BANDAR KLUANG Bandar Kluang bakal menjadi perintis Rancangan Kawasan Khas (RKK) Pengekalan dan Pemuliharaan Bangunan Warisan, Bandar Selamat dan Sihat. Pembangunan projek itu antara lain membabitkan cadangan pembinaan laluan pejalan kaki dari Stesen Keretapi Kluang ke Taman Merdeka yang menjadi tumpuan masyarakat serta lokasi strategik. ( Petikan Berita Harian - 11 Januari 2016 ) Perjalanan lengang dan singkat di sekitar Kluang tanpa perlu berdepan kesesakan lalu lintas teruk seperti di bandar besar, membolehkan penduduk di sini menikmati rutin seharian yang tenang. Walaupun Kluang telah membangun dengan pelbagai deretan bangunan lama dan moden megah tersergam di bandar, selain turut menjadi pusat pentadbiran dan kawasan tumpuan perindustrian serta perniagaan, namun persekitarannya cukup bersih. Justeru, tidak hairan apabila Kluang menerima pengiktirafan sebagai antara 10 Bandar Bahagia pada 2022 hasil kajian Indeks Kebahagiaan yang dijalankan bersempena dengan sambutan Hari Keba...
1.0 PENGENALAN Trip Jalan-jalan ke Kuala Selangor, Tanjung Karang dan Sekinchan selama tiga hari dua malam bermula dari 4 September 2025 hingga 6 September 2025. Kami sekeluarga seramai 8 dewasa dan 2 kanak-kanak menyertai trip santai ini. Sekinchan memang terkenal dengan kawasan sawah padi dan suasana kampungnya. Namun, ia juga popular dengan kawasan pantai dan kampung nelayan. 2.0 PERANCANGAN AWAL Percutian ini telah dirancang sebulan awal dengan kami melayari internet untuk mencari homestay yang sesuai untuk kami sekeluarga, tempat-tempat yang menarik yang hendak dilawati. Kami telah mencari beberapa homestay terutama sekitar kawasan Sekincahn. Kebanyakannya homestay yang kami ingini, penuh dan telah ditempah. Maklumlah masa minggu ini merupakan minggu cuti kerana terdapat dua hari cuti am. Pesanan kami, kalau hendak bercuti musim cuti panjang, perlulah mencari dan tempah lebih awal supaya tidak terlepas. Selain dari homestay, kami juga mencari tempat...