Percutian ke Pulau Bali bermula 14-17 Mei 2015 iaitu 4 hari 3 malam. Percutian Bali ini bersama-sama kawan-kawan/jiran di Taman Perumahan. Percutian kami ini adalah percutian persendirian.
PULAU BALI
Pulau Bali, sebuah pulau di Indonesia yang masyhur sebagai pulau memiliki pantai-pantai yang indah dan bersih serta pemandangan alam yang cantik. Pantai yang cantik dan pemandangan yang menawan serta budaya yang unik jadi tarikan utama pelancong dalam dan luar negara ke Pulau Bali.
Sekali pandang, pulau Bali seakan-akan berbentuk seekor ayam.
KLIA2-LAPANGAN TERBANG ANTARABANGSA NGURAH RAI, BALI
Kami berangkat ke Bali dengan penerbangan AirAsia.
Penerbangan ke Bali mengambil masa lebih kurang 3 jam 10 minit. Kami mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Ngurah Rai
MENGINAP B HOTEL BALI
Sepanjang di Bali, kami menginap di B Hotel Bali. Hotel ini terletak di No. 508, Jalan Imam Bonjol, Denpasar. Hotel yang cantik, di tengah-tengah kawasannya terdapat kolam renang.
MENGENALI ADAT DAN KEBUDAYAAN BALI
Adat dan kebudayaan yang ada pada masyarakat Bali sangat erat kaitannya dengan agama dan kehidupan agama masyarakat Hindu. Lebih 90 peratus masyarakat Bali adalah beragama Hindu. Selebihnya beragama Islam, Kristian, Buddha dan lain-lain.
PATUNG-PATUNG WATAK PENTING DALAM KEPERCAYAAN HINDU BALI
Kebanyakan persimpangan jalan atau bulatan yang strategik dibina patung-patung dewa-dewa dalam kepercayaan Hindu.
PURA
Pura merupakan tempat suci orang-orang Hindu Bali. Mereka tidak memanggil Kuil sebab bagi mereka kuil untuk orang-orang beragama Buddha.
Bali memang terkenal dengan beribu koleksi Pura di antara yang terkenal :
1. Pura Luhur (Uluwatu)
2. Pura Batu Bolong, Tanah Lot
3. Pura Ulun Danu Bratan
SOLAT DI MASJID
Antara masjid yang sempat kami singgah untuk bersolat adalah :
1. Masjid Nurul Huda
Lokasi Masjid Nurul Huda mudah dicari kerana masjid ini terletak di pertigaan antara jalan raya Bandara Ngurah Rai, Jalan Raya Tuban, berdekatan dengan Lapangan Terbang Antarabangsa Ngurah Urai.
2. Masjid Agung Ibnu Batutah
Masjid Agung Ibnu Batutah ini terletak di pinggir jalan raya dari arah Nusa Dua menuju Uluwatu, sebelum sampai di Sekolah Tinggi Pariwisata Bali. Pemandangan di masjid ini sangat indah kerana lokasi nya terletak di bukit yang cukup tinggi. Kalau kita berdiri dan melihat ke sebelah barat laut masjid kita akan melihat Kuta dan Bandara Ngurah Rai samar-samar di kejauhan.
Pembangunan masjid ini dilakukan oleh BTDC (Bali Tourism Development Center) yang sekaligus disebelahnya dibangun juga tempat ibadah umat Kristian (Gereja) dan tempat ibadah umat Hindu (Pura) dibina berderetan.
Masjid Besar Al-Hidayah ini terletak di atas bukit dekat pusat pelancongan (objek wisata) Bedugul yang terkenal di perjalanan dari Denpasar ke Singaraja. Untuk ke masjid ini, kita perlu menaiki tangga yang tinggi. Sambil menaiki tangga kita boleh melihat pemandangan kawah gunung berapi yang telah pupus dan tasik Batur yang menarik.
MELAWAT PANTAI-PANTAI
Di pulau Bali terdapat banyak kawasan pantai yang cantik dengan pasir pantai yang putih. Antara pantai yang sempat kami singgah adalah :
1. Pantai Tanjung Benoa, Nusa Dua
Di sini sangat terkenal dengan aktiviti sukaneka air dan pantai seperti Banana Boat, Pulau Penyu, Rolling Donut, Flying Fish, Parasailling, Scuba Driving, Jetski, Seawalker dan Snorkeling. Mungkin sukar kita dapati ditempat lain ialah Seawalker iaitu kita diberi pakaian khas dan dibawa ke tengah laut. Disini kita akan berjalan-jalan di dasar laut sambil melihat batu karang, ikan dan hidupan laut.
2. Pantai Dreamland
Sebuah kawasan pantai yang tersorok. Untuk ke pantai ini perlu melalui celah celah batu besar. Kebanyakan pelancong akan menikmatikan makan malam BBQ disini sambil melihat keindahan matahari terbenam.
3. Pantai Pendawa
Permandangan yang cantik ketika melalui jalan bertebing tinggi kiri dan kanan sebelum ke pantai.
