Skip to main content

Posts

Showing posts from 2013

KHUTBAH SEMALAM - Mesti dengar

    KHUTBAH JUMAAT Tarikh : 27 Disember 2013 Tajuk : Isu Kiamat dan Berita Pelik Khatib : Ust Dr Abdul Basit Abdul Rahman Tempat : Masjid Ar-Rahman, Pondok Sungai Durian Kredit : Abu Anas Madani

PENDUDUK BERPESTA IKAN TERDAMPAR

24 Disember 2013 - Penduduk Kampung Tambisan Darat, Lahad Datu, Sabah berpesta ikan tamban apabila beribu-ribu spesies itu terdampar di pantai. Fenomena itu bermula jam 8 pagi apabila tiga kumpulan besar ikan tamban melompat-lompat di gigi air di pantai kampung terbabit menyebabkan penduduk mengambil kesempatan menangkapnya termasuk menggunakan baldi.

Soalan Jawab HAJI (Soalan 57 dan 58)

BAB 6 - RUKUN HAJI DAN UMRAH Soalan 57   : Wanita biasanya ada dating bulan. Masa dating bulan, boleh berihram ke? Jawapan : Boleh. dan tidak ada apa-apa kesalahan jika dating bulan ketika ihram. Sebab itu, walaupun sedang uzur syarii, harus untuk berihram. Soalan 58   : Kata orang elok mandi sunat untuk ihram? Jawapan : Memang molek. Mandi sebelum ihram adalah sunat hukumnya. Mandi dahulu, ihram kemudian. Selain itu, elok juga jika kita dapat mencukur bulu ketiak, misai dan seumpamanya. Kuku pun elok dipotong. Selepas siap berpakaian, molek jika dibuat solat sunat ihram dua rakaat. Mandi sunat ihram ini disunatkan juga kepada wanita yang uzur syarii.   Sumber : Soal Jawab remeh-temeh tentang HAJI tapi anda malu bertanya ... ( oleh Zahazan Mohamad dan Mohammad Nidzam Abd. Kadir ).

Kenangan Lalu - INDIA 2004

Pada Januari 2004, aku telah dipilih untuk menyertai lawatan kerja ke negara India dibawah projek MDC dalam melaksanakan projek eGovernment. Kami ke India untuk melawat dan mempelajari projek eServe yang dilaksanakan oleh kerajaan India. Projek ini berjaya memberi perkhidmatan berbagai saluran perkhidmatan yang memudahkan rakyat berinteraksi dengan kerajaan. Projek ini dibangun dan dikendalikan oleh Syarikat Satyam. Selain lawatan ke pusat-pusat eServe, pejabat kerajaan dan pejabat Satyam, kami juga dibawa melawat tempat-tempat yang selalu dilawati oleh pelancong ke India dalam usaha memperkenalkan Negara India kepada kami. AGRA - TAJ MAHAL Taj Mahal merupakan makam marmar putih yang terletak di Agra , Uttar Pradesh , India. Ia dibina oleh Maharaja Mughal Shah Jahan sebagai  ingatan kepada isteri ketiganya, Mumtaz Mahal. Taj Mahal juga dikenali sebagai permata seni Islam di India dan merupakan salah satu daripada warisan yang dikagumi   di dunia . P...

Soal Jawab HAJI (Soalan 55 dan 56)

BAB 6 - RUKUN HAJI DAN UMRAH Soalan 55   : Apakah disyaratkan memakai pakaian ihram yang berwarna putih sahaja? Jawapan : Tidak. Cuma pakaian putih disunatkan agar dipakai dalam ihram. Pakaian untuk lelaki biasanya dua helai kain yang tidak berjahit atau tidak bercantum. Satu untuk dipakai bagi menutup aurat antara pusat dan lutut. Satu lagi dipakai sebagai selendang. Wanita pula dibenarkan memakai apa jua fesyen dengan syarat menutup aurat. Bagi mereka juga disunatkan memakai pakaian berwarna putih. Soalan 56   : Mestikah kain ihram warna putih? Jawapan : Sunah memakai ihram warna putih. Walau bagaimana pun kalau hendak pakai warna hijau pun tidak mengapa. Warna hitam pun tidak mengapa juga.   Sumber : Soal Jawab remeh-temeh tentang HAJI tapi anda malu bertanya ... ( oleh Zahazan Mohamad dan Mohammad Nidzam Abd. Kadir ).

