Skip to main content

Posts

Showing posts from 2018

TAJWID - MAKHRAJ-MAKHRAJ HURUF DAN SIFAT-SIFATNYA

03101963 - SEMOGA ALLAH MEMBERI BARKAH ATAS UMURKU

ALHAMDULILLAH Ya Allah, syukur padaMu terhadap usia yang telah Engkau berikan padaku. Terima kasih atas segala nikmat yang telah Kau berikan. Terima kasih untuk setiap dugaan dan ujian yang telah Engkau turunkan terhadapku. Ya Allah! Panjangkan umur ku, sihatkan jasad ku, terangi hati ku, tetapkan iman ku, baikkan amalan ku, luaskan rezeki ku, dekatkan ku pada kebaikan dan jauhkan ku dari keburukan, kabulkan semua cita-cita dan hajat ku dalam urusan agama, dunia, dan akhirat. Sesungguhnya Engkau (Allah) Maha Kuasa atas segala sesuatu. Sesungguhnya terlalu banyak yang telah Engkau berikan padaku, namun terlalu sedikit pengabdianku terhadapMu.  Ampunkanlah aku Ya Allah. Aku hanyalah hambaMu yang dhaif dan lemah. Adakalanya aku tewas dengan godaan yang melanda. Namun, dengan limpah rahmatMu, Engkau masih memberiku peluang mencari redhaMu. Terima kasih Ya Allah.

RESEPI : Tom Yam Santan

Tom Yam Santan Yang Pedas Dan 'Creamy' Bahan-bahan (pes tom yam) : - 15 keping cili kering - 1 biji bawang besar - 3 ulas bawang putih - 1 inci lengkuas - 1 inci belacan bakar - 2 batang serai - Jus limau nipis Bahan-bahan (lain-lain) : - Daun limau purut - 1 inci halia - 1 inci lengkuas - 7 biji cili padi - Dada ayam - Sotong - Udang - Tomato - Jagung - Cendawan tiram - 1 cawan santan - 1 sudu besar sos ikan - Garam - Gula - Daun ketumbar Cara- cara : 1. Kisar bahan untuk pes tom yam. 2. Panaskan minyak di dalam kuali dan tumis hingga garing. 3. Masukkan daun limau purut, serai, lengkuas, halia dan cili padi. 4. Masukkan air dan biar didih. 5. Kecilkan api dan masukkan tomato, jagung, cendawan tiram dan dada ayam. 6. Masukkan sotong dan udang. 7. Masukkan santan, sos ikan, garam, gula dan daun ketumbar. Kacau. 8. Siap untuk dihidang! Resepi berpandukan klip video berikut dan ubahsuai ikut citarasa sendiri. Klip Video Selam...

RESEPI : Udang Goreng Telur Masin

BAHAN-BAHAN 1. 25 ekor Udang bersaiz sederhana. 2. 1 cawan Tepung Goreng Rangup Serbaguna 3. 3 biji Telur Masin ( saya guna putihnya sekali ) 4.  Daun Bawang ( dihiris ) 5.  2 inci Halia ( dihiris halus ) 6.  1 labu Bawang Putih ( dihiris halus ) 7.  10 biji Cili Padi ( dihiris halus ) 8.  1 biji Telur Ayam 9.  Sedikit Jus Lemon 10. Sedikit serbuk Lada Hitam  11. Beberapa helai Daun Kari. 12. Minyak Masak ( untuk mengoreng udang ) CARA MEMBUATNYA : Saya memasak resepi ini berdasarkan video berikut, dengan sedikit pindaan iaitu: 1. Semasa pembersihan udang, saya tidak membuang kepala udang. 2. Saya merebus telur masin dan saya guna keseluruhan telur masin (termasuk putih telur). KLIP VIDEO Kredit :  Mrs Culinanry SELAMAT MENCUBA.

KELAS TAJWID : MAD TAMKIN

MAD TAMKIN - MAD pada YA bertasydid bertemu YA mati. Cara dibaca : - panjang 2 harakat. - Suara dianyun tidak melebihi 2 harakat.

SOLAT SUNAT RAWATIB

Solat Sunat Rawatib ialah solat yang mengiringi solat-solat fardhu sama ada sebelum dan selepas solat fardhu. Solat Sunat Rawatib ini terbahagi kepada dua bahagian iaitu sunat Rawatib yang muakkad dan  sunat Rawatib yang ghaira muakkad . Disamping itu juga, sunat Rawatib juga terbahagi kepada dua kategori iaitu dikenali sebagai solat sunat Qabliyah (sebelum) dan solat sunat Ba’diyyah (selepas). Solat Sunat Rawatib boleh menampung kekurangan ketika melakukan solat fardhu. Ia secara langsung melengkapkan solat fardhu kita. Berikut di bawah menunjukkan jumlah rakaat bagi setiap solat sunat Rawatib. ( 10 Rakaat ) Dahlil tentang sunat melakukan solat ini, Sebuah hadis yang disepakati oleh Imam Bukhari dan Muslim; Maksudnya : " Dari Abdullah bin Umar, katanya 'Saya mengingati (lafaz) dari Rasulullah S.A.W dua rakaat sebelum Zohor, dua rakaat sesudah Maghrib, dua rakaat sesudah Isyak, dan dua rakaat sebelum Subuh '. " (Muttafaq'alaih). ...

