31 Mei 2011 : JOPLIN (Missouri): Jumlah mereka yang masih hilang akibat puting beliung yang melanda di Missouri menurun kepada 29 orang, semalam tetapi penyelamat menyifatkan mereka yang terselamat selepas lapan hari sebagai 'ajaib'.
Puting beliung pada 22 Mei lalu itu kini sudah mengorbankan 142 nyawa di Joplin, Missouri, bencana puting beliung yang dianggap paling teruk di Amerika Syarikat.
"Secara realistiknya, peluang untuk mencari mereka yang masih bernyawa adalah amat tipis tetapi kami masih lagi meneruskan kerja mencari meskipun ia dianggap satu keajaiban," kata pengurus bandar Joplin, Mark Rohr dalam satu kenyataan hari ini. - AFP
Comments