Saturday, December 20, 2014

Soal Jawab HAJI (Soalan 72, 73 dan 74)

Soalan 72 :

Orang kata bahawa wanita tidak boleh menutup kepala semasa ihram?

Jawapan :

Salah faham begitu. Yang benar ialah wanita wajib tutup kepala. Maknanya kenalah pakai tudung. Yang tidak boleh ialah menutup mata. Muka wanita sepanjang masa ihram macam kepala lelaki. Dua-dua tidak boleh tidak boleh ditutup. Kalau wanita dibuka purdah semasa ihram. Dalilnya satu hadis Nabi SAW :

Maksudnya :

"Wanita yang berihram tidak boleh memakia purdah dan tidak boleh memakia sarung tangan."
(Riwayat al-Bukhari, hadis no. 1741)



Soalan 73

Kadang-kadang ada debu kuat berterbangan. Wanita oun menutup muka dengan tudung.

Jawapan

Tidak mengapa kerana menutup itu hanya sementara dan ada hajat keperluan.



Soalan 74

Nampaknya, wanita tiada pakaian khas macam lelaki. Bolehkah pakai kebaya ketika ihram?

Jawapan

Boleh, apa salahnya. Jubah boleh, baju kurung pun boleh. Baju kebaya pun boleh. Syaratnya cuma menutup  aurat dengan sempurna. Adakah baju kebaya menutup aurat dengan sempurna?





Sumber : Soal Jawab remeh-temeh tentang HAJI tapi anda malu bertanya ...
(oleh Zahazan Mohamad dan Mohammad Nidzam Abd. Kadir).

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...