Skip to main content

Posts

Showing posts from 2010

MALAYSIA JUARA PIALA SUZUKI 2010 - Satu sejarah

JAKARTA - Setelah menanti selama 14 tahun, Malaysia akhirnya berjaya muncul juara Kejohanan Bola Sepak Piala Suzuki AFF 2010 menerusi agregat 4-2. Biarpun tewas 1-2 kepada Indonesia pada final kedua di Stadium Utama Gelora Bung Karno di sini malam tadi, Malaysia telah menang 3-0 pada final pertama di Stadium Nasional, Bukit Jalil, Ahad lalu. Kejuaraan tersebut mengesahkan status Malaysia sebagai raja bola sepak Asia Tenggara setelah saingan peringkat bawah 23 tahun iaitu Sukan SEA turut dijuarai Malaysia di Laos pada 2009. Kecemerlangan penjaga gol kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat menyelamatkan sepakan penalti kapten Indonesia, Firman Utina pada separuh masa pertama serta jaringan Mohd. Safee Mohd. Sali pada awal babak kedua menjadi detik pengubah perlawanan malam tadi. Isu laser yang sering diperbesarkan Indonesia sebelum ini akhirnya terpalit kepada mereka sendiri apabila Khairul Fahmi tiga kali diganggu pancaran laser ke arah mukanya. Ia bermula apabila Indonesia memperoleh...

Percutian di Universal Studio, Singapura

Pada Sabtu 25 Disember 2010, saya sekeluarga pergi percutian sehari ke Universal Studio, Singapura . Universal Studio ini terletak di sebahagian Pulau Sentosa. Isteri dan anak-anak saya belum pernah menjejaki Negara Singapura, saya telah beberapa kali masuk ke Singapura, ketika zaman sekolah, waktu berkerja tetapi saya juga belum pernah ke Universal Studio.  Kami bertolak dari Hotel Mutiara, Johor Bahru pada jam 9.20 pagi dan bersarapan di Taman Pelangi sebelum menuju Komplek CIQ ( Custom & Immigration Quarantine ) Johor Bahru. Kami mengambil masa lebih kurang satu jam untuk melepas Woodland Checkpoint, Singapura. Dari Woodland Checkpoint, kami terus menuju kawasan Orchard Road dan singgah sebentar di Merlion Park untuk bergambar. Lebih kurang 40 minit, kami menuju ke Sentosa untuk ke Universal Studio. Kami telah dimaklumkan tiket untuk memasuki Universla Studio telah habis dijual untuk tempoh 20 Disember 20101 hingga 2 Januari 2011. Kami sekeluarga bernasib baik, satu agen...

Percutian 3 Hari 2 Malam di Port Dickson 19-21 Disember 2010

Pada 19 -21 Disember 2010, bercuti dan berehat di Port Dickson. Turut serta dalam percutian ini ialah dua anak lelaki saya, Zahid dan Zaki, Kakak berserta anak-anak dan cucu-cucnya, dan juga adik-adik perempuan saya. Hari Pertama, 19-20 Disember 2010 bermalam di Tiara Beach Resort. Hari Kedua, 20-21 Disember 2010 bermalam di Ancasa Allsuites Resort. Percutian yang sungguh menyeronokkan. LINK [ Home ] [ SanaSini ]

Masjid Negara, Kuala Lumpur, Malaysia

MASJID NEGARA Malaysia terletak di Kuala Lumpur . Dibina antara 1963 dan 27 Ogos 1965 , Masjid Negara merupakan lambang keagungan Islam sebagai agama rasmi di Malaysia . Ia boleh menampung seramai 15,000 orang jemaah. LOKASI Terletak di kawasan strategik Pusat Bandaraya Kuala Lumpur, Masjid Negara terletak bersebelahan Stesen Keretapi Malaysia , Bangunan Daya Bumi , Pos Besar Malaysia , Muzium Kesenian Islam , Taman Burung Kuala Lumpur dan berdekatan Taman Tasik Perdana . Kawasan Masjid Negara seluas 13 ekar dan bangunan utamanya memenuhi lebih kurang 3 ekar. Seluruh kawasan masjid di kelilingi sebahagiannya oleh tembok konkrit dan sebahagiannya lagi oleh pagar berhias. Semuanya terdapat tujuh buah pintu masuk.Kemudahan untuk pelancong bukan islam juga disediakan seperti tandas awam Dewan Bandaraya Kuala Lumpur yang terletak berdekatan pintu masuk khusus pelancong luar dan dalam negara. Sebelum terbinanya Masjid Shah Alam, Masjid Negara merupakan salah sebuah masjid yang paling mod...

