STADNYK... tubuhnya jadi besar dan tinggi. |
KALI pertama kisah Bao Xishun, 56, dari China yang dicatatkan dalam Guinness World Records sebagai lelaki tertinggi di dunia dengan ketinggian 7 kaki 9 inci (232.5 sentimeter) didedahkan, ramai menyangka dia mengalami masalah akromegali atau gigantisme.
Sebaliknya, lelaki Ukraine dari Podoliantsy, Leonid Ivanovych Stadnyk, 39, yang mempunyai ketinggian 8 kaki 5 inci (252.5 sentimeter) menolak untuk diberi gelaran berkenaan kerana baginya ia bukan perkara membanggakan.
Malah susuk badannya yang terlalu tinggi dan besar akibat masalah akromegali menyukarkan dia untuk membeli baju dan kasut! Yang lebih merimaskan ialah dia sentiasa menjadi tumpuan ke mana saja dia pergi.
Sumber : MyMetro 5/9/2010
Comments
TERLEBIH BOLEH JADI MASALAH ! BERSYUKUR DENGAN SAIZ TUBUH BADAN KITA NI.