ALLAYARHAM AHMAD AMMAR DALAM KENANGAN

Satu-satunya rakyat Malaysia yang dimakamkan bersebelahan Sahabat Rasulullah SAW, Sayyidina Abu Ayub al-Ansari di permakaman Eyub, Turki. Tanah perkuburan ini menempatkan lebih 60 jasad para sahabat nabi, auliya’, panglima Uthmaniyyah dan orang-orang kenamaan di sana. Ammar merupakan pelajar terbaik SPM 2010, Maktab Tentera Diraja (MTD-RMC) dan sedang melanjutkan pengajiannya di Turki dalam bidang Sejarah. Anak yang dipersiapkan oleh kedua ibu bapanya untuk menjadi mujahid dakwah telah dipanggil oleh Penciptanya pada 2hb November 2013. Hanya kepada ALLAH kita berserah segalanya dan mudah-mudahan ALLAH merahmati dan memberi ganjaran yang setimpal kepada kedua ibu bapanya yang ‘menyerahkan’ kembali anakanda mereka dengan penuh redha. Amin. Sumber Al-Fatihah buat Allayarham Ahmad Ammar.

Soal Jawab HAJI (Soalan 53 dan 54)

BAB 6 - RUKUN HAJI DAN UMRAH Soalan 53   : Apakah hukum melafazkan niat untuk mengerjakan haji? Jawapan : Hukumnya sunat. 1. Lafaz haji   Ù†َÙˆَÙŠْتُ الْØ­َجَّ ÙˆَØ£َØ­ْرَÙ…ْتُ بِÙ‡ِ Ù„ِÙ„َّÙ‡ِ تَعَاَÙ„َÙ‰  Maksudnya : "Sahaja aku berniat haji, dan aku berihram dengannya kerana Allah Taala." 2. Lafaz umrah Ù†َÙˆَÙŠْتُ الْعُÙ…ْرَØ©َ ÙˆَØ£َØ­ْرَÙ…ْتُ بِÙ‡َا Ù„ِÙ„َّÙ‡ِ تَعَاَÙ„َÙ‰  Maksudnya : "Sahaja aku berniat umrah, dan aku berihram dengannya kerana Allah Taala." 3. Lafaz haji dan umrah serenatk (Haji Qiran)  Ù†َÙˆَÙŠْتُ الْØ­َجَّ ÙˆَالْعُÙ…ْرَØ©َ ÙˆَØ£َØ­ْرَÙ…ْتُ بِـهِÙ…َا Ù„ِÙ„َّÙ‡ِ تَعَاَÙ„َÙ‰  Maksudnya : "Sahaja aku berniat haji dan umrah, dan aku berihram dengan kedua kerana Allah Taala." Soalan 54   : Kalau tidak dilafazkan di mulut tetapi sekadar niat ihram di hati sahaja, apakah hukumnya? Jawapan : Harus . Yang dilmulut itu kira macam kosmatik sahaja. Hati yang lebih penting. Wajib . Sumber : Soal Jawab remeh-temeh tentang H...

SALAM MAAL HIJRAH 1435H

السلام عليكم Assalamualaikum, Semoga saudara dan sahabat ku sentiasa dirahmati Allah Semperna akhir bulan Zulhijah dan akhir tahun 1434H, saya ingin mengambil kesempatan untuk memohon maaf kepada semua saudara dan sahabat ku ke atas kesalahan saya yang disenjgajakan atau tidak disedari. Saya juga memaafkan atas apa-apa kesalahan tuan terhadap saya. Semoga lembaran tahun 1434H tiada dosa yang dicatat antara kita. Salam Maal Hijrah 1435H, semoga tahun baru hijriyah ini akan meningkatkan lagi iman kita, dipenuhi kebaikan dan keberkahan, semoga kita sentiasa berada didalam keredhaan Illahi, selamat di dunia dan selamat di akhirat. Amiin    

SOLAT ITU TIANG AGAMA

Firman ALLAH SWT yang bermaksud:  “ Sesungguhnya sembahyang itu adalah satu ketetapan yang diwajibkan ke atas orang yang beriman yang tertentu waktunya .”   (Surah An-Nisa’ : 103)       RENUNGAN BERSAMA   Wahai anakku, Ketika ditanya waktu kecil berumur 6 tahun, apakah benda paling ringan di dunia, engkau menjawab kapas. Abah tersenyum. Wahai anakku, Ketika engkau berumur 13 tahun, sekali lagi soalan ditanya apakah benda paling ringan di dunia, engkau menjawab kertas dan kapas. Abah tersenyum lagi. Wahai anakku, Ketika engkau berumahtangga, abah bertanya lagi soalan yang sama apakah benda paling ... ringan di dunia, engkau menjawab pelbagai jenis jawapan sains – atom, elektron dan sebagainya. Maklumlah engkau jurutera, abah tersenyum. Wahai anakku, Ketika anak engkau berbuat nakal, engkau datang pada abah. Engkau bertanya, “Ingat tak abah selalu bertanya apakah benda paling ringan di dunia ini? Anakanda dah tahu.” “Apa dia?” ...

