Skip to main content

Posts

Showing posts from August, 2011

AYAH DAN IBU MESTI DIHORMATI

 Ayah dan Ibu - Sudirman Hj. Arshad .

ADAB MENGAKHIRI RAMADHAN DAN MENYAMBUT AIDILFITRI

ZIARAH KUBUR SEBELUM TERBENAM MATAHARI PADA HARI TERAKHIR RAMADHAN Menziarahi kubur pada hari terakhir Ramadhan sebelum terbernam matahari dan memohon keampunan untuk ahli-ahlinya ( dan bukan menziarahi selepas solat sunat aidilfitri) . PERMULAAN AIDILFITRI Sejarah hari perayaan sebenarnya telah bermula sebelum kedatangan Islam. Ketika Madinah Al-Munawarrah bernama Yathrib, ia sudah menyambut perayaan. Menurut Anas ra, tatkala Rasulullah saw berhijrah ke Madinah, Baginda telah menukarkan dua perayaan dengan dua perayaan yang jauh lebih baik, iaitu Aidilfitri (Hari Raya Puasa) dan Aidiladha (Hari Raya Haji atau Korban). Hadis dan riwayat sahabat menceritakan cara Rasulullah menyambut kedatangan Aidilfitri, antaranya: 1) Membanyakkan bacaan takbir Sejak malam hari Aidilfitri sehingga imam datang untuk memulakan solat pada hari raya, umat Islam disunatkan memperbanyak bacaan takbir, sebagai maksud firman Allah s.w.t: “ Dan juga supaya kamu cukupkan bilangan puasa (s...

Selamat Menyambuat Hari Kemerdekaan Malaysia ke-54

Sudirman Haji Arshad : 31 Ogos .

Anugerah Aidilfitri (Instrumental)

Ihya' Ramadhan DYMM Sultan Selagor bersama rakyat di Masjid Taman Cheras Jaya pada 23 ogos 2011.

Ihya’ Ramadhan DYMM Sultan Selangor Bersama Rakyat di Masjid Taman Cheras Jaya

23 Ogos 2011.  DYMM Sultan Selangor telah sudi berkenan menyampaikan bantuan zakat kepada 398 fakir miskin, mualaf dan anak yatim kariah Hulu Langat di Majlis Berbuka Puasa DYMM Sultan Selangor Bersama Rakyat di Masjid Taman Cheras Jaya. Kesemuannya menerima sumbangan berupa wang tunai RM300 untuk golongan fakir miskin dan mualaf serta RM100 bagi anak yatim sempena menyambut Ramadhan dan Hari Raya Aidilfitri. Ini merupakan kali kedua baginda hadir di Masjid Taman Cheras Jaya. Kali pertama  baginda datang pada April 2010 kerana merasmikan masjid. Baginda telah meluangkan masa sehingga selesai Solat Tarawih dan Solat Witir.  Baginda berangkat pulang selepas menikmati Jamuan Moreh iaitu lebih kurang jam 11.00 malam.

BERZIKIR - Mendekatkan diri kepada Allah

BERZIKIR kepada Allah adalah amalan yang terbaik dan merupakan cara yang mulia bagi seseorang hamba untuk mendekatkan diri kepada Allah yang Maha Suci dan Maha Tinggi. Allah memerintahkan hamba-Nya supaya berzikir kerana dengan berzikir kita akan diberi kelebihan dan manfaat yang banyak. Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman, “ Dengan itu, ingatlah kamu kepada-Ku niscaya Aku ingat (pula) kepadamu, dan bersyukurlah kepada-Ku, dan janganlah kamu mengingkari (nikmat)-Ku. ” ( Surah al-Baqarah, 2: 152 ) Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman, “ Dan sebutlah (nama) Tuhanmu di dalam hatimu dengan merendahkan diri dan perasaan takut, serta dengan tidak mengeraskan suara, di waktu pagi dan petang, dan janganlah kamu menjadi orang-orang yang lalai. ” ( Surah al-A’raaf, 7: 205 ) KELEBIHAN BERZIKIR Terdapat begitu banyak kelebihan doa dan zikir kepada kita. Maka di sini hanya menyebutkan sebahagian daripadanya yang di antaranya adalah, 1 – Meraih keredhaan Allah Subhanahu wa Ta’ala...

Selamat Hari Raya Aidil Fitri 1432H

Senandung Hari Raya Untukmu - Dayangku Intan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua sahabat handai dan kaum keluarga, maaf zahir dan batin. .

TIDUR BUKAN SEKADAR MEMEJAMKAN MATA

Tidur merupakan fitrah manusia bagi menghilangkan rasa mengantuk, menghasilkan kecergasan dan merehatkan minda, fizikal dan mental. Masa yang diperuntukan untuk tidur sekurang-kurangnya 6 jam yakni ¼ daripada umur kita. Ertinya jika kita hidup 40 tahun, 10 tahun telah dihabiskan untuk tidur. Adab dan amalan yang baik sebelum tidur : Pertama : Sebelum tidur hendaklah kita niatkan untuk mendapat kerehatan, agar kita dapat bangun untuk solat Subuh pada hari keesokkannya. Kedua : Tidurlah dalam keadaan berwudhu. Air wudhuk itu akan menyejukkan hati kita, merehatkan emosi kita dan menstabilkan fikiran kita. Ketiga : Tidur berbaring pada sisi kanan. Keempat : Meniup kedua telapak tangan sambil membaca surat Al Ikhlas , surat Al Falaq dan surat An Naas , masing-masing sekali. Setelah itu mengusap kedua tangan tersebut ke wajah dan bagian tubuh yang dapat dijangkau. Hal ini dilakukan sebanyak tiga kali. Kelima : Membaca Ayat Kursi sebelum tidur. Keenam : Membaca do’a seb...

Bubur Lambuk.

Bahan-bahan: 100 gm beras Sehelai daun pandan 2 batang serai 4 sm halia 4 sm kulit kayu manis 300 gm ayam (diricik halus) 2 helai daun bawang 4 kuntum bunga lawang 200 gm minyak sapi 1 ½ liter air 2 gm buah pelaga 5 gm bawang goreng 2 cawan santan Bahan dihiris: 4 ulas bawang merah 2 ulas bawang putih Cara menyediakan: 1) Panaskan minyak, masukkan daun pandan, bawang putih, bawang merah, kulit kayu manis, buah pelaga dan bunga lawang. Tumis hingga naik aromanya dan berbau wangi. 2) Masukkan air dan beras. Bila nasi sudah kembang, masukkan garam, santan, ayam yang telah diricik dan masak hingga mendidih dan bolehlah dihidangkan. Hidangkan bersama bawang goreng dan hirisan daun bawang.  Sumber : NZ Resepi World

AGAR-AGAR SANTAN

Bahannya : 20gm agar - agar serbuk santan dari sebiji kelapa 3 biji telur ayam 6 gelas air 1/2 - 1 potong gula melaka / gula perang /gula apong Caranya : Masak agar - agar dengan air Gula kabung / gula melaka di hiris2 halus, kemudian masukkan dalam periuk agar - agar tadi. Sementara tu, blendkan kesemua santan dengan telur, biar sampai berbuih. Kemudian tuangkan ke dalam periuk agar - agar tadi, kacau sampai mendidih. Tutup api dan bolehlah letakkan dalam loyang/bekas. Bila dah sejuk nanti, agar - agar ni akan jadi 2 lapis, lapisan coklat jernih kat bawah, atasnya bewarna krim (telur dan santan). Sumber : Riezanie's Recipe