Monday, June 11, 2012

Ke Utara Pula : Perlis 8-9 Jun 2012


Kali ini ke utara, ke Negeri Perlis Indera Kayangan. Jalan-jalan dan mengambil anak sulongku tamat kursus di Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin, Arau, Perlis.


1. POLITEKNIK TUANKU SYED SIRAJUDDIN (PTSS)


Anak Sulongku berkursus selama sebulan dan berakhir pada 8 Jun 2012.  PTSS ini terletak di Ulu Pauh, Arau, di Lebuhraya Kuala Perlis ke Changloon. Lebih kurang 25 km atau 30 minit perjalanan dari Bandar Kangar.


2. PADANG BESAR


Dari PTSS terus menuju ke Padang Besar. Sempat juga membeli baju jersi terutama pasukan yang sedang bertanding dalam Piala Euro 2012. Baju Jersi harganya RM25 sehelai. Bagi ahli perempuan, mereka membelek dan membeli kain tudung. Disamping itu kami beli sedikit kekacang dan buah jambu batu peach. Tak puas rasanya sebab kami sampai dah nak senja, kedai-kedai dah mula hendak tutup perniagaan.


3. MEDAN SEAFOOD, KUALA PERLIS



 
 

Dari Padang Besar kami menuju ke Medan Seafood di Kuala Perlis untuk makan malam.  Medan makan malam yang menjadi tumpuan pelancong yang datang ke Perlis. Pelbagai jenis ikan, udang, kerang, siput dan beberapa hidupan laut lain. Disini kita pilih sendiri berapa banyak yang hendak dimakan. Cara masakan pun ikut selera kita, dibakar, dikukus, goreng berlada, masak asam dan berbagai lagi. Sungguh berselera dan berboloi makan seafood disini.


4. MENGINAP DI HOTEL SRI GARDEN


Sebab terlewat buat tempahan, Hotel Putera Palace dan Hotel Seri Malaysia penuh. Maklumlah cuti sekolah ketika ini. Yang dapat hotel 2 bintang, Hotel Sri Garden, Kangar, masih ada 2 bilik kosong, kami menginap disini. 


5. LADANG MEMPELAM HARUM MANIS


Ladang Mempelam Harum Manis terletak di Bukit Bintang, Sg. Batu Pahat. Harum Manis merupakan sejenis buah yang popular dan hanya terdapat di negeri Perlis. Buahnya yang berbau harum dan isinya yang tebal kekuningan serta rasanya yang enak pasti menawan hati sesiapa saja yang mencubanya. Orang Perlis makan Harum Manis bersama pulut. Ia juga enak dinikmati dalam bentuk jus atau jem. Harum Manis adalah sejenis buah bermusim sekitar bulan April hingga Mei.


6. TAMAN ULAR DAN REPTILIA


 
 



Taman Ular dan Reptilia ini terletak di Sg Batu Pahat. Bayaran masuk dikenakan sebanyak RM 4.00 seorang untuk dewasa. Disini terdapatnya pelbagai spesis ular yang boleh di lihat di ruang pameran tertutup berkaca.


7. HUTAN LIPUR BUKIT AYER

 
 

Dalam perjalanan ke Hutam Lipur Bukit Ayer terdapat Rimba Herba, Taman Anggur, Taman Primat dan Taman Botani. Disini terdapat sebuah air terjun yang mengalir ke dalam kolam yang menjadi tempat perkelahan dan berehat. Kalau berendam, sedap ni. 


8. PULANG

Lebih kurang jam 4.00 petang, kami berangkat pulang ke kampung.


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...