2018 FIFA WORLD CUP RUSSIA - FRANCE JUARA

Tiga puluh dua negara bermain dalam 64 perlawanan di 11 bandar raya Rusia yang berlainan selama satu bulan dan dua hari untuk menentukan pemenang Piala Dunia - hadiah paling hebat dalam bola sepak dan sukan paling berprestij di dunia. Kejohanan ini bermula di Stadium Luzhniki Moscow pada 14 Jun dan berakhir di tempat yang sama pada 15 Julai. Didier Deschamps mengekalkan kesebelasan pemain Perancis yang sama seperti di peringkat separuh akhir iaitu dibarisi oleh Lloris (Penjaga Gol), Pavard, Varane, Umtiti, Hernandez, Pogba, Kante, Matuidi, Griezmann, Giroud dan Mbappe. Pasukan Croatia juga mengekalkan kesebelasan pemainnya ketika menang menentang England diperingkat separuh akhir. Pasukan Croatia pernah bertemu dengan Perancis 20 tahun lalu dalam diperingkat separuh akhir tetapi mereka tewas. Kesebelasan pemain Croatia iaitu Subasic (Penjaga Gol), Vrsaljko, Lovren, Vida, Strinic, Rakitic, Brozovic, Rebic, Modric, Perisic dan Mandzukic. Perancis (France) t...

Tip Kesihatan : Elak Makan, 10 Makanan ini.

10 makanan,  anda tidak perlu makan iaitu : 1. DIET SODA 2. SUGAR-FREE CANDY 3. MICROWAVE POPCORN 4. EGGS 5. ICE CREAM 6. LOW-FAT YOGURT 7. MARGARINE 8. CEREAL 9. ENERGY BARS 10. FRUIT JUICES

RESIPI : Kek Carrot Lembut dan Lembab

BAHAN-BAHAN : 1.  1 batang Carrot (350 gram) dibersihkan dan dikisar. 2.   250 gram Tepung Serbaguna 3.   1 1/2 sudu kecil Baking Powder 4.   1 sudu kecil Baking Soda 5.   1/2 sudu kecil Garam 6.   4 biji telur ayam 7.   200 gram Gula Pasir 8.   1 sudu besar Jus Oren 9.   3 sudu besar Orange Zest 9.   3/4 cawan Minyak Sayuran 10.  2 sudu besar Krismis Raisin CARA MEMBUATNYA : 1.   Bersihkan Lobak Merah dan dikisar. 2.   Gaul Tepung Serbuguna, Baking Powder, Baking Soda dan Garam hingga sebati. 3.   i.  Pukul Telur dan Gula Pasir hingga kelihatan pucat berkrim.       ii.  Kemudian masukkan sedikit Lobak Merah yang dikisar tadi.      iii.  Masuk Orange Zestm Jus Oren dan  Minyak Sayuran.       iv.  Tambahkan GaulanTepung ( bahan no. 2...

RESEPI : Nasi Serai

BAHAN-BAHAN 4 cawan Beras Basmathi 6 cawan Air 1 kiub Pati Ayam 5 batang Serai dititik 2 helai Daun Pandan disimpul 2 kuntum Bunga Lawang 5 biji Puah Pelaga 1 batang Kulit Kayu Manis 1 biji Bawang Besar dihiris 3 ulas Bawang Putih ditumbuk 1 camca kecil Garam 3 sudu Minyak Sapi. CARA-CARA MEMASAK Panaskan minyak sapi dalam periuk. Tumiskan bawang besar dan bawang putih. Masukkan bunga lawang, kulit kayu manis dan buah pelaga. Masukkan serai dan masukkan air dan masukkan kiub pati ayam. Masukkan 1 camca kecil garam. Masukkan beras yang telah dibasuh. Masukkan daun pandan yang di simpul. Masak dalam periuk nasi elektrik sehingga masak. * Nasi ini boleh di makan dengan daging/ayam masak palembang, ayam masak merah, kari ayam/daging/ kambing, rendang ayam/daging. Sumber : Rasa Kredit: Roshima Ibrahim Shima

TAZKIRAH RAMADHAN : Ustaz Wadi Annuar 19 Mei 2018

STATISTIK KEPUTUSAN BAGI PARLIMEN PRU14

KELAS TAJWID - MAD BADAL

MAD BADAL - Hamzah yang dipanjangkan, - pengganti Hazmah yang terhilangkan. Cara baca - panjang 2 harakat.

KELAS TAJWID - MAD IWAD

MAD IWAD - Berwaqaf pada Fathataian ( Baris Dua Atas) di baca Fatha. Cara Baca : Panjang 2 harakat. Kecuali pada TA Marbutah berbaris Fathatain jika diwaqafkan maka dibaca sebagai HA mati.

KELAS TAJWID : MAD ASLI

MAD ASLI   turut dikenali dengan panggilan Mad Tobi’i. Hukum ini melibatkan 3 huruf Mad iaitu Huruf ALIF, WAU, dan YA'. 1. WAU sebelumnya Dhormah 2. YA sebelumnya Kasrah 3. ALIF sebelumnya Fatha Catatan : Tidak ada unsur tambahan lainnya seperti Hamzah & Sukun

KENANGAN INDAH BERSAMA BTM JPPH

Dari 20 Okt 2009 hingga 18 Dis 2017 Terima kasih kepada JPPH, khasnya buat semua Warga BTM JPPH,  kenangan bersamamu tidak akan dilupakan.

TAHNIAH JDT - Juara Piala Sumbangsih 2018

Keputusan penuh perlawanan Piala Sumbangsih di antara Johor Darul Ta'zim dan Kedah pada Sabtu 03 Februari 2018 di Stadium Tan Sri Hassan Yunos : JDT 2-1 Kedah Penjaring : Kedah -Pablo Pallares 15' JDT - Luciano Gigueroa 29', Marcos Antonio 60'

DOA PENYEMBUR PENYAKIT