Thursday, December 6, 2012

Soal Jawab HAJI - (Soalan 2)

BAB 1 - PENGERTIAN HAJI

Soalan 2:

Biasanya orang pergi haji nampak ramai selepas Hari Raya Puasa. Kenapa tidak pergi bulan Muharam atau Jun sahaja?

Jawapan :

Pergi haji ada waktunya. Ia seperti solat, ada waktunya. Macam puasa fardu hanya di bulan Ramadan. Begitulah juga haji.

Haji ini waktunya panjang juga iaitu pada bulan Syawal, Zulkaedah dan sepuluh hari dalam bulan Zulhijah. Kira ada masa dua bulan sepuluh hari untuk mengerjakan ibadat haji.

Walau bagaimanapun, waktu kemuncak haji ialah dalam bulan Zulhijah iaitu sekitar 8 hingga 13 Zulhijah.


Sumber : Soal Jawab remeh-temeh tentang HAJI tapi anda malu bertanya ...
(oleh Zahazan Mohamad dan Mohammad Nidzam Abd. Kadir).

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...