Masjid Sultan Ahmad, Istanbul, Turki

Masjid Sultan Ahmad merupakan masjid Nasional Turki, dan merupakan masjid bersejarah di Istambul, kota terbesar di Turki dan keKalifahan Ustmaniyah (Ottoman Empire) dari tahun 1453 - 1923 M. Masjid ini lebih terkenal sebagai Masjid Biru kerana marmar (ceramic) biru yang menghiasi dinding dan hiasan dalamannya. Masjid tersebut di bangun antara tahun 1609 dan 1616 M, selama pemerintahan Sultan Ahmad 1. Seperti kebanyakan masjid-masjid lain, bangunan itu juga terdiri darik peruburan, madrasah dan sebuah pusat kesihatan. Masjid Sultan Ahmad telah menjadi daya tarik warisan terkenal di Istambul. Sumber : Masjid Terbesar   -

Masjid Al-Fath, Bahrain

Masjid Al-Fath, juga di kenal sebagai Islamic Center Al-Fath dan Masjid Raya Al Fath, merupakan salah satu dari masjid masjid terbesar di dunia yang mampu manampung lebih dari 7000 orang jamaah shalat dalam waktu bersamaan. Masjid tersebut merupakan tempat ibadah terbesar di Bahrain. Masjid terletak di jalan raya Raja Faisal di Juffair, sebuah kota kecil yang berlokasi di ibukota Manama. Masjid tersebut sangt dekat dengan Istana Kerajaan Bahrain, tempat tinggal Raja Bahrain Hamad Bin Isa Al Khalifah. Kubah besar yang di bangun di atas masjid Al-Fath terbuat dari fiberglass murni. Beratnya lebih dari 60 ton, dan merupakan kubah fiberglass terbesar di dunia. Masid Al-Fath sekarang termasuk kedalam Perpustakaan Nasional baru yang di buka untuk umum pada tahun 2006. Masjid tersebut di bangun oleh Sheikh Isa Bin Salman Al Khalifa pada tahun 1987. Masjid tersebut berasal dari nama Ahmad Al Fatih, salah seorang penakluk Bahrain. Sumber : Masjid Terbesar

Masjid Al-Aqsa, Jerusalem

Dome of The Rock Masjid Al-Aqsa juga dikenal sebagai Al-Aqsha, adalah sebuah tempat suci Umat Islam di Kota Lama Jerusalem. Secara am dianggap sebagai masjid paling suci ketiga dalam Islam, umat Islam percaya bahwa Nabi Muhammad adalah berangkat dari Masjidilharam di Mekah ke Al-Aqsa selama Isra Mi'raj (Perjalanan Malam). Sejarah Islam mencatat bahwa Nabi Muhammad memimpin solat menghadap tempat ini hingga tujuh belas bulan setelah  hijrah, ketika Allah memerintahkannya untuk berpaling ke arah Kabah. Masjidil Aqsa Masjid Al-Aqsa awalnya masjid kecil yang dibangun oleh Khulafaur Rasyidin, khalifah Umar Bin Khattab, tapi dibangun dan diperluas kembali oleh Khalifah Bani Umayyah Abdul-Malik Bin Marwan dan diselesaikan oleh putranya al-Walid Bin Abdul Malik pada tahun 705 Masehi. Setelah gempa bumi di tahun 746, masjid tersebut benar-benar hancur dan dibangun kembali oleh khalifah Abbasiyah al-Mansur pada tahun 754, dan lagi dibangun kembali oleh penggantinya kha...

Karnival Ma'al Hijrah 1432 - Masjid TCJ

Masjid Taman Cheras Jaya akan mengadakan   Karnival Ma'al Hijrah 1432   pada Sabtu dan Ahad ini ( 5-6 Disember 2010) bertempat di perkarangan masjid. Untuk maklumat lanjut sila layari Laman Web berikut: Masjid Taman Cheras Jaya .

Hijrah: Hayatilah Semangat Al-Quran

Tahun Baru Islam bertamu lagi, membawa bersama sebuah harapan agar umat Islam di seluruh dunia terus bersatu untuk mengangkat usaha membina daulah Islamiah. Selepas 1432 tahun peristiwa hijrah Rasulullah SAW, umat Islam seharusnya dapat berfikir mengapakah kita masih belum mampu menjadikah roh dan semangat Al Quran sebagai cara hidup sepenuhnya sebagaimana yang dilaksanakan Rasulullah SAW? Saban tahun, sambutan Maal Hijrah disambut dengan memperingati peristiwa hijrah Rasulullah SAW dari Mekah ke Yahtrib (kemudian menjadi Madinah). Hijrah berlaku setelah 13 tahun Rasulullah SAW melaksanakan usaha dakwah menegakkan sebuah masyarakat Islam yang berperadaban tinggi menentang kepercayaan masyarakat Jahiliah di Kota Mekah. Bagaimanapun, usaha dakwah di Mekah tidak dapat dikembangkan lagi ekoran pelbagai tentangan dan sekatan yang hebat daripada masyarakat Quraisy terhadap umat Islam. Baginda akhirnya menerima wahyu yang mengarahkan masyarakat Islam Mekah berhijrah ke Ma...

