Monday, January 14, 2013

Soal Jawab HAJI (Soalan 8)

BAB 2 - KEWAJIPAN HAJI

Soalan 8 :

Orang zaman sekarang banyak duit. Tapi haji, lambat sikit. Bolehkah melambatkan ibadah haji sedangkan mampu.

Jawapan :

Haji ini mengikut sebahagian pendapat ulama wajiblah disegerakan apabila berkemampuan. Diriwayatkan satu sabda Nabi SAW :
 
Maksudnya :

"Sesiapa berazam haji maka segerakanlah. maka sesungguhnya kadang-kadang seseorang itu ditimpa sakit, terkadang sesat pula kenderaan dan terkadang ada hajat yang lain."

Dalam beberapa hadis ada disebutkan bahawa orang yang tidak pergi menunaikan haji walaupun berkemampuan, maka matilah sama ada dalam Yahudi atau Nasrani.

Nabi SAW bersabda:

Maksudnya :

"Sesiapa yang memiliki bakalan dan kenderaan yang dapat menyampaikannya ke Baitullah al-Haram tetapi dia tidak lagi menunaikan haji, maka dia akan mati sebagai seorang Yahudi ataupun Nasrani."

Namun ada pandangan bahawa ibadat haji ini boleh dilambatkan. Dalilnya kerana ibadat haji difardu tahun 6 hijrah manakala Nabi SAW hanya menunaikan haji pada tahun 10 hijrah.
 
Kesimpulannya kalau ada keuzuran, tidak mengapalah dilewatkan, Tapi kalau semua sudah steady dan ready, buat apa tunggu lagi.
 
 
Sumber : Soal Jawab remeh-temeh tentang HAJI tapi anda malu bertanya ...
(oleh Zahazan Mohamad dan Mohammad Nidzam Abd. Kadir).

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...