Skip to main content

KRABI - 4 ISLAND & CITY TOUR

Melancong bersama isteri ke Krabi, Thailand. Sebelum tu cari dan dapatkan maklumat berkenaan Krabi di Internet. Krabi mempunyai lebih 150 pulau dengan pelbagai peluang rekreasi. Diliputi oleh batu kapur Karst dan pantai terpencil yang indah, Krabi menjadi salah satu destinasi yang paling menarik di dunia.

01 FEB 2013 - HARI PERTAMA

Bertolak dari rumah ke LCCT untuk penerbangan ke Krabi.

Penerbangan kami dengan AirAsia ke Krabi mengambil masa lebih kurang 1 jam 25 minit.

Kami sampai kira-kira jam 1.40 petang waktu Krabi.

Kami dijemput oleh wakil ajen pelancongan, Encik Rachan. Bersama kami ada beberapa pelancong lain. Kami terus dibawa ke bandar Krabi untuk makan tengahari.

Selepas makan tengahari, kami dibawa terus ke hotel. Kami menginap di Krabi Heritage Hotel di pekan Ao Nang.

Petang ini acara bebas, siar-siar di Ao Nang.

Ao Nang ( อ่าวนาง ) adalah titik tengah wilayah pantai Krabi, Thailand. Pekan ini mempunyai jalan utama yang dipenuhi dengan restoran, pub, kedai-kedai dan perdagangan lain untuk tujuan tarikan pelancong. Ao Nang mempunyai penginapan bersesuaian, dari banglo kayu tradisional hinggalah ke resort spa 5 bintang.

Banyak kedai-kedai tempahan menjahit pakaian yang dikuasai oleh orang berasal dari India. Tempahan dijamin oleh mereka siap dalam masa 2 hari. Saya sempat menempah dua pasang seluar dan isteri sepasang jaket.

Jam 6.30 petang, pergi makan malam di restoran halal. Ingatkan tempatnya jauh, rupa dekat sahaja.

Selepas makan malam, kami bersiar-siar di kedai-kedai berdekatan.

Selepas ini kami berjalan pulang ke hotel sambil menikmati suasana malam di Ao Nang.

02 FEB 2013 - HARI KEDUA

Sarapan di gerai Koder sebab hotel tidak menjanjikan sarapan halal.

Pakej kami adalah Four Island Snorkelling Trip.

i. PHRA NANG

Phra Nang bukanlah sebuah pulau tetapi sebuah semenanjung terpencil, tidak boleh diakses dengan kereta. Disini terdapat gua batu kapur dan pantai. Bukit-bukit disini dijadikan aktiviti Rock Climbing.

ii. CHIKEN ISLAND

Dari pemandangan jauh, pulau ini seperti ayam. Sekitar pulau ini terdapat pelbagai jenis ikan dan terumbu karang. Kami melakukan aktiviti snorkeling di sini.

iii. TUB ISLAND

Dalam satu-satu masa, air laut akan surut dan satu batas pasir putih terbina, yang menghubungi dua pulau, Pulau Tub dan Pulau Koh Mor.

Dalam tempoh tersebut, kita boleh berjalan diatas batas untuk pergi dan balik antara dua pulau tersebut. Apabila air pasang, batas itu akan ditenggelami dan menutup batas tersebut.

iv. PODA ISLAND

Sebuah pulau yang sangat kecil, kita boleh berjalan mengelilingi pulau ini dalam masa 30 minit. Tidak terdapat hotel, restoran mahu pun rumah di sini. Mempunyai pantai pasir putih yang cantik. Terdapat ramai pelancong berbaring menjemurkan diri di pantai ini.

Kami berhenti di sini untuk makan tengahari serta mandi manda.

Kira-kiran jam 3.00 petang kami pulang ke tanah besar, Ao Nang.

03 FEB 2013 - HARI KETIGA

Pagi ini bersarapan di gerai Koder lagi.

Acara hari ini KRABI CITY TOUR lepas itu ke Airport untuk pulang ke Malaysia.

i. KOLAM TERNAK IKAN AIR MASIN

Pusat ternakan ikan air masin. Terdapat ikan Gerapu gergasi, panjangnya kira-kira 1 meter.

ii. KEDAI CENDERAHATI DAN MUTIARA

Kedai menjual cenderahati, kerepek, kacang, jeruk buah basah dan kering, kemeja-T, kain batek serta kedai menjual barang kemas berasakan mutiara.

iii. BANDAR KRABI

Melawat Shopping Mall sahaja. Lepas itu makan tengahari.

iv. TEMPLE BUDDHA

Selepas makan makan pergi juga ke Tample kerana ada di antara kami, pelancong dari Filipina yang ingin ke situ.

