Percutian keluarga ke Kuching selama 4 hari 3 malam bermula 17 Mei 2012 hingga 20 Mei 2012. Biasanya kami berenam tetapi kali ini, dua anak aku tidak dapat menyertai percutian ini kerana berkursus dan ada peperiksaan setengah tahun sekolah. Jawabnya aku berempat bersama isteri dan dua anakku, Fiqah dan Zaki. Kami menggunakan perkhidmatan ajen pelancongan untuk keselesaan melancong di Kuching.
KUCHING
Bandaraya Kuching ialah ibu negeri Sarawak yang terletak di Malaysia Timur. Kuching dinaikkan taraf menjadi sebuah bandar raya pada 1 Ogos 1988.
"Kuching" ialah ejaan lama bagi perkataan "kucing", tetapi ia juga mungkin merupakan kelainan bagi "Cochin", perkataan India yang bermaksud "pelabuhan". Kuching mula-mulanya ditetap oleh para pedagang India yang mengasaskan pangkalan mereka di Santubong.
Mengikut penduduk Sarawak, susah hendak lihat kucing dan mungkin tiada kucing berkeliaran di Bandar Kuching. Ada penduduk secara melawak mengatakan tiada kucing di Bandar Kuching kerana semuanya telah disumpah menjadi batu. Sebab itu terdapat banyak tugu-tugu kucing di bandar ini.
LCCT ke Kuching
Tempahan pesawat, aku buat sendiri dengan menggunakan perkhidmatan AirAsia. Tempahan telah dibuat awal dua bulan sebelum hari penerbangan. Penerbangan pergi pesawat AK5210 dan penerbangan pulang pesawat AK5211. Perjalanan dari LCCT ke Kuching mengambil masa lebih kurang 1 jam 45 mint.
Riverside Majestic Hotel
Pakej yang kami pilih, menginap di Hotel Riverside Majestic. Hotel ini dahulu dikenali Hotel Crown Plaza. Ia terletak di Jalan Tunku Abdul Rahman, Kuching, yang sungguh strategik dan berdekatan dengan Waterfront, pusat membeli-belah dan tempat-tempat tarikan pelancong. Kami menginap disini selama tiga malam.
Sarapan Di Hotel
Selama tiga hari kami bersarapan di hotel, menu adalah sama, roti canai, roni bakar, bubur, nasi lemak, mi hoon goreng, laksa sarawak, kuih-muih dan beberapa menu lagi. Sarapan di hotel ini memuaskan.
Kuching Waterfront
Antara tempat yang mesti dilawati ialah Kuching Waterfront yang mana ia adalah antara tarikan utama yang terdapat di Kuching. Selain keindahan Sungai Sarawak, kita boleh menikmati pemandangan bot-bot kecil (perahu tambang) dan menaikinya dengan kadar tambang yang cukup murah. Kuching Waterfront juga adalah tempat tumpuan penduduk tempatan berkumpul untuk riadah bersama keluarga.
Semengoh Orangutan Rehabilitation Center
Pusat Pemuliharaan Orang Utan Semengoh merupakan salah satu tarikan yang menarik di kawasan Kuching. Hanya setengah jam perjalanan dari Kuching. Kita boleh lihat Orang Utan hidup bebas disini.
Taman Buaya Jong (Jong’s Crocodile Farm)
Sebuah kawasan persendirian yang menempatkan lebih 1000 ekor buaya dari pelbagai jenis dan saiz. Taman ini terletak di daerah Padawan (jalan Kuching-Serian) merupakan kawasan penternakan, pembiakan dan pemuliharaan buaya terbesar di malaysia. Buaya-buaya di sini ditempatkan mengikut saiz, spesies/jenis dan umur.
Arapaima Gigas
Ladang Buaya Jong juga mempunyai kolam buatan manusia yang besar yang penuh dengan Gigas Arapaima. Ia adalah salah satu ikan air tawar terbesar di dunia dan saiznya dengan mudah mencapai satu meter.
