Hadir majlis perkahwinan anak lelaki Encik Jamaluddin Ariffin (kawan sekolah STK) pada 14 November 2012 di Taman Desa Tebrau, Johor Bahru. Kami bertolak dari Cheras jam 8.30 pagi bersama-sama dengan Norzam, Rozie Anis dan Cikgu Sudir. Kami berempat selamat sampai di rumah pengantin jam lebih kurang jam 1.00 tengahari.
Dimajlis ini , kami bertemu beberapa kawan sekolah STK, Fazilah Open, Rozie Ariffin, Han Mira, Norhaizan, Rashid Abu, Kamil Taha dan beberapa kawan yang lain. Semoga perkahwian Abdul Jalil bersama isterinya bahagia dan berkekalan hingga akhir hayat. Kepada Jamaluddin, kami ucapkan tahniah kerana dapat menantu.
Comments