3 April 2012
.Setelah selesai tugas, saya mengambil peluang melawat tempat-tempat yang menarik di Sandakan. Salah satunya adalah Rainforest Discovery Centre (RDC).
Rainforest Discovery Centre ialah kemudahan pendidikan alam sekitar yang dikendalikan oleh Jabatan Perhutanan Sabah, terletak 23 kilometer dari Bandar Sandakan. RDC terutamanya untuk mewujudkan kesedaran dan penghargaan orang ramai tentang kepentingan memulihara hutan, serta penggunaan sumber hutan secara mampan.
RDC telah dibuka pada Ogos 2006 kepada orang ramai dan telah menjadi salah satu tempat yang menarik perhatian pelancong yang datang berkunjung ke Sandakan. Bersama-sama dengan Sepilok Rehabilitation Centre yang berdekatan, adalah diharapkan bahawa RDC akan membantu meningkatkan pelancongan di daerah Sandakan.
Ia kini dibuka setiap hari dari jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang. Terdapat tiga (3) kawasan utama di RDC untuk eksplorasi iaitu Bangunan Pelawat, Rainforest Discovery Trail dan Canopy Walkway.
Comments