Wednesday, December 26, 2012

Soal Jawab HAJI - (Soalan 6)

BAB 1 - PENGERTIAN HAJI

Soalan 6 :

Selalu disebut bahawa tahun ini 'Haji Akbar'. Apakah maknanya?

Jawapan :

Akbar maknanya lebih besar, Firman Allah SWT, Surah Al-Tawbah 9:3;


Maksudnya :

"Dan ini satu makluman daripada Allah dan rasul-Nya kepada manusia pada hari haji akbar..."

HAJI AKBAR menurut ulama

1. Al-Imam Ibn Kathir

Dalam kitab tafsirnya menjelaskan bahawa haji akbar yang dimaksudkan oleh Allah dalam ayat ini ialah hari raya itu sendiri iaitu 10 Zulhijah.

2. Al-Qurtubi
 
Beliau mengemukakan beberapa pandangan daripada salaf bahawa terdapat perbezaan pandangan berhubung haji akbar.

Para Salaf

Mereka berpendapat haji akbar ialah haji Arafah kerana Nabi bersabda :

Maksudnya:

"Hari haji akbar adalah hari Arafah".

i.    Al-Thauri dan Ibn Juraij

      Mereka mengatakan ia merujuk kepada hari-hari tasyrik.

ii.  Mujahid

     Mengatakan bahawa haji akbar ialah haji qiran.

iii. A-Hasan dan Atha'

     Mengatakan bahawa haji akbar adalah Ibadah haji secara keseluruhannya sementara haji asghar pula ialah umrah yang dilakukan.

iv.  Muhammad bin Sirin

      Beliau berpendapat bahawa ia adalah haji yang dibuat oleh Nabi SAW iaitu haji wada'.

v.   Ibn Umar r.a.

      Meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda haji akbar adalah merujuk kepada hari yang kesepuluh iaitu Hari Raya Korban. Hadisnya :

Maksudnya :
 
 "Bahawa Nabi SAW bertanya kepada para sahabat pada Hari Raya Nahar tentang hari tersebut. Mereka menjawab bahawa ini hari raya. Nabi SAW lantas bersabda : 'inilah hari haji akbar.'"

vi.  Al-Tahawi

      Menjelaskan kata nama al-akbar merujuk kepada kata nama haji, bukannya kepada hari. Ini bererti, apabila mengatakan hari haji akbar ialah merujuk pada kebesaran ibadah haji, bukannya kebesaran hari berlakunya.


Secara kesimpulannya, haji akbar bermaksud perlaksanaan ibadah haji itu sendiri, bukan semestinya hari Jumaat yang jatuh secara kebetulan hari wuquf.
 
 
 
Sumber : Soal Jawab remeh-temeh tentang HAJI tapi anda malu bertanya ...
(oleh Zahazan Mohamad dan Mohammad Nidzam Abd. Kadir).

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...