Selepas City Tour, kami dibawa terus ke Airport Krabi.

Selamat sampai di KLCC jam 3.40 petang.

Tamat percutian ke Krabi.

LINK


Comments

amalia89 said…
salam...uncle bawah package mana??nak tahu harga..saya nak pergi krabi jugak ni

Popular

Percutian Musim Sejuk, Seoul, Korea Selatan

Alhamdulillah, syukur terhadap Allah, tercapai juga impian kami untuk bercuti di Korea Selatan. Percutian kami bermula 06 hingga 11 Februari 2014 ke Seoul dan sekitarnya. Kami menggunakan perkhidmatan agen pelancongan persendirian melalui carian di internet, Encik Nolharizat Othman.  Beliau telah memberi perkhidmatan yang baik sepanjang kami di Korea Selatan. Penginapan Penginapan popular dikalangan pelancong luar adalah di Guesthouse . Geusthouse mempunyai berbagai saiz dan harga. Ia bergantung kepada pelancong atau pengunjung untuk menyewanya. Di Seoul, kami menginap di Ines Inn di kawasan Iteawon. Ines Inn merupakan tumpuan rakyat Malaysia yang menghujungi Seoul. Ines Inn merupakan sebuah apartment yang mempunyai pelbagai saiz. Untuk ke sini, kita perlu mendaki bukit yang agak curam, jika kaki tidak kuat, masalah sikit untuk ke sini. Penginapan kami ini ditempah dan diuruskan oleh pemandu pelancong kami. Guesthouse kami mempunyai tiga bilik serta ruang tamu. Di sini t...

PERCUTIAN KE PULAU BATAM, INDONESIA 12-14 OGOS 2017

Monument Batam Percutian ke Pulau Batam bersama rakan-rakan pada 12-14 Ogos 2017. PULAU BATAM Pulau Batam terletak 20km di selatan Singapura dan dipisahkan dari Pulau Bintan oleh Selat Riau, Batam terletak di wilayah Indonesia dan merupakan kota terbesar di Kepulauan Riau. Pulau Batam mempunyai enam terminal feri, di Sekupang, Bandar Waterfront, Batam Center, Harbor Bay, Nongsapura dan Telaga Punggur. Terminal feri Batam Centre menerima feri paling banyak dari Singapura dan Johor. PERSEDIAAN AWAL Untuk keselesaan, kami telah membuat persediaan awal iaitu : Info dari Internet Melayari internet untuk mendapat maklumat Batam. Layari blog-blog mereka yang pernah melawat Batam serta website yang memberi tip dan maklumat berhubung lawatan ke Batam. Pembeliaan Tiket Feri Tiket Feri pergi-balik Stulang Laut-Batam sebanyak RM126 melalui website Berjaya Waterfront. Beli tiket feri ( sila klik ) Pembelian Tiket Bas Express Tiket Bas Express TBS (Terminal Bersepadu Selatan) ke La...

05-06 Feb 2014 - Lawatan Hari Pertama di Seoul

05 Feb 2013 merupakan persiapan terakhir kami untuk melancong ke Korea Selatan. Selepas solat Maghrib, kami menaiki Naza Ria kami menuju ke LCCT. Penerbangan ke Korea Selatan, kami menggunakan AirAsia X dimana tiket telah kami beli pada bulan Disember 2013. Waktu berlepas jam 1.00am (06 Feb 2014), Penerbangan ke Incheon International Airport, Seoul mengambil masa lebih kurang 6 jam 30 minit. Kami tiba di Incheon International Airport jam 8.30 pagi waktu Korea. Perbezaan waktu antara Korea dengan Malaysia adalah 1 jam, waktu Korea cepat daripada Malaysia. Dari Airport, kami perlu menaiki keretapi Airport ke Terminal Ketibaan. Setibanya di Terminal Ketibaan, selepas menuntut bagasi, kami disambut oleh agen pelancongan kami, Pertama kami diberi Kad T-Money setiap seorang. Kad ini digunakan untuk perkhidmatan pengangkutan di Seoul, samada keretapi bawah tanah (subway) dan bas. Dari Airport, kami menaiki subway ke Seoul, ke penginapan kami yang telah ditempah oleh agen pelancong...

