Hari ini hari Jumaat
Dah hampir tiba hari penamat
Anak bulan di cari petang ahad
Nak sahkan syawal mendapat tempat
Sajelah untuk diri dan kawan diingat
Takkan raya je nak melawat
Apa salahnya malam ni kita muafakat
Rumah mak ke, mertua yang berkat
Dari dulu sampai sekarang
Inilah punca selalu berperang
Kampung You ke I yang riang
Maklumlah agenda lain nak di kenang
Walau dah kawin bertahun
Kadang kadang hilang sopan dan santun
Maklumlah jiwa dan hati meruntun
Terbayang saudara balik berduyun
Untunglah yang kahwin piatu
Itu semua tak buatkan buntu
Rumah terbuka pemimpin tempat di tuju
Tahun ni batal kerana PM kita pilu
Bagi yang tak balik beraya
Duduk merayau di ibukota
Bangla, Nepal , Mynmar,Vietnam teman berceria
Filipina pun ada yang serupa muka
Itu cerita pasal rayanya
Belum di khabar pasal makannya
ketupat lemang burasak pun nyata
atas permintaan tekak semua
Ayam , lembu ,kambing tak selamat
Kerbau yang hilang pun jumpa alamat
semata mata nak beri nikmat
tekak dan nafsu nak diubat
Kalau nak cerita semua
Rasanya sampai esok pun tak sudahnya
Yang paling baik fikirkanlah ya
Takut nanti menjadi dosa
Saya ni pun bukanlah sempurna
Banyak buruk dari baiknya
Cuma saya sayangkan semua
Takut kita menjadi alpa
Awal sangat rasa bermaafan
Namun perlu di ucapkan
Takut bila kenyang makan
Tak kenal mertua lalu di depan
Di sini saya memohoon diri
Salah silap mohon dimaafi
Yang paling saya nanti
Ada yang kata hutang hutang kira free
Akhir bicara sebelum lupa
Bagi yang ingin bertemu muka
Jangan segan silu semua
Ke teratak saya datanglah ye
SELAMAT HARI RAYA
MAAF ZAHIR DAN BATIN
dari saya
NORIZAN BIN BESAR
Pantun di atas hasil nukilan Chef Yunos A.Hmaid
Comments