Skip to main content

Posts

Showing posts from September, 2023

ONE DAY TRIP KE SINGAPURA 19-20 Ogos 2023

Persediaan Kali ini nak santai-santai, search di media sosial, percutian yang simple. Kali ini saya pilih Percutian ke Singapura. Setelah mengkaji dan pakej-pakej yang diperkenalkan, saya memilih pakej yang diperkenalkan oleh agen pelancongan Jawahir Travel & Tour (JTT) . Pakej ini akan bertolak/bergerak dari KL Sentral pada hari Jumaat malam 19-08-2023 dan dijangka masuk ke Singapura pada awal pagi. Pakej ini akan melawat beberapa tempat di Singapura dan pulang pada lewat petang. Pakej ini akan bermalam di Johor Bahru dan pulang esoknya 20-08-2023. Sebelum tarikh berangkat, peserta diingatkan jangan lupa membawa paspot dan juga pasti paspot masih sah untuk enam bulan ke atas. Pastikan juga tiada sekatan perjalanan Imigresen. Peserta perlu mengisi borang kemasukan e-Arrival Form secara online 48 jam sebelum berangkat. Tukaran duit buat ketika adalah 1 SGD = RM 3.43 Keberangkatan ke Singapura Semua peserta diminta berkumpul di KL Sentral selewat-lewatnya jam 11.00 malam hari ...

PERJALANAN UMRAH 2023

Persediaan Dua bulan sebelum perjalanan menunaikan umrah, kami telah merisik beberapa agen-agen yang mengendalikan Pakej Umrah. Kami memilih pakej Syarikat Andalusia, pakej ini selama 13 hari bermula pada 15 Januari 2023 hingga 27 Januari 2023. Pakej Umrah ini, kita akan masuk Mekah dahulu kemudian pulang dari Madinah. Mutawif yang akan membimbing kami di sana nanti adalah Ustaz Muhammad Ibrahim bin Mohd Naim. Saya pergi berseorangan, isteri tidak sertai tetapi dengan bersama-sama rakan yang lain. Jumlah semua jemaah adalah 48 orang termasuk mutawif. Memastikan paspot masih sah untuk 6 bulan ke hadapan dan tiada sekatan perjalanan oleh pihak Imigresen. Kita boleh buat semakan di link Semakan Perjalanan. Walau pun pakej yang diambil ini termasuk makan dan minum, wang sagu masih perlu disediakan untuk kegunaan apabila diperlukan nanti di Tanah Suci. Kadar tukaran wang pada masa ini adalah SR1.0 Riyal = RM1.27. Biasanya pihak syarikat telah membuat tempahan untuk kita memasuki ...