Monday, January 12, 2015

RESEPI : Kentang Putar



BAHAN-BAHAN ( 5 orang )


Bahan untuk Kentang Putar


10 biji kentang dibuang kulit dan dipotong dadu.. (besar-besar tau)
1 sdt serbuk lada hitam
1/2 cawan susu segar
sedikit garam

Bahan untuk Sos

650ml air
kiub pati ayam
1 biji bawang besar (cincang)
1 1/2 sdb mentega
1 sdb tepung gandum
1 sdb sos cili
1 sdb sos tiram
1 sdb kicap pekat
serbuk lada hitam



Cara-cara

Ok.. mula-mula

Rebus kentang dengan sedikit garam biar sampai empuk
Bila dah empuk tos dan lenyekkan sedikit
Guna hand mixer atau blend je biar halus (kentang, susu, garam dan serbuk lada hitam sedikit)
Ok..dah siap untuk kentang

...untuk sos pulak.

Masak air, letak kiub dan bawang besar di dalam
Bila mendidih tapiskan ke dalam bekas lain
Cairkan mentega dan masukkan tepung gandum, kacau atas api kecil supaya tak melekat pada tepi periuk
Tuang air rebusan sedikit demi sedikit sambil di kacau supaya tidak bergentel
Masukkan sos cili, sos tiram dan kicap pekat (untuk warna). masukkan juga serbuk lada hitam
Masak ikut pekat mana yang disukai



Sumber

1 comment:

Melody Stringer said...

tengok gambar je pun dah sedap..nak try utk menu hari ni. tq

Nonton film subtitle english

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...