Bersama dengan dua Imam Jemputan untuk Solat Tarawih di Masjid Taman Cheras Jaya bagi Ramadhan 1433H/2012. Mereka adalah Saudara Muhammad Robbani dan Saudara Muhammad Fatri. Kedua-dua mereka adalah pelajar Tahun Satu di Universiti Yarmouk, Jordan dalam bidang Usuluddin. Buat masa ini, mereka sedang bercuti dan akan menyambung pengajian tahun kedua pada bulan September ini. Semoga kedua-dua mereka berjaya.
Alhamdulillah, syukur terhadap Allah, tercapai juga impian kami untuk bercuti di Korea Selatan. Percutian kami bermula 06 hingga 11 Februari 2014 ke Seoul dan sekitarnya. Kami menggunakan perkhidmatan agen pelancongan persendirian melalui carian di internet, Encik Nolharizat Othman. Beliau telah memberi perkhidmatan yang baik sepanjang kami di Korea Selatan. Penginapan Penginapan popular dikalangan pelancong luar adalah di Guesthouse . Geusthouse mempunyai berbagai saiz dan harga. Ia bergantung kepada pelancong atau pengunjung untuk menyewanya. Di Seoul, kami menginap di Ines Inn di kawasan Iteawon. Ines Inn merupakan tumpuan rakyat Malaysia yang menghujungi Seoul. Ines Inn merupakan sebuah apartment yang mempunyai pelbagai saiz. Untuk ke sini, kita perlu mendaki bukit yang agak curam, jika kaki tidak kuat, masalah sikit untuk ke sini. Penginapan kami ini ditempah dan diuruskan oleh pemandu pelancong kami. Guesthouse kami mempunyai tiga bilik serta ruang tamu. Di sini t...
Comments