Alhamdulillah
Syukur ke hadrat Allah S.W.T. kerana diberi umur ke hari ini.
Syukur ke hadrat Allah S.W.T. kerana diberi umur ke hari ini.
DOA
YA Allah, ya Tuhanku yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang
Terima kasih ya Allah untuk usia yang telah Engkau berikan.
Terima kasih juga untuk setiap rezeki yang Engkau kurniakan.
Terima kasih juga untuk setiap cubaan yang Engkau turunkan.
Terima kasih untuk bakat dan ilham yang Engkau anugerahkan.
Terima kasih kerana keluarga bahagia yang Engkau amanahkan.
Sesungguhnya terlalu banyak telah Engkau berikan kepada ku ... tetapi terlalu sedikit pengabadianku terhadap-Mu
Engkau tetap menerima walaupun terkadang aku alpa, aku lupa, aku silap dan khilaf menafsir makna setiap kurniaan dan dugaan.
Namun begitu besarnya kasih-Mu...Engkau tetap melindungiku
Walaupun aku kalut merunggut ketika saat-saat lemahku datang.
Aku tidak menafikan hak-Mu sebagai Khaliq walaupun terkadang terbuai dengan kesedihan yang amat perit.
Terima kasih ya Allah atas segala takdir yang telah Engkau tentukan untukku
...
Engkaulah Yang Maha Besar...Allahu Akbar!
Peliharalah aku yang lemah ini agar terus berpegang teguh pada tali-Mu...
Amin Ya Rabbil-Alamin.
Terima kasih atas ucapan sahabat-sahabat sekalian.
Semoga ucapan tersebut menjadi doa bagi diri saya dan Allah memakbulkan.
Comments