Pasu Sarawak
Antara tempat yang popular dan seringkali dikunjungi ramai ialah Batu 4, atau Batu 4 1/2 yang terletak kira kira 25 minit perjalanan kereta dari bandar Kuching. Kawasan Batu 4 menempatkan beberapa kilang pasu terkenal di mana pasu pasu dibuat dan terus dijual di sini. Jadi selain melihat pelbagai corak dan bentuk pasu, kami juga berkesempatan untuk melihat sendiri proses bagaimana pasu bunga dihasilkan daripada tanah liat pada suhu mencecah lebih 800 degree celcius! Pelbagai jenis, saiz dan bentu pasu yang boleh kita perolehi di sini.
Sarawak River Cruise
Sarawak River Cruise adalah antara tarikan menarik di Bandaraya Kuching, Sarawak. Jeti bot yang mengambil penumpang berpusat di Kuching Waterfront Kami menaiki bot menyusuri sepanjang Sungai Sarawak sambil menikmati pemandangan menarik di sekitarnya serta dalam masa yang sama boleh juga merasai pengalaman melihat matahari tenggelam jauh di horizon. Harga ini termasuk dengan makanan ringan yang akan disediakan sepanjang perjalanan, serta persembahan tarian yang akan dipertunjukkan oleh sekumpulan penari tempatan. Trip jam 5.30 petang digemari dan dapat banyak sambutan.
Antara pemandangan yang boleh dilihat sewaktu bot dikemudi adalah Brooke’s Dockyard, bekas masjid negeri, Astana (tempat gabenor Sarawak bertugas), Fort (Kubu) Margherita, Waterfront, gunung Santubong, Kampung Boyan dan lain lain termasuk kediaman salah seorang ahli keluarga terdekat Ketua Menteri yang tersergam indah seperti istana.
Gunung Santubong
Dalam perjalanan kami ke Kampung Budaya Sarawak, kelihatan gunung tersegam indah iaitu Gunung Santubong. Gunung Santubong merupakan sebuah daripada gunung legenda yang terkenal di Sarawak.
Kampung Budaya Sarawak.
Kampung Budaya Sarawak terletak di Santubong. Ia dibuka secara rasmi pada tahun 1990 dan dibangunkan di atas tanah seluas 14 ekar mampu memberikan pengalaman terindah kepada pengunjung yang mahu merasai sendiri gaya hidup serta kediaman sebenar masyarakat unik Sarawak. Hanya 35 kilometer dari Bandaraya Kuching dan mengambil masa lebih kurang 35 minit perjalanan menggunakan kereta. Kadar bayaran masuk untuk bukan anak Sarawak ialah RM60.00. Kita juga akan dapat passport yang boleh dicop di setiap stesen (rumah tradisional) juga pelekat pada baju. Terdapat tujuh rumah etnik iaitu Rumah Iban, Bidayuh, Orang Ulu, Penan, Melanau, Melayu dan Cina. Di Kampung Budaya Sarawak ini, kami dipaparkan dengan gaya hidup sebenar masyarakat tersebut termasuklah kuih muih, pakaian tradisional serta tarian. Kampung Budaya Sarawak ibarat sebuah 'muzium hidup' yang penuh warna warni kehidupan masyarakat desa Sarawak.
Persembahan Tarian Kebudayaan
Salah satu acara di Kampung Budaya ini adalah tarian kebudayaan yang diadakan dua kali sehari pada jam 11.30 pagi dan 4.00 petang setiap hari. Jika terdapat ramai pengujung, persembahan akan diadakan 3 atau 4 kali sehari mengikut permintaan. Persembahan kebudayaan diadakan selama 45 minit yang diadakan khusus untuk pengunjung.
Kuching City Tour dan Tempat Bersejarah
China Town, Jalan Padawan, Kuching |
Dewan Bandaraya Kuching Selatan (DBKU) |
Muzium Kucing, DBKU |
Muzium Textile Sarawak |
Muzium Sarawak |
Kek Lapis Sarawak
Sarawak terkenal dengan Kek Lapis. Ada dua tiga pengusaha kek lapis antaranya adalah Kek Lapis Dayang Salhah. Kami tidak sempat untuk melawat rumah atau kilang kek lapis beliau tetapi kami singgah di kedai beliau di Kota Sentosa, Batu 7. Beraneka kek lapis terdapat di Kedai Kek Lapis Dayang Salhah.