Karnival Bowling PPPBCJ 2010

 Pada 5 Disember 2010, Persatuan Penduduk Pusat Bandar Cheras Jaya (PPPBCJ) telah mengadakan Karnival Bowling 2010 bertempat di Plaza South City, Seri Kembangan. Karnival ini diadakan untuk mengeratkan lagi silaturahim dikalangan ahli-ahli, penduduk dan guru-guru di Taman Cheras Jaya. Sebanyak 12 pasukan telah mengambil bahagian iaitu 9 kumpulan lelaki dan 3 kumpulan wanita. Setiap kumpulan terdiri daripada 4 orang. Acara bermula jam 2.00petang dan selesai pada jam 6.30petang.   Hari ini memang sangat bertuah, kumpulan saya telah menjadi Juara kategori Lelaki Berpasukan. Kumpulan saya terdiri daripada Encik Sharji Khan, Encik Wan Shukrey, Faiz Dato' Mustapa dan saya. Setelah selesai permainan, kami menikmati jamuan yang telah disediakan oleh Restoren Lemon. Jamuan ini atas sumbangan Encik David Teo, CEO Metrowealth. Semoga aktiviti bowling menjadi agenda tetap persatuan.

FIFA Piala Dunia 2018 & 2022

ZURICH: Russia dipilih menjadi tuan rumah Piala Dunia FIFA 2018 manakala Qatar sebagai penganjur Piala Dunia FIFA 2022.  Keputusan itu diumumkan Presiden FIFA, Sepp Blatter. BLATTER ketika mengumumkan Russia menjadi pilihan untuk menganjur Piala Dunia 2018 sebelum mengisytihar 2022 milik Qatar. EMIR Qatar, Sheikh Hamad bin Khalifa Al-Thani (kiri), Presiden FIFA, Sepp Blatter (tengah) dan Timbalan Perdana Menteri Russia, Igor Shuvalov bergambar bersama trofi Piala Dunia selepas Russia dipilih menjadi tuan rumah Piala Dunia FIFA 2018 manakala Qatar sebagai penganjur Piala Dunia FIFA 2022. Ini adalah kali pertama Russia dan Qatar terpilih sebagai tuan rumah temasya bola sepak dunia itu. RAKYAT Qatar di Doha meraikan kejayaan selepas diumumkan sebagai penganjur Piala Dunia FIFA 2022, malam tadi. Qatar menjadi negara Arab pertama diberi penghormatan itu.

Perkahwinan Ismazaimy Ibrahim

27 November 2010 - Menghadiri Perkahwinan Ismazaimy binti Ibrahim dengan pasangannya Hairul bin Hisam di Taman Meru, Ipoh. Isma adalah sepupu isteriku. Biasanya apabila balik ke kampung isteri ku di Parit, aku akan keluar lebuhraya melalui Tol Gopeng. Jarang benar aku keluar lebuhraya guna Tol Ipoh Utara. Dah nak jadi cerita, aku terpaksa pusing berpatah balik di Tol Kuala Kangsar. Sudah lama aku tidak keluar lebuhraya mengguna Tol Ipoh Utara. Lebuhraya disini telah banyak berubah. Dalam perjalananku dari Kuala Lumpur ke Ipoh, sepatutnya aku mesti susur keluar di Tol Ipoh Selatan dan menuju Tol Ipoh Utara untuk keluar ke Taman Meru. Tetapi aku tidak berbuat demikian, aku terus, apabila sampai di Tol Ipoh Utara, didapati jalan telah ditutup. Aku terpaksa meneruskan perjalanan dan berpatah-balik di Tol Kuala Kangsar. Selepas majlis perkahwinan ini, aku bersama isteri  bertolak menuju ke Tapah untuk singgah sebentar di rumah adik ipar ku, Nomazila yang baru bertukar tempat kerja...

Lebih 340 maut dalam rempuhan rai festival air di Kemboja

PHNOM PENH: Lebih 340 orang maut manakala beratus lagi cedera akibat rempuhan di sebuah jambatan selepas orang ramai bersesak menyertai Festival Air di ibu negara Phnom Penh, lewat semalam. Berpuluh ambulans bergegas ke tempat kejadian apabila jutaan orang ramai termasuk pelancong asing yang memenuhi jambatan yang sempit memijak antara satu sama lain. Jambatan itu menghubungkan sebuah pulau kecil di antara Sungai Mekong dan Sugai Tonle Sap bagi menyambut perayaan tahunan terbesar itu. Perdana Menteri Hun Sen menyifatkan kejadian itu sebagai mimpi ngeri sejak negara itu diperintah regim kejam Khmer Rouge pada 1975 hingga 1979 apabila lebih suku daripada jumlah penduduk negara itu maut. “Ini adalah tragedi terbesar selepas rejim Pol Pot,” katanya dalam siaran langsung di televisyen. Beliau mengisytiharkan Kemboja cuti berkabung hari ini kerana tragedi yang menyayat hati itu. hari ini. “Saya ingin mengucapkan takziah bagi pihak keluarga dan sanak saudara mangsa yang terbunuh,...