Alhamdulillah dimakbulkan cita-cita untuk melancong ke negara-negara Eropah walaupun tidak dapat melawat ke semua negara Eropah. Kami menggunakan pakej perlancongan agen Muslimtravelbug. Pakej kami ini selama 10 hari 7 malam, percutian ke 4 bandar utama iaitu London, Amsterdam, Brussels dan Paris bermula pada 13 - 22 Oktober 2019.
Oleh kerana pembelian tiket kapalterbang di saat akhir, tiket penerbangan pulang kami lewat daripada ahli kumpulan lain. Walau pun lewat, rezeki kami dapat menjejak bumi Oman lama sedikit.
Dalam pakej ini terdapat lima kumpulan famili dengan seramai 27 orang yang turut serta.
Ketika ini, negara Eropah sedang dalam penghujung musim luruh. Suhu yang tercatat sekitar 11 °C hingga 15°C.
Matawang digunakan adalah Euro di negara-negara Eropah kecuali United Kingdom (UK), UK menggunakan matawang Pound Sterling.
Tukaran matawang pada masa ini :
1 Euro = RM 4.73
1 Pound = RM 5.21
Persediaan awal seperti memastikan tempoh sah paspot hendaklah lebih 3 bulan dari tarikh mula perjalanan. pakaian bersesuaian dengan cuaca. Setakat ini, untuk melawat negara Eropah tidak perlu memohon VISA. Yang pentingnya membuat kajian tempat-tempat yang hendak lawati.
KLIP VIDEO
ITERNARI PERJALANAN
Sila klik tarikh berkenaan untuk maklumat lanjut :
- 13 Okt 2019 - Hari 1
- 14 Okt 2019 - Hari 2
- 15 Okt 2019 - Hari 3
- 16 Okt 2019 - Hari 4
- 17 Okt 2019 - Hari 5
- 18 Okt 2019 - Hari 6
- 19 Okt 2019 - Hari 7
- 20 Okt 2019 - Hari 8
- 21 Okt 2019 - Hari 9
- 22 Okt 2019 - Hari 10
Semoga diberi rezeki untuk melancong ke tempat-tempat lain.
LINK
Comments