Skip to main content

Posts

Showing posts from July, 2024

PAKEJ HO CHI MINH, DALAT DAN MUI NE 05- 09 Julai 2024 - Hari Pertama

HARI PERTAMA 05-07-2024 KLIA2 Pukul 7.30 pagi telah bertolak dari rumah kediaman ke KLIA2 untuk berangkat ke Ho Chi Minh, Vietnam menaiki flight AirAsia di KLIA2. Flight kami AK526 dijadualkan jam 11.10 pagi. Setelah 2 jam 15 minit perjalanan, kami selamat tiba di Tan Son Nhat International Airport,  TAN SON NHAT AIRPORT (Ho Chi Minh Airport) Lapangan Terbang Antarabangsa Tan Son Nhat ini dahulu dikenali sebagai Saigon Airport. Lapangan Terbang Antarabangsa Tan Son Nhat terletak di daerah Tân Bình dalam kawasan metropolitan Bandaraya Ho Chi Minh. Lapangan terbang ini  bermula pada awal 1930-an apabila kerajaan kolonial Perancis membina sebuah lapangan terbang kecil dengan landasan tidak berturap, dikenali sebagai Lapangan Terbang Tân SÆ¡n Nhat berhampiran perkampungan Tan Son Nhat. Antara tahun 1968 dan 1974, Lapangan Terbang Tan Son Nhat merupakan salah satu pangkalan udara tentera paling sibuk di dunia. Kami mengambil masa lebih sejam untuk melepasi pemeriksaan im...

PAKEJ HO CHI MINH, DALAT DAN MUI NE - 05-09 Julai 2024

Alhamdulillah, kami diberi peluang untuk bercuti lagi, kali ini kami pergi melancong ke Ho Chi Minh, Dalat dan Mui Ne, Vietnam bersama sahabat/jiran kami. Dalam pakej ini terdapat 3 detinasi pelancongan popular di Vietnam : Ho Chi Minh (HCM), Dalat dan Mui Ne. Kami pergi berempat suami isteri. Tujuan utama adalah untuk menerokai wilayah Dalat. Saya dan isteri pernah datang melawat Ho Chi Minh pada tahun 2015. Dalat atau Da Lat merupakan pusat bagi wilayah Lam Dong yang terletak di banjaran Vietnam tengah. Dalat terkenal dengan keindahan tasik, gunung, hutan pine, air terjun dan taman bunga. Mui Ne merupakan kawasan resort pantai di tenggara Vietnam. Mui Ne juga terkenal dengan padang pasir yang paling indah di Vietnam dan aktiviti surfing, sukan air dan berlayar. Sebelum ini kami sekeluarga baharu lepas bercuti ke utara Vietnam pada bulan Februari 2024 tahun ini. PAKEJ DAN AGEN PELANCONGAN Pakej kali ini, kami pergi secara private tour di mana, kami mengambil Ground Package s...

PAKEJ HANOI, SAPA DAN HA LONG BAY 01- 05 Februari 2024 - Hari Kelima

HARI KELIMA 05-02-2024 Pagi ini bersiap-siap untuk pulang ke Malaysia setelah 5 hari 4 malam di Vietnam. Selepas sarapan, kami dibawa ke Airport untuk penerbangan pulan ke Malaysia. AIRPORT HANOI (NOI BAI AIRPORT) DALAM FLIGHT Penerbangan dari Hanoi ke KLIA mengambil masa 3 jam 20 minit. KLIA Selamat tiba di KLIA Tamat aktiviti Hari Kelima dan tamat percutian, Semoga diberikan rezeki untuk melancong lagi. VIDEO HARI KELIMA Hari terakhir, pulang ke Malaysia ITINERARY Hari Pertama - KLIA-Hanoi-Sa Pa (klik) Hari Kedua - Sa Pa - Glass Bridge - Cat Cat Village - Hanoi (klik) Hari Ketiga - Hanoi - Ha Long Bay (klik) Hari Keempat - Ha Long Bay - Hanoi (klik) Hari Kelima - Hanoi - KLIA LINK Home MyTrip Pakej Hanoi Sa Pa 2024

PAKEJ HANOI, SAPA DAN HA LONG BAY 01- 05 Februari 2024 - Hari Keempat

HARI KEEMPAT 04-02-2024 HOUSEBOAT Cuaca sungguh nyaman di awal pagi. Dimulai dengan aktivti senaman ringan dan memanaskan badan. Selepas aktiviti tersebut, kembali semula ke kabin untuk bersiap-siap untuk sarapan pagi. Selepas sarapan kami akan dibawa ke tempat aktiviti air iaitu bersampan, berkayak dan snokelling. AKTIVITI BERSAMPAN DAN BERKAYAT Berkayak dan bersampan di Teluk Halong adalah salah satu aktiviti yang ditawarkan dalam semua iternari pakej pelayaran untuk menerokai teluk ini. Aktiviti ini memberikan pengunjung kebebasan, dan membolehkan mereka sampai ke tempat yang tidak boleh dicapai dengan kapal persiaran. Teluk Halong mempunyai landskap yang sangat indah sehinggakan terdapat banyak tempat berkayak yang indah. MAKAN TENGAHARI DAN CHECK-OUT HOUSEBOAT Setelah puas aktiviti bersampan dan berkayak, kami pulan semua ke houseboat untuk makan tengahari. Setelah makan tengahari, kami kembali ke kabin masing-masing, berehat dan siap sedia untuk pula...