Kita tidak digalakkan membeli kek lapis di tepi-tepi jalan terutama di Waterfront sekiranya ingin membeli untuk dibawa pulang ke Semenanjung. Ini kerana kek lapis tersebut terdedah kepada cahaya matahari dan mudah dijangkiti kulat. Untuk menjamin kebersihan dan keselamatan, digalakkan membeli kek lapis dikedai-kedai kek kerana kek-kek ini disimpan di dalam peti sejuk dan kurang terdedah persekitaran.
Pasar Minggu Satok
Dalam perjalanan ke Serikin, singgah sebentar untuk membeli Ikan Terubuk Masin untuk dibawa pulang ke rumah.
Serikin
Pasar Serikin ini dibuka seawal pagi hari Sabtu dan berakhir lebih kurang jam 1.00 tengahati hari Ahad. Kebanyakan peniaga berasal dari daerah Pontianak, Kalimantan. Masa ini cuaca sungguh panas terik, kami terpaksa membeli dan memakai topi dan payung kepala. Disini terdapat banyak barang-barang keluaran Sarawak dan Indonesia.
Bazar Kaum Bidayuh
Singgah sebentar di Bazar Kaum Bidayuh yang menjual hasil pertanian, Disini terdapat sejenis kuih iaitu pulut yang dimasukkan dalam periuk kera dah dikukus. Rasa pulut ini sedap. Terdapat juga petola dikeringkan dijadikan seperti berus untuk mencuci badan atau memberus kuali.
Gua Angin
Gua Angin merupakan salah satu tempat perkelahan. Disini terdapat sebatang sungai mengalir keluar dari gua. Penduduk tempatan berkelah dan bermandi manda menikmati kesejukan air Gua Angin ini.
Kayaking @ Tasik Biru, Bau
Terletak dekat dengan Pekan Bau merupakan bekas lombong emas suatu ketika dulu diusahakan oleh Borneo Company sehingga tahun 1921. Semasa perlombongan emas ini aktif, disini terdapat kem askar khusus untuk menjaga keselamatan lombong ini. Setelah perlombongan ini tidak beroperasi lagi, kem askar pun lenyap bersama. Tempat ini telah dijadikan tempat bersantai dan rekreasi bagi penduduk sekitar Bau.
Makan Tengahri di Kota Sentosa
Makan tengahari sebelum berangkat pulang ke Semenanjung.
Terima kasih Encik Ahmad, wakil ajen pelancongan dan Encik Rahmat yang membawa kami ke Serikin dan sekitar Bau.
Selamat Tinggal Kuching
Selamat tiba di LCCT jam 6.00 petang dan sampai di rumah jam 7.50 malam.
Suatu pengalaman yang indah...tinggal kenangan.
LINK
Comments
boleh beri saya contact number untuk agen di sana.
1; kampung budaya
2: gunung santubong (jika ingin mengetahui sejarah puteri santubong,or ingin melihat bentuk gunong tersebut)
3: serikin , tebedu / sempadan indonesia,barangan murah,sperti beg,baju,kraf tangan, buah tangan,smua murah2..n bnda yg korg xpernah lihat d tmpt lain..
4:wind cave, fairy cave ,
5: menikmati rumah bidayuh (baruk)..rumah iban (rumah panjang)
6: tmpt picnic yg paling sesuai seperti (family park, jambatan merah, sungai rayu, sematan, lundu,
7: jln2 d sekitar kuching,tmpt shopping,
8: budget hotel,standard hotel,i boleh tlg cari..
9: n nak kemane jer,i blh bawa..nk uturn,nk singgah,berhenti,up to u..hehe
BANYAK LAGI SAMPAI XDPT NK LIST KAN.HEH ..
sorry Aesya Zealous, i juz nk promote..kot2 nk pg kuching lagi kan? i blh bawa..dont worry,im friendly..love to make friend. N THANKS..U MAY CALL ME
0149957036
Adam.( your personal driver at kuching )
facebook : chreez_devil88@yahoo.com
Pakej Jimat Sekeluarga.
Salam dari sarawak.
Insyallah saya bleh membantu anda menyediakan perkhidmatan homestay & transport.
Kamarul.Ramli
010-226 9169
Jom bercuti di Kuching dengan Kuching Getaway
Hotel-Transport-Guide
Free airport transfer
Mesra Muslim
Whatsapp/call 01114644266
email: kuchinggetaway@gmail.com