Taman Negara Gunung Mulu - Tapak Warisan Dunia

Latar Belakang Sejarah : Taman Negara Mulu merupakan salah satu daripada Tapak Warisan Dunia. Ia terletak di hulu Sungai Tutuh dengan keluasan 544 km persegi. Kawasan ini mempunyai kepelbagaian spesis yang menakjubkan kerana ia terletak dari kawasan tanah pamah dengan altitud dari 50 meter sehingga 2,376 meter. Kawasn ini juga mempunyai 17 zon vegetasi. Ianya telah diwartakan sebagai Taman Negara pada 3 Oktober 1974. Taman Negara Mulu mempunyai 3 gunung, iaitu Gunung Mulu (2,376 m), Gunung Api (1,750 m) dan Gunung Benarat (1,585 m) serta 300 km gua yang telah diterokai, salah satu sistem gua batu kapur terbesar di dunia. Ia juga mempunyai beberapa gua yang mencatat rekod dunia. Taman Negara Gunung Mulu mengandungi rangkaian-rangkaian gua yang terpanjang di dunia dan di sini juga terletaknya 'Sarawak Chamber' iaitu ruang bawah tanah terbesar di dunia yang boleh menampung empat puluh biji kapal terbang Boeing 747. Anda juga boleh melawat Gua Rusa iaitu gua yang...

PERCUTIAN KE KOTA PADANG DAN BUKITTINGGI

Pada 14-17 September 2013, kami berdua, suami isteri pergi bercuti ke Tanah Adat Minangkabau, Kota Padang dan Bukittinggi, Sumatera Barat. Kota Padang merupakan Ibukota Sumatera Barat, sebuah kota terbesar di pesisir barat Pulau Sumatera. Sejarah dari perkampungan nelayan di muara Batang Arau lalu berkembang menjadi bandar pelabuhan. Kota Padang juga terkenal sebagai kawasan rantau Minangkabau, Kota Bukittinggi terletak pada rangkaian Bukit Barisan yang membujur sepanjang pulau Sumatera, dan dikelilingi oleh dua gunung berapi yaitu Gunung Singgalang dan Gunung Marapi. Kota ini merupakan tempat kelahiran beberapa tokoh pendiri Republik Indonesia, di antaranya adalah Mohammad Hatta dan Assaat. Bukittinggi juga terkenal sebagai kota wisata yang berhawa sejuk. HARI 01 - 14 Sep 2013 Setibanya di Bandar Udara Internasional Minangkabau, Padang, kami dijemput oleh pemandu pelancong, Pak Anto yang diperkenalkan oleh agen di Malaysia. Perjalanan wisata kami terus menuju ke Kota Bukittingg...

Percutian Keluarga ke Kuching 17-20 Mei 2012

Percutian keluarga ke Kuching selama 4 hari 3 malam bermula 17 Mei 2012 hingga 20 Mei 2012 . Biasanya kami berenam tetapi kali ini, dua anak aku tidak dapat menyertai percutian ini kerana berkursus dan ada peperiksaan setengah tahun sekolah. Jawabnya aku berempat bersama isteri dan dua anakku, Fiqah dan Zaki. Kami menggunakan perkhidmatan ajen pelancongan untuk keselesaan melancong di Kuching. KUCHING Bandaraya Kuching ialah ibu negeri Sarawak yang terletak di Malaysia Timur. Kuching dinaikkan taraf menjadi sebuah bandar raya pada 1 Ogos 1988. " Kuching " ialah ejaan lama bagi perkataan "kucing", tetapi ia juga mungkin merupakan kelainan bagi " Cochin ", perkataan India yang bermaksud "pelabuhan". Kuching mula-mulanya ditetap oleh para pedagang India yang mengasaskan pangkalan mereka di Santubong. Mengikut penduduk Sarawak, susah hendak lihat kucing dan mungkin tiada kucing berkeliaran di Bandar Kuching. Ada penduduk secara melawak mengata...

07 Feb 2014 - Lawatan Hari Kedua di Seoul

07 Feb 2014 - Hari kedua kami di Seoul. Tepat jam 8.30 pagi, kami telah bersiap-siap untuk lawatan hari kedua. Waktu sebegini, kebanyakan warga Korea telah pun pergi kerja. Dari penginapan, kami terpaksa menempuh perkara ini, menuruni bukit yang curam. Kepenatan mendaki semalam masih terasa tetapi apabila rasa keseronokan, hilang seketika kepenatan itu. Seoul Bukchon Hanok Village Hanok adalah rumah tradisional Korea. Kira-kira 30 tahun yang lalu, terdapat lebih 800,000 hanok di Seoul, tetapi hari ini hanya 12,000 kekal dengan 900 tertumpu di Seoul Bukchon Hanok Village . Perkampungan tradisional Korea ini terletak di antara bangunan-bangunan tinggi dan moden. Rumah-rumah di sini mengikut pelbagai kelas sosial, kedudukan dari petani hingga kepada raja. Lokasinya mencerminkan pandangan neo-Konfusianisme, mengenai dunia dan alam semula jadi, semasa Dinasti Joseon. Semasa Dinasti Joseon, Seoul mempunyai dua perkampungan iaitu perkampungan utara...