SINGGAH LADANG KOPI
Disini kami di bawa melihat ladang, dibawa melihat pokok-pokok herba yang ada, macam-macam pokok kopi, pokok koko, pokok lada hitam, pokok kulit kayu manis, pohon vanila, akar tongkat ali dan macam-macam lagi. Kami diberi penerangan bagaimana kopi luwak dihasilkan. Kami juga diberi mencuba pelbagai jeni kopi dan teh kecuali kopi luwak. Untuk mencuba kopi luwak dikenakan sedikit bayaran.
GARUDA WISNU KENCANA (GWK) CULTURAL PARK
Daya tarikan utama adalah melihat patung Garuda Wisnu. Dibangun dan di ukir oleh pengukir dan pematung terkenal bernama I Nyoman Nuarta.
TARI KECAK BALI
Salah satu tempat yang menyediakan pertunjukan tari kecak di Bali setiap hari adalah GWK Bali.
TEMPAT MEMBELI_BELAH
Terdapat dua tempat membeli yang sempat kami singgah iaitu Krisna dan Erlangga 2.
1. Krisna
Disini terdapat pelbagai cenderahati, bahan-bahan sabu dan pewangi SPA, kemeja-T dan lain-lain. Kelebihan pusat ini, ia dibuka 24jam.
2. Erlangga 2
Disini terdapat pelbagai kain, beg, kasut kemeja-T dan lain-lain. Erlangga 2 dibuka hingga lewat petang.
SEKIAN
Catatan melancong di Pulau Bali.
LINK
Comments
saya agency pelancongan di bandung sesiapa nak bercuti di bandung
bisa contact saya, menyediakan transpot untuk city tour bandung
ada juga pakej hotel dan transpot untuk 3malam 4hari dengan
harga yang cukup berbaloi
wahtsap +6287821719271
facebook brek.yahya19@gmail.com
JOM BERKUNJUNG KE SABAH
kami akan MeRealisasikan percutian anda bila berkunjung ke Sabah,
BORNEO KINABALU TOUR & TRANSPORT SDN. BHD
PAKEJ 3HARI 2MALAM
01/ Hari Pertama (OVERNIGHT KUNDASANG)
1000 : Jemput di Lapangan Terbang KKIA Terminal 1/2
1030 : Melawat Rumah Terbalik (up side Down House) Tamparuli.
1130 : Melawat Pekan Nabalu
1230 : Melawat Ladang Lembu (Mini New Zealand).
1400 : Makan Tengah hari di Kundasang.
1600 : Check in Hotel/Homestay/Chalet (Kundasang)
1900 : Hantar untuk Makan Malam pekan kundasang.
*Tour Tamat*
02/Hari Kedua (TOUR KUNDASANG & RANAU)
0900 : Jemput dari Hotel/Homestay/Chalet
1000 : Melawat Ikan Spa.
1130 : Melawat Hot Spring, Canopy Walk & Air Terjun.
1600 : Melawat Jambatan Tamparuli.
1700 : Melawat Yayasan Sabah.
1730 : Melawat Masjid Bandaraya Kota kinabalu.
1800 : Melawat Signal Hills.
1830 : Melawat pasar kraftangan (Pilipino Market).
2000 : Check in Apartment Marina Kota kinabalu.
*Tour Tamat*
03/ Hari Ketiga (SAPI, MANUKAN ISLAND & AIPORT TRANSFER)
0830 : Check Out dari Apartment Marina ke Jeti Jesselton Point.
0900 : Menaiki bot ke pulau Sapi (aktiviti pantai & snorkelling).
1200 : Makan tengah Hari BBQ yang disediakan.
1245 : Menaiki bot ke pulau Manukan (aktiviti pantai & Snorkelling)
1500 : Menaiki Bot ke jeti Jesselton Point.
1530 : Jemput dari jeti Jesselton Point & Melawat Tanjung aru Beach.
1700 : Transfer ke Airport KKIA T1/2
*Tour Tamat*
Pakej ini Termasuk :
1). Pengangkutan Selama 3Hari 2Malam
Van Pelancongan @ Taxi Limousine
Pemandu
Minyak
Muatan Maksimum 10 Dewasa
2). Penginapan Homestay Kundasang & Marina Apartment Kota Kinabalu
May Homestay Kundasang (1Night)
Marina Apartment Kota kinablu (1Night)
3). Tiket-Tiket Masuk tempat lawatan
Rumah Terbalik (up side down house)
Ladang Lembu
Hot Spring
Ikan Spa
4). Pulau Sapi & Manukan
Tiket pulau Sapi
Tiket pulau Manukan
Insurance
Bot
Jaket Keselamatan
Maks Snorkelling
Makan Tengah Hari BBQ di Pulau Sapi.
Untuk keterangan pakej lebih lanjut bole berhubung,
En Roslan 0168392919 (whatsapp)
Email : borneoukinabalutour@gmail.com
Kami hadir menyediakan perkhidmatan Sewa Kereta Murah Di Bali pada kadar sewa yang bepatutan dan murah.
Telefone/WhatsApp : +62 811 387 010
Wechat ID : astawa-krishna
450k Sehari sudah termasuk petrol, bayaran letak kereta, pemandu, dan cukai.
Kami hadir menyediakan perkhidmatan Sewa Kereta Murah Di Bali pada kadar sewa yang bepatutan dan murah.
Telefone/WhatsApp : +62 811 387 010
Wechat ID : astawa-krishna
450k Sehari sudah termasuk petrol, bayaran letak kereta, pemandu, dan cukai.