Skip to main content

Posts

Showing posts from 2021

LEMBAH TEMIR RESORT, RAUB PAHANG - Alami suasana alam semulajadi dan dusun durian.

Lembah Temir Resort (LTR) merupakan khazanah tersembunyi yang terletak di Raub, Pahang berkonsepkan alam semula jadi, Resort ini terletak di tengah-tengah rizab hutan hujan Pahang yang kaya, ia menawarkan beberapa air terjun berlatarkan semula jadi di sekitar kebun yang akan menjamin untuk menarik nafas anda. Pada mulanya bermula sebagai ''projek ladang durian'' pada 2009, kini, LTR perlahan-lahan berkembang menjadi sebuah resort di sebuah kebun. Keluasan kira-kira75 ekar landskap dusun. Perjalanan  dari pusat bandar Kuala Lumpur ke sini mengambil masa lebih kurang 2 jam. Dari jalan besar untuk ke sini sangat mencabar, terpaksa melalui jalan kampung dan jalan berbukit-bukit. Tarikan utama juga adalah dusun durian. kebanyakan durian ditanam disi adalah jenis Musang King dan D24. Ada juga pokok buah buahan lain seperti Rambutan, Manggis dan lain lain. Kita juga dibawa melawat sekeliling dusun dengan menaiki kereta 4x4. ( Klip video ) Salah satu tarikan di le...

SUNAT-SUNAT WUDUK (petikan dari FB Ust Azhar Idrus)

  بحيرة الأزهر شرح سفينة النجاة Kitab Buhairah Al-Azhar Syarah Matan Safinah An-Najah SUNAT-SUNAT WUDUK Siri 20 Bermula perkara yang sunat ketika mengambil wuduk itu beberapa perkara .

STESEN KERETAPI IPOH

Stesen Keretapi Ipoh merupakan salah satu tumpuan para pelancong di Perak. Stesen Keretapi Ipoh terletak di Bandaraya Ipoh, Perak. Stesen Keretapi Ipoh juga dikenali sebagai Taj Mahal oleh masyarakat tempatan kerana rupa bentuknya yang seakan-akan Taj Mahal. Ianya merupakan mercutanda bagi bandaraya Ipoh kerana keunikan rupa bentuknya. Ianya dikelilingi oleh pelbagai jenis bunga-bungaan tempatan sebagai daya tarikan kepada pelancong. Menurut kajian yang dibuat oleh syarikat Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB), sejarah kereta api Tanah Melayu bermula pada tahun 1885 iaitu landasan pertama dibina dari Taiping ke Port Weld (nama baharunya Kuala Sepetang). Nama yang digunakan pada masa itu ialah Perak State Railway. LINK Home SanaSini

RESEPI : Ikan Siakap masak Kengsom ala Thai

            

LEXIS HIBISCUS, Port Dickson

Pada awal Januari 2021, diberi kesempatan menginap di pusat penginapan mewah tepi laut pantai Port Dickson yang menghadap Selat Melaka, Lexis® Hibiscus . Semua penginapan di sini dilengkapi dengan kolam renang peribadi dan bilik wap.  Sekian LINK Home SanaSini

SALAM AIFITRI 1442H/2021 - Tahun kedua raya ketika Covid-19

Beraya di Taman Cheras Jaya, Selangor pada 13 Mei 2021. Beraya di Taman Cheras Jaya, Selangor pada 13 Mei 2021

LANJUT BEACH & GOLF RESORT Kuala Rompin

Lanjut Beach & Golf Resort terletak di Kuala Rompin antara sempadan Johor-Pahang di Pantai Timur Semenanjung Malaysia. Resort ini terletak di tengah persekitaran hijau terbaik dengan hutan hujan tropika di Taman Negara Endau Rompin, yang berusia kira-kira 130 juta tahun. Resort amat sesuai untuk buat hari keluarga kerana mempunyai banyak bilik, 2 kolam renang yang besar, satu untuk kanak-kanak dan satu untuk orang dewasa. Resort ini juga berada di tepi pantai yang panjang dan sesuai untuk diadakan sukaneka , team building dan aktitviti kekeluargaan. Disini kita dapat menikmati ketenangan disebabkan ia jauh dari kesibukan kehidupan kota. Resort ini juga menyediakan kemudahan bagi pengemar golf di Kelab Golf Lanjut, padang yang hijau yang subur. Susun atur lapangan golf 18 lubang disusun berdasarkan keindahan semula jadi hutan hujan tropika, dan memberikan ujian kemahiran dan penilaian sebenar bagi pemain golf dari semua peringkat. LINK Home SanaSini

MENARA CONDONG TELUK INTAN

Salah satu dari tarikan utama pelancong ke Teluk Intan ialah Menara Condong Teluk Intan. Menara Condong adalah sebuah menara jam yang menjadi mercu tanda bandar Teluk Intan. Binaannya mirip The Leaning Tower of Pisa di Itali. Menara ini dibina pada tahun 1885 setinggi 25 meter dan mempunyai 110 anak tangga. Hasrat kami untuk melawat menara ini tercapai juga pada akhirnya dan mengambil beberapa keping gambar di menara ini. LINK Home SanaSini