Bahan-bahannya ;
Bahan A
1 kilo daging lembu dipotong sederhana besar
Bahan B
4 biji bawang besar
7 ulas bawang putih
1 inci halia
sedikit kulit kayu manis
3 biji bunga lawang
Bahan C
3/4 cup kicap lemak manis
gula
garam
7 helai daun limau purut diramas2
3 batang serai dititik
2 sudu cili kisar bergantung kepedasan yang anda suka..dendeng ni tak pedas sangat
1/2 sudu kecik pes asam jawa
Bahan D
air rebusan daging
Cara-caranya
Bahan B di mayang halus kecuali kulit kayu manis dan bunga lawang.
Panaskan minyak dalam kuali dan goreng hingga keemasan angkat dan toskan minyak ...bawang goreng ni..lagi banyak lagi sedap
Bahan A direbus sehingga daging lembut...tapi jangan empuk sangat nanti masa nak tumbuk daging tu relai/hancur pulak.
*air rebusan jangan dibuang
*daging yang direbus tadi dipotong nipis dan tumbuk (rujuk gambar) guna lesung batu buat sampai habis (rujuk gambar)
*goreng daging yang telah ditumbuk ni seketika, jangan lama sangat.. sekejap je, guna minyak goreng bawang tadi angkat dan toskan
Sekarang guna kuali yang sama cuma letakkan dalam 3 sudu besar minyak masak
- tumis cili merah kisar , daun limau purut, serai ... tumis hingga pecah minyak
- tambah sedikit garam dan gula..garam ni agak-agak la ye jangan banyak sangat nanti masin pulak
bila sejuk..
*kemudian taruk kicap manis tadi dan pes asam jawa..
- tumis cili merah kisar , daun limau purut, serai ... tumis hingga pecah minyak
- tambah sedikit garam dan gula..garam ni agak-agak la ye jangan banyak sangat nanti masin pulak
bila sejuk..
*kemudian taruk kicap manis tadi dan pes asam jawa..
dan taruk bahan D dalam 5 senduk..
*taruk bahan A iaitu daging goreng tadi..kacau dan tutup dengan penutup, biar air tersebut agak-agak kering
*kemudian taruk bahan B pula.. kacau lagi..kalau nampak kering sangat tambah air rebusan daging sikit...rasa kalau tawar tambah garam... siap..
...selamat mencuba.
...selamat mencuba.
Sumber : Facebook Tahrunnisah Jali
Comments