Tuesday, December 11, 2012

Soal Jawab HAJI - (Soalan 3)

BAB 1 - PENGERTIAN HAJI

Soalan 3 :

Adakah terdapat sebarang doa tertentu yang dituntut kita membacanya untuk masuk ke Makkah?

Jawapan :

Tiada, cuma sebagai satu amalan yang diwarisi daripada Nabi S.A.W., al-Imam Ibn Kathir meriwayatkan sebuah hadis yang bertaraf sahih daripada al-Tarmizi, daripada al-Hasan bahawa Allah S.W.T. menurunkan ayat ke-80 daripada surah Al-Isra'  bagi mengajar Nabi S.A.W. memohon keselamatan Allah S.W.T. dalam perjalanan.

Ayat tersebut boleh diamalkan sebagai doa adalah seperti berikut :


 "Wahai Tuhanku! Masukkanlah daku ke dalam urusan ugamaku dengan kemasukan yang benar lagi mulia, serta keluarkanlah daku daripadanya dengan cara keluar yang benar lagi mulia; dan berikanlah kepadaku dari sisiMu hujah keterangan serta kekuasaan yang menolongku", 
(Surah Al-Isra' 17, Ayat 80)

Ayat ini wajar diamalkan sebagai doa untuk memasuki Tanah Suci mengambil berkat peristiwa hijrah yang dilakukan oleh Nabi S.A.W.


Sumber : Soal Jawab remeh-temeh tentang HAJI tapi anda malu bertanya ...
(oleh Zahazan Mohamad dan Mohammad Nidzam Abd. Kadir).

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...