Thursday, August 7, 2014

RESEPI : LAKSA JOHOR

Kebiasaannya, masyarakat Johor akan menikmati laksa Johor menggunakan tangan

Bahan-bahan:

1 paket spageti (direbus dengan air dan satu sudu besar minyak sehingga lembut)

Bahan A: Direbus dan dikisar (asingkan)

1 kilo ikan kembung
100 gm udang basah
10 gm isi ikan kurau (dibakar)
50 gm udang kering

Bahan B (dikisar):

3 biji bawang besar
15 tangkai cili kering
2 cm halia
2 cm lengkuas
2 cm kunyit hidup
2 batang serai (diketuk untuk tumis)
2 keping asam gelugur
1 kotak santan
1 paket kerisik
1 paket rempah kari
4 ulas bawang putih

Bahan hiasan:

10 biji limau kasturi
1 biji timun (diracik halus)
Sedikit tauge segar
Sedikit jeruk
2 biji bawang besar
3 biji bawang merah dan hijau
Sedikit daun kesum/daun selasih

Bahan sambal belacan:

6 biji lada merah
30 gm belacan (dibakar)
1 biji bawang merah
Garam secukup rasa

Cara membuat:

1. Rebus ikan, udang, udang kering dan isi ikan kurau bakar dan asingkan tulang dan kisar hingga halus bersama air rebusan.

2. Untuk menyediakan kuah pula, tumis minyak dan masukkan serai yang diketuk bersama bahan B sehingga wangi

3. Apabila garing, masukkan rempah kari dan kacau sebentar dalam beberapa minit.

4. Masukkan ikan, udang, udang kering dan ikan kurau kering yang dikisar tadi.

5. Masukkan santan pekat, kerisik diikuti dengan dua mangkuk air dan masukkan asam keping.

6. Tambah garam dan gula secukup rasa.

7. Masak sehingga kuah pekat dengan api perlahan selama lebih kurang 1 - 1 ½ jam. Lebih lama dimasak, kuah akan lebih tahan walaupun tidak disimpan di dalam peti sejuk.

8. Rebus spageti dan tos.

9. Untuk menyediakan sambal belacan, mesin atau tumbuk kesemua bahan dan hidangkan bersama kuah laksa.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...