Friday, May 17, 2013

PerjalananKu ke Johor Bahru 11-13 Mei 2013


1. Johor Premium Outlets


Johor Premium Outlets dibuka secara rasmi pada 11 Disember 2011 adalah koleksi 80 kedai-kedai pereka dan barangan jenama yang terbaik dan menawarkan penjimatan hebat. Johor Premium Outlets terletak di persimpangan Lebuhraya Utara-Selatan dan Lebuhraya Link Kedua.
Johor Premium Outlets mensasarkan pelbagai pembeli termasuk penduduk tempatan serta pelawat antarabangsa dari Asia Tenggara. 

Terdapat 77 Pusat Premium Outlet di dunia termasuk 63 di Amerika Syarikat, satu di Puerto Rico, sembilan di Jepun, dua di Korea, satu di Malaysia dan satu di Mexico.


2. Legoland Malaysia


LEGOLAND Malaysia telah dibuka secara rasmi pada 15 September 2012 adalah pusat tarikan Medini Lifestyle, hub gaya hidup, hiburan dan keseronokan keluarga di Medini Iskandar Malaysia.

Disini terdapat lebih daripada 40 permainan, persembahan dan tarikan yang benar-benar interaktif. LEGOLAND Malaysia mempunyai tujuh kawasan bertema tarikan untuk semua peringkat umur


Sempat menonton wayang Legends of Chima™ 4D Movie.

 Ia adalah taman tema Legoland pertama di Asia dan yang keenam di seluruh dunia. 


Kemungkin saya akan datang sekali lagi bersama-sama semua anak-anak saya. Bukan kerana pusat ini bagus tetapi kerana untuk pengalaman. Jika dibandingkan dengan Universal Studio Singapura (USS), saya rasa USS lebih menarik dan menghiburkan.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...