Skip to main content

Posts

Showing posts from March, 2012

Family Day bersama PPPBCJ - Pantai Balok, Kuantan

Hari Keluarga PPPBCJ 2012 Kuantan    24-25 Mac 2012. Aku, isteri dan dua anak lelaki telah bersama-sama menyertai Hari Keluarga PPPBCJ 2012 di De Rhu Beach Resort, Kuantan, Pahang anjuran persatuan penduduk taman aku. Sebanyak 32 keluarga dengan ramai 173 orang menyertai program ini. Buat pertama kali, perkhidmatan bas digunakan oleh persatuan agar lebih mesra ketika bersama dalam bas. Dua bas digunakan, walau bagaimana pun tidak mencukupi untuk menampung semua peserta. Sebahagian keluarga iaitu 17 keluarga menaiki kenderaan sendiri. Aku dan keluarga menaiki bas. Kami berangkat jam 8.30 pagi.

Nasi Arab - Restoran Half Moon, Seri Kembangan

Di Seri Kembangan terdapat dua restoran nasi arab, salah satu nya ialah Restoran Half Moon yang banyak diperkatakan oleh kawan-kawan, nasi arab nya sedap. Pada Sabtu 10 Mac 2012, saya bersama isteri dan anak-anak ambil keputusan untuk mencuba merasai nasi arab Restoran Half Moon. Kebetulan restoran ini tidak jauh dari kediaman kami.

Merokok adalah senjata Yahudi yang paling berjaya

Petikan dari post Rakan FB: Merokok adalah senjata Yahudi yang paling berjaya, nak tahu kenapa? Sebabnya : ✔ Mana ada orang hisap rokok bermula dengan BISMILLAH..! ✔ Mana ada selepas habis merokok ucap ALHAMDULILLAH..! ✔ Menyalakan api adalah kesukaan syaitan...! ✔ Meletakkan jari di mulut adalah amalan Yahudi...!! ✔ Mengepit 2 jari pada rokok adalah melambangan salib...! SAUDARA2ku SEKALIAN... BERHENTILAH MEROKOK..... (̅_̅_̅_̅(̅_̅_̅_̅_̅_̅_̅_̅_̅̅_̅()ڪےhidup lebih sihat tanpa merokok... Alhamdulillah..hargai lah nyawa anda ......

Perjumpaan Khas PM dengan Penjawat Awam 8 Mac 2012

Pelarasan gaji yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak akan berkuatkuasa 1 Jan tahun ini dan dibayar mulai bulan ini atau April 2012.  Pada perhimpunan itu Perdana Menteri turut mengumumkan pembatalan skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) dan mengembalikan Sistem Saraan Malaysia (SSM) yang akan ditambah baik.  klip Ucapan PM (sebahagian) Najib turut mengumumkan pelarasan gaji sebanyak 13 peratus untuk Kumpulan Pengurusan dan Profesional serta Kumpulan Pelaksana Gred 1 hingga 54; sembilan peratus untuk Gred Utama dan Gred Khas C,B dan A; lapan peratus Kumpulan Turus III dan Turus II; dan tujuh peratus untuk Kumpulan Turus I dan Ketua Setiausaha Negara.  Pengumuman itu diharap dapat diterima baik oleh 1.4 juta penjawat awam dan tiada lagi suara tidak puas hati sebaliknya mereka perlu membalas keperihatinan kerajaan dengan bekerja lebih rajin serta berusaha meningkatkan produktiviti.