Soal Jawab HAJI - ( Soalan 52 )

BAB 6 - RUKUN HAJI DAN UMRAH Soalan 52   : Apakah perbezaan antara rukun dan wajib haji? Jawapan : Rukun tidak dibuat, maka haji tidak sah. Begitu juga dengan umrah. Rukun haji dengan rukun umrah lebih kurang sama sahaja. Cuma dalam haji ada wuquf di Arafah. Umrah tiada wuquf. Itu sahaja beza antara haji dan umrah. Adapun wajib, ia juga perkara penting tetepi tidaklah sampai batal haji jika tidak dilakukan. Jika tertinggal wajib haji, ibadah tetap sah cuma dikenakan dam. Sumber : Soal Jawab remeh-temeh tentang HAJI tapi anda malu bertanya ... ( oleh Zahazan Mohamad dan Mohammad Nidzam Abd. Kadir ).

Soal Jawab HAJI - Rukun Haji

BAB 6 - RUKUN HAJI DAN UMRAH Soalan : Rukun Haji? Jawapan : Syarat-Syarat Rukun Haji : 1. Berniat ihram . 2. Wuquf di Padang Arafah 3. Tawaf 4. Bergunting atau bercukur yang dilakukan selepas berlalu separuh malam daripada malam raya. 5. Sa'i di antara Bukit Safa dan Marwah 6. Tertib pada kebanyakan rukun seperti mendahulukan ihram atas segala yang lain dan mendahulukan wuquf atau tawaf Ifadhah. Sumber : Soal Jawab remeh-temeh tentang HAJI tapi anda malu bertanya ... ( oleh Zahazan Mohamad dan Mohammad Nidzam Abd. Kadir ).

Soal Jawab HAJI (Soalan 50 dan 51)

BAB 5 - MIQAT HAJI Soalan 50 : Susah juga untuk berihram di miqat. Apa kata kalau kita ihram siap-siap sebelum naik kapalterbang. Niat ihram di KLIA?  Jawapan : Ihram tersebut sah, cuma dikenakan dam kerana tidak mengikuti panduan yang diletakkan. Soalan 51 : Kalau hendak masuk Makkah, kena ihram, Macam mana kalau hari-hari masuk Makkah? ` Jawapan : Bagi penduduk Makkah dan orang sekitar Makkah, membesar di situ dan bekerja di situ, tidaklah perlu berihram setiap kali hendak masuk Makkah. Ihram ini bagi orang luar yang menziarahi Makkah untuk mengerjakan haji atau umrah. Nabi bersabda : Maksudnya : " Maka miqat-miqat itu adalah bagi penduduk negeri-negeri yang disebutkan itu dan juga bagi orang yang datang melaluinya dari negeri yang lain dengan tujuan haji dan umr a h ." Kalau masuk hendak berniaga, ziarah keluarga atau apa sahaja tetapi tidak mahu mengerjakan haji dan umrah, masuk sajalah tanpa ihram. Sumber : Soal Jawab remeh-temeh ten...

Sanah Helwah 03-10-2013

  Alhamdulillah Syukur ke hadrat Allah S.W.T. kerana diberi umur ke hari ini.       DOA   YA Allah, ya Tuhanku yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang   Terima kasih ya Allah untuk usia yang telah Engkau berikan.   Terima kasih juga untuk setiap rezeki yang Engkau kurniakan.   Terima kasih juga untuk setiap cubaan yang Engkau turunkan.   Terima kasih untuk bakat dan ilham yang Engkau anugerahkan.   Terima kasih kerana keluarga bahagia yang Engkau amanahkan.   Sesungguhnya terlalu banyak telah Engkau berikan kepada ku ... tetapi terlalu sedikit pengabadianku terhadap-Mu   Engkau tetap menerima walaupun terkadang aku alpa, aku lupa, aku silap dan khilaf menafsir makna setiap kurniaan dan dugaan.   Namun begitu besarnya kasih-Mu...Engkau tetap melindungiku   Walaupun aku kalut merunggut ketika saat-saat lemahku datang.   Aku tidak menafikan hak-Mu ...

