Saturday, January 16, 2016

Soal Jawab HAJI (Soalan 122, 123 dan 124)


Soalan 122

Elokkah kalau jemaah haji mencium setiap penjuru Kaabah? Maklumlah nak ambil berkat.


Jawapan :

Setiap penjuru Kaabah dipanggila Rukun. Ada Rukun Yamani, Rukun Syami dan Rukun Iraqi.

Mencium setiap penjuru Kaabah merupakan bidaah yang diharamkan. Kalau nak cium pun, ciumlah batu Hajarulaswad sahaja. Lagipun, rasanya mana ada sunah Nabi SAW bahawa Bani SAW pernah mencium setiap rukun Kaabah.




Soalan 123

Boleh ke tawaf mengikut pusingan arah jam?

Jawapan :

Tidak boleh, kerana semasa tawaf kedudukan kaabah mesti berada di sebelah kiri badan. Jangan terpusing badan semasa tawaf.




Soalan 124

Orang kata, eloknya semasa tawaf, kita berlari-lari? Benarkah?


Jawapan :

Yang sunahnya ialah berlari-lari anak pada tiga pusingan yang pertama.

Bukan lari kuat sangat macam orang berjoging, cuma lari-lari anak sahaja. Itu pun hanya untuk lelaki sahaja, bukan perempuan, bagi 3 pusingan yang pertama.

Adapun empat pusingan terakhir, sunahnya berjalan macam biasa semula. Berlari-lari anak ini disebut dalam bahasa Arab sebagai al-ramal. Ini sabit dengan satu hadis yang diceritakan oleh Ibn Umar r.a.:

Maksudnya : "Adalah Nabi SAW apabila bertawaf akan tawaf yang pertama di Kaabah, Baginda SAW berlari-lari anak tiga pusingan dan berjalan pada empat pusinagn ..." (Riwayat Muslim no. 3107)

Imam Syafi'i r.a. menerangkan bahawa tawaf yang ada al-ramal ialah tawaf yang disertai dengan sa'i. Kalau semasa tawaf Qudum, ada niat untuk sa'i, maka sunatlah al-ramal. Kalau tidak, boleh al-ramal semasa tawaf Ifadhah. Satu lagi pendapat Imam Syafi'i r.a. ialah tawaf Qudum sahaja.

Kalau pening kepala bab al-ramal, tidak payah susah-susah. Yanng penting fokus kepada tawaf itu. Al-ramal hanyalah sunat sahaja. Kalau ditinggalkan pun, tiadalah dam ataupun dosa.






(oleh Zahazan Mohamad dan Mohammad Nidzam Abd. Kadir).

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...