Hari 07 ( 8 Jun 2011 ) SHANGHAI-KUALA LUMPUR Hari ini merupakan hari terakhir kami di Negara China. Kami akan berangkat pulang ke Malaysia. Malam tadi kami semua terpaksa tidur lewat, mengemas barang dan pakaian ke dalam beg. Hari juga kami terpaksa bangun seawal jam 4.00 pagi, menyiapkan diri seterusnya berkumpul di lobi hotel jam 5.00 pagi. Kami dibekalkan sarapan dengan roti dan buah epal. Setelah semua check-out, memasukkan semua beg dan barang-barang ke dalam bas, lebih kurang jam 5.30 pagi, bas pun bertolak menuju ke Lapangan Terbang Antarabangsa Pudong, Shanghai. Perjalanan ke lapangan terbang mengambil masa lebih kurang 40 minit. Kami terpaksa bertolak awal kerana dikhuatiri akan sesak semasa penduduk Shanghai bergegas ke tempat kerja. LAPANGAN TERBANG PUDONG, SHANGHAI Kami tiba di lapangan terbang jam 6.05 pagi. Hari dah pun cerah, maklumlah ketika ini waktu terbit matahari di Shanghai pada jam 4.48 pagi. Kami pun mengangkat beg dan barang-barang menuju ke tempat pem...