Soal Jawab HAJI (Soalan 48 dan 49)

BAB 5 - MIQAT HAJI Soalan 48 : Kalau dilihat jarak antara setiap tempat miqat yang jauh dari Makkah, sudah tentu ada Bandar atau kampong antara Makkah dan tempat miqat. Penduduk di situ, di mana mereka perlu bermiqat?  Jawapan : Di mana tempat mereka tinggal, di situlah mereka beihram. Miqat tadi hanya untuk orang yang di luar dari miqat. Kiranya untuk sampai ke Makkah, sudah ada sempadan daripada beberapa penjuru. Adapun yang berada dalam kawasan miqat, mereka hanya berihram di tempat mereka sahaja. Ini berdasarkan sabda nabi SAW : Maksud : "Dan mereka yang kurang jaraknya daripada miqat yang ditentukan, maka kawasan miqatnya di tempat mereka sendiri hingga penduduk Makkah miqat mereka di Makkah." (Riwayat al-Bukahri) Orang yang melalui miqat ini hendaklah berihram di situ. Soalan 49 : Seorang pramugara telah bertugas dalam kapal terbang yang ingin mengerjakan haji. Beliau telah berniat sewaktu melintasi Qarnul Manazil tetapi masih lagi memakai p...

Ayam Den Lapeh - Padang dan Bukittinggi

Kenangan Percutian  ke Kota Padang dan Bukittinggi, Sumatera Barat, Indonesia  pada 14 - 17 September 2013   Tajuk Lagu : Ayam Den Lapeh   Artis : Anita Sarawak

RESIPI : BINGKA JAGUNG

Bahan-bahan : 1 cawan tepung gandum 1 cawan tepung beras 2 biji telur 3/4 cawan gula 1 cawan santan pekat 2 tongkol jagung Secubit garam 1 sudu makan mentega Cara membuatnya : Kisar jagung bersama sedikit air ( air jangan banyak sangat yer ).   Tapis ambil airnya sahaja ( saya tapis guna kain ).   Sukat 1 1/2 cawan pati jagung dan masukkan ke dalam blender.   Masukkan santan, gula, garam dan telur ke dalam blender bersama dengan pati jagung tadi dan kisar perlahan2 hingga sebati.   Masukkan kedua-kedua jenis tepung dan kisar lagi hingga sebati.   Pastikan tepung tak berketul. Masukkan ke dalam periuk dan masak atas api sederhana sambil dikacau setiap masa hingga naik wap dan pekat.   Masukkan mentega dan kacau lagi.   Tuang ke dalam acuan 8x8 inci yang disapu dengan minyak dan bakar pada suhu 180 darjah selama 1 - 1 1/4 jam hingga masak ( saya bakar api bawah sahaja selama 1/2 jam dan kemudiannya saya samb...

PERCUTIAN KE KOTA PADANG DAN BUKITTINGGI

Pada 14-17 September 2013, kami berdua, suami isteri pergi bercuti ke Tanah Adat Minangkabau, Kota Padang dan Bukittinggi, Sumatera Barat. Kota Padang merupakan Ibukota Sumatera Barat, sebuah kota terbesar di pesisir barat Pulau Sumatera. Sejarah dari perkampungan nelayan di muara Batang Arau lalu berkembang menjadi bandar pelabuhan. Kota Padang juga terkenal sebagai kawasan rantau Minangkabau, Kota Bukittinggi terletak pada rangkaian Bukit Barisan yang membujur sepanjang pulau Sumatera, dan dikelilingi oleh dua gunung berapi yaitu Gunung Singgalang dan Gunung Marapi. Kota ini merupakan tempat kelahiran beberapa tokoh pendiri Republik Indonesia, di antaranya adalah Mohammad Hatta dan Assaat. Bukittinggi juga terkenal sebagai kota wisata yang berhawa sejuk. HARI 01 - 14 Sep 2013 Setibanya di Bandar Udara Internasional Minangkabau, Padang, kami dijemput oleh pemandu pelancong, Pak Anto yang diperkenalkan oleh agen di Malaysia. Perjalanan wisata kami terus menuju ke Kota Bukittingg...