HURUF MUQATHA'AH Huruf-huruf muqatta'ah adalah huruf-huruf yang muncul di awal beberapa surat dalam Al-Quran dan terdiri dari 14 huruf yang dibaca terputus-putus. Mereka dikenal juga sebagai fawatih as-suwar (pembuka surah). Terdapat 14 huruf muqatta'ah yang digunakan sebagai pembuka di 29 surah dalam Al-Quran JENIS Berdasarkan dari segi panjang bacaannya (mad), huruf-huruf muqatha’ah terbahagi menjadi 4 jenis iaitu: Tidak panjang (1 harakat); Panjang 2 harakat; Panjang 4 atau 6 harakat; dan; Panjang 6 harakat. 1. TIDAK PANJANG/ 1 HARAKAT Huruf muqatha’ah yang cara membacanya tidak panjang adalah huruf alif ( ا ). Cara membacanya cukup dengan membaca ‘alif’ saja tanpa bacaan panjang atau mad. 2. PANJANG 2 HARAKAT ح (حَا)، ي (يَا)، ط (طَا)، هـ (هَا)، ر (رَا) Huruf muqatha’ah yang cara membacanya panjang 2 harakat adalah huruf ي , ط , ر, ح , dan ه . 3. PANJANG 4 atau 6 HARAKAT Huruf muqatha’ah yang cara mem...