Bulan menunjukkan muka bulat penuh menghadap bumi sebulan sekali. Biasanya kita memanggil suasana itu sebgai Bulan Purnama atau Bulan Penuh atau Bulan Mengambang. Kebanyakan masa Bulan Penuh tidak pernah sempurna penuhnya, hanya apabila kedudukan bulan, bumi dan matahari adalah sejajar maka bulan 100 peratus bulat penuh sempurna, dan penjajaran ini juga menghasilkan Gerhana Bulan.
Rakyat Malaysia berpeluang menyaksikan fenomena Supermoon atau bulan penuh Perigee yang akan kelihatan pada hari Isnin 14 November 2016 bermula sekitar jam 7.24 malam serta diikuti dengan fasa seterusnya iaitu fasa bulan purnama pada jam 9.54 malam. Fenomena itu berlaku apabila bulan akan berada di kedudukan paling hampir dengan Bumi (Perigee) yang membuatkan saiz bulan seolah-olah lebih besar daripada biasa.
Menurut Agensi Angkasa Negara (ANGKASA) yang menjelaskan bahawa saiz fizikal bulan sebenarnya tidak berubah sama sekali. Sebagai info, Fenomena ‘Supermoon’ pernah berlaku pada 6 Mei 2012, 23 Jun 2013, 10 Ogos 2014 dan 28 September 2015 dan kejadian pada kali ini bakal menyaksikan bulan berada paling dekat dengan bumi sejak 68 tahun.
Comments