half Moon, Seri Kembangan


Di Seri Kembangan terdapat dua restoran nasi arab, salah satu nya ialah Restoran Half Moon yang banyak diperkatakan oleh kawan-kawan, nasi arab nya sedap. Pada Sabtu 10 Mac 2012, saya bersama isteri dan anak-anak ambil keputusan untuk mencuba merasai nasi arab Restoran Half Moon. Kebetulan restoran ini tidak jauh dari kediaman kami.

Sunday, March 18, 2012

Merokok adalah senjata Yahudi yang paling berjaya


Petikan dari post Rakan FB:

Merokok adalah senjata Yahudi yang paling berjaya, nak tahu kenapa?

Sebabnya :

✔ Mana ada orang hisap rokok bermula dengan BISMILLAH..!
✔ Mana ada selepas habis merokok ucap ALHAMDULILLAH..!
✔ Menyalakan api adalah kesukaan syaitan...!
✔ Meletakkan jari di mulut adalah amalan Yahudi...!!
✔ Mengepit 2 jari pada rokok adalah melambangan salib...!


SAUDARA2ku SEKALIAN...

BERHENTILAH MEROKOK..... (̅_̅_̅_̅(̅_̅_̅_̅_̅_̅_̅_̅_̅̅_̅()ڪےhidup lebih sihat tanpa merokok...

Alhamdulillah..hargai lah nyawa anda ......

Thursday, March 8, 2012

Perjumpaan Khas PM dengan Penjawat Awam 8 Mac 2012


Pelarasan gaji yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak akan berkuatkuasa 1 Jan tahun ini dan dibayar mulai bulan ini atau April 2012. 

Pada perhimpunan itu Perdana Menteri turut mengumumkan pembatalan skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) dan mengembalikan Sistem Saraan Malaysia (SSM) yang akan ditambah baik. 

klip Ucapan PM (sebahagian)

Najib turut mengumumkan pelarasan gaji sebanyak 13 peratus untuk Kumpulan Pengurusan dan Profesional serta Kumpulan Pelaksana Gred 1 hingga 54; sembilan peratus untuk Gred Utama dan Gred Khas C,B dan A; lapan peratus Kumpulan Turus III dan Turus II; dan tujuh peratus untuk Kumpulan Turus I dan Ketua Setiausaha Negara. 

Pengumuman itu diharap dapat diterima baik oleh 1.4 juta penjawat awam dan tiada lagi suara tidak puas hati sebaliknya mereka perlu membalas keperihatinan kerajaan dengan bekerja lebih rajin serta berusaha meningkatkan produktiviti.


Thursday, February 16, 2012

Minda Tajdid : SESIAPA MENYERUPAI SESUATU KAUM ...

Kesimpulannya
Kita dilarang meniru atau menyerupai apa yang khusus untuk agama lain, atau apa yang khusus untuk sesuatu puak atau kumpulan yang mempunyai nilai yang negatif dan buruk. Kita boleh menyerupai apa yang tidak khusus untuk agama tertentu atau tidak memberi imej yang buruk. Demikian meniru apa yang baik adalah digalakkan sekalipun dari bukan muslim.

Untuk keterangan terperinci, sila layari
 Minda Tajdid - Prof Madya Dr Mohd Asri bin Zainul Abidin

Wednesday, February 15, 2012

Sambutan Maulidur Rasul 1433H - MTCJ


Klip Video : Sambutan Maulidur Rasul 1433H
                   Kariah Masjid Taman Cheras Jaya, Selangor



Lagu : Selawat Nabi
Artis : Ustaz Amal

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...