Skip to main content

Posts

Showing posts from July, 2010

Taman Negara Gunung Mulu - Tapak Warisan Dunia

Latar Belakang Sejarah : Taman Negara Mulu merupakan salah satu daripada Tapak Warisan Dunia. Ia terletak di hulu Sungai Tutuh dengan keluasan 544 km persegi. Kawasan ini mempunyai kepelbagaian spesis yang menakjubkan kerana ia terletak dari kawasan tanah pamah dengan altitud dari 50 meter sehingga 2,376 meter. Kawasn ini juga mempunyai 17 zon vegetasi. Ianya telah diwartakan sebagai Taman Negara pada 3 Oktober 1974. Taman Negara Mulu mempunyai 3 gunung, iaitu Gunung Mulu (2,376 m), Gunung Api (1,750 m) dan Gunung Benarat (1,585 m) serta 300 km gua yang telah diterokai, salah satu sistem gua batu kapur terbesar di dunia. Ia juga mempunyai beberapa gua yang mencatat rekod dunia. Taman Negara Gunung Mulu mengandungi rangkaian-rangkaian gua yang terpanjang di dunia dan di sini juga terletaknya 'Sarawak Chamber' iaitu ruang bawah tanah terbesar di dunia yang boleh menampung empat puluh biji kapal terbang Boeing 747. Anda juga boleh melawat Gua Rusa iaitu gua yang...

Pesanan Iman Al-Ghazali

Suatu hari, Iman Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya. Lalu Iman Al-Ghazali bertanya ... 1. " Apa yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini? " Murid-muridnya ada yang menjawab orang tua, guru, teman dan kerabatnya. Iman Ghazali menjelaskan semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita adalah "mati" . Sebab itu sudah janji Allah SWT bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati. " Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati, dan bahawasanya pada hari kiamat sahaja akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga maka sesungguhnya ia telah berjaya. Dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya)tidak lain hanyalah kesenanga bagi orang-orang terpedaya ." ( Surah Ali Imran 185 )

Apa Ada Pada Gula?

" Gula memudaratkan kesihatan ". " Gula itu racun ". " Gula penyebab pelbagai penyakit kronik ." Ini antara perkara negatif yang dikaitkan dengan gula. Malah pepatah Melayu ada juga menyebut " Mati semut kerana gula ". Namun, di sebalik impak negatif yang semakin dikaitkan dengan pengambilan gula secara berlebihan, adalah jelas sesetengah masyarakat pengguna di negara ini masih tidak mahu mengambil peduli akan bahaya yang boleh disebabkan oleh gula. Untuk kelompok ini, kesihatan mungkin bukan isu utama dalam kehidupan mereka. Peringatan atau nasihat baik daripada pakar pemakanan atau perubatan bak ' masuk telinga kanan keluar telinga kiri '.

Israk dan Mikraj

Kita sedang berada dalam 'musim' Israk dan Mikraj. Kefahaman dan sikap masyarakat dalam melalui hari-hari ini memang berbeza malah mungkin juga bercanggah. Ada yang langsung tidak menyedari datang dan perginya 27 Rejab kerana terlampau sibuk dan kurang peka pula pada perjalanan kalendar Islam.

Gerhana Matahari meliputi Pulau Easter, Chile, Argentina dan Pacific Selatan

HANGA ROA, Chile 12 Julai 2010 - Gerhana penuh matahari membayangi kawasan lingkaran sejauh 11,000 kilometer di selatan Pasifik semalam, menjerumuskan pulau-pulau terpencil ke dalam kegelapan dalam fenomena alam yang memuncak di Pulau Easter.

Festival San Fermin - Larian Lembu Jantan

Festival San fermin diadakan setiap tahun diantara 7 hingga 14 Julai di bandar Pamplona, Sepanyol. Festival ini adalah pesta larian sekumpulan lembu jantan yang dihalang oleh orang ramai. Orang ramai berpakaian serba putih dan skaf berwarna merah diikat dileher berkumpul di.Plaza del Ayuntamiento.

Impian Sepanyol menjadi kenyataan - Juara Piala Dunia 2010

Pemain tengah Xavi membuktikan impian Sepanyol menjadi kenyataan menjuarai Piala Dunia 2010 dengan mengalahkan Belanda 1-0 di Soccer City, Afrika Selatan menerusi jaringan Andres Iniesta pada minit ke-116 masa tambahan. Ini merupakan sejarah dimana Sepanyol, buat pertama kali menjuarai Piala Dunia sejak diperkenalkan. Kedua-dua pasukan terikat 0-0 pada separuh masa pertama. Tindakan pengadil England, Howard Webb melayangkan kad merah kepada pertahanan Belanda, John Heitinga pada minit ke-109 menjadi detik kejatuhan ‘The Flying Dutchman’. Sepanyol telah menambah koleksi kejayaan yang sebelum ini merupakan Juara Eropah di Vienna dua tahun lepas.

Misteri Lubuk Yu

Hutan Lipur Lubuk Yu, Ulu Jempol, Maran merupakan kawasan perkelahan yang paling ideal untuk seisi keluarga. Arusnya yang tidak begitu deras menjadikan ia air terjun yang paling digemari penduduk Maran. Kawasan yang tenang dan dipenuhi flora yang sangat menyegarkan.

Jerman tempat ketiga Piala Dunia 2010

PORT ELIZABETH, South Africa — Sami Khedira menjaringkan gol lewat permainan untuk membolehkan Jerman mencatat kemenangan 3-2 ke atas Uruguay dan memenangi tempat ketiga Piala Dunia buat kali kedua berturut-turut. Khedira menanduk masuk sepakan sudut Mesut Ozil pada minit ke-82 seterusnya memusnahkan harapan Uruguay untuk menewaskan Jerman buat kali pertama selepas 82 tahun. Gol pertama Jerman disumbangkan oleh Thomas Mueller pada minit ke-18 sebelum Edison Cavani menyamakan kedudukan 10 minit kemudian. Diego Forlan meletakkan Uruguay di depan pada minit ke-51 namun Marcel Jensen menjadikan kedudukan terikat 2-2 lima minit kemudian. - AP

Lokomotif kuasa wap - Warisan KTMB

SEJAK dua dekad lalu, lokomotif kuasa wap Kelas 56 buatan England yang dikenali sebagai 'Temerloh' berada di landasan Stesen Gemas. Apabila Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) memutuskan untuk membawa lokomotif yang berusia 64 tahun itu ke Kuala Lumpur untuk tujuan baik pulih dan pengkomersialan.

Sepanyol menang semi-final mengikut jangkaan Octopus

Sekarang Paul “Octopus oracle” Jerman kini terkenal diseluruh dunia kerana telah mempertahankan jangkaan tepat peluang pasukan Jerman di perlawanan bolasepak Piala Dunia 2010. Jangkaannya telah mengecewakan penyokong-penyokong Jerman.

Ketagihan laman sosial maya - FACEBOOK

FENOMENA Facebook menyerap dengan pantas dalam masyarakat di seluruh dunia. Sejak enam tahun lalu, pelbagai peringkat lapisan masyarakat daripada kanak-kanak, remaja, orang dewasa mahupun warga emas, ahli-ahli politik dan selebriti tidak ketinggalan mengikuti arus kemajuan teknologi maklumat yang menjadi trend pada masa kini.

Kapal Selam Kedua Malaysia - KD Tun Razak

Malaysia telah membeli dua kapal selam jenis Scorpene pada 2002 yang dibina oleh DCN Shipyard International (DCNS) dan rakan kongsi dari Sepanyol, Navantia pada 2002.