Skip to main content

HATYAI SONGKLA PHATTHALUNG DANNOK | 15-18 SEPTEMBER 2023

Pakej Hatyai Songkla Phatthalung Danok 3H2M

Kali ini saya dan isteri menyertai pakej percutian yang dianjurkan oleh Caravanserai Holidays iaitu Pakej Hatyai Songkla Phatthalung Dannok 3H2M bermula pada 15 - 18 September 2023. Pakej ini menaik bas persiaran bermula dari KL Sentral. Lebih kurang 36 peserta menyertai percutian ini. Kebanyakan pakej yang ditawarkan oleh agen pelancongan adalah melawat Hatyai dan Songkla. Kami memilih pakej Caravanserai ini adalah kerana pakej ini memasukkan lawatan ke Phattalung yang jarang-jarang ditawarkan.

Mengikut pakej yang ditawarkan adalah :"

  • melawat sekitar Hatyai dan bermalam;
  • keesokan melawat Songkla; Masjid Utama dan Pantai Sarmila
  • melawat sekitar Phatthalung dan bermalam; dan
  • melawat Dannok, kemudian pulang.

Kadar tukar matawang ketika ini Baht 3,000 = RM401.00 (1 Baht = RM0.133666)


HARI 1 (15 Sep 2023)

KL Sentral

Kami bergerak menaiki bas pada jam 9.00 malam dari KL Sentral ke Padang Besar.

Dalam perjalanan, kami singgah di RnR Bukit Gantang, berhenti rehat selama 30 minit untuk peserta yang ingin ke tandas dan juga bagi mereka yang belum menunaikan Solat Isyak. Setelah urusan selesai, kami meneruskan perjalanan ke Padang Besar.


HARI 2 (16 Sep 2023)

Padang Besar

Kami sampai di Padang Besar kira-kira jam 4.15 pagi. Kami singgah di Masjid Padang Besar dan menunggu Solat Subuh. Selepas Solat Subuh, kami diberi sarapan (nasi lemak bungkus) dan meneruskan ke Pintu Sempadan.

Pos Imigresen Malaysia-Thailand

Disebabkan, kami sampai di Pos Imigresen Malaysia awal, pemeriksaan imigresen agak cepat dan mudah. Selepas itu, kami sempat juga mengambil foto kenangan di papan tanda menunjuk ke Hatyai.

Meneruskan perjalanan ke Pos Imigresen Thailand. Sebelum kami masuk ke pemeriksaan Imigresen Thailand, kami diwajib mengisi Kad Putih (Kad Ketibaan dan Perlepasan). Selepas diisi, kad ini akan diserahkan kepada Imigresen Thailand. Kad akan di cop oleh imigresen Thai, perlu disimpan dan diserahkan kembali kepada Imigresen Thailand apabila melalui sempadan untuk pulang ke Malaysia. Di Pos Imigresen-Kastam Thailand, kami diminta menurunkan beg dan barangan untuk pemeriksaan. Begitu juga di Imigresen-Kastam Thailand, urusan pun mudah dan cepat. Tipnya untuk mudah dan cepat, kita perlu datang seawal mungkin.

Selepas selesai pemeriksaan kedua-dua pos sempadan, kami meneruskan perjalanan ke Hatyai.

HATYAI

Hat Yai, sebuah bandar di selatan Thailand berhampiran sempadan Malaysia, ialah hab komersial dan destinasi membeli-belah yang luas.Mengikut aturcara, kami akan dibawa ke hotel penginapan untuk check-in. Oleh kerana terlalu awal melepasi pemeriksaan Imigresen Thailand, dan check-in hotel selepas pukul 2.00 petang, kami dibawa ke Chang Puak Camp.

Chang Puak Camp

Kami sampai ke Chang Puak Camp lebih kurang jam 7.30 pagi. Waktu ini juga terlalu awal untuk masuk ke dalam kem ini. Kami terpaksa menunggu beberapa minit kerana staf mereka sedang bersiap-siap untuk menerima pelancong. Kem ini dibuka pada jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang.

Kem ini menawarkan pelbagai aktiviti seperti menaiki gajah, pertunjukan bakat gajah, ATV, BB gun dan lain-lain. Kami hanya bergambar sahaja, tidak naik gajah atau main ATV dan lain-lain permainan, mungkin kepenatan dalam perjalanan malam tadi, faktor umur juga. Lebih kurang sejam di dalam kem ini, kemudian kami bergerak ke aturcara berikutnya iaitu membeli-belah di Plaza Nora.

Plaza Nora

Disebabkan masih terlalu awal untuk check-in hotel, kami dibawa ke Plaza Nora.

Plaza Nora adalah pusat beli-belah yang sangat terkenal di Hatyai. Plaza ini  telah lama beroperasi dengan menjual pelbagai barangan seperti pakaian, aksesori, cenderahati dan barangan kulit. Plaza Nora ini sangat terkenal dengan barangan kulit seperti beg, kasut, dompet, tali pinggang dan jaket yang diperbuat daripada kulit ikan pari, lembu, buaya dan gajah.

Selepas membeli-belah, kami sempat menikmati Sup Sarang Burung yang terkenal di kedai makan mereka.

Makan Tengahari

Dari Plaza Nora kami dibawa makan tengahari di salah sebuah restoran (lupa nama kedai) yang telah ditempah oleh penganjur.

Kilang Kacang Ranu Kohyo

Kemudian kami dibawa ke Kilang Kacang Ranu Kohyo.

Di kedai ini menjual macam-macam jenis kekacang seperti gajus, almond, macadamia, pistachio dan lain-lain lagi.  Disini juga ada menjual makanan ringan, kerepek, asam-asam dan pes makanan seperti pes tomyam.

Masalah disini ketika hendak bayar, orang ramai tetapi ada dua kaunter aje. Mengikut pengalaman mereka yang pernah datang ke sini, mereka memberitahu bahawa keadaan sama aje dari dahulu, tidak beubah-ubah.

Pusat Jualan Madu BigBee

Selepas membeli-belah di Kedai Kilang Kacang, kami dibawa ke Pusat Jualan Madu BigBee. Di kawasan luar pusat jualan, terdapat BigBee Garden iaitu taman hiasan yang kreatif dan cantik untuk menarik pelancong untuk berfoto.

Sampai-sampai kumpulan kami dibawa ke dalam sebuah bilik dan diberi penerangan mengenai produk-produk berasas madu berkaitan kandungan, kebaikan, khasiat dan kegunaannya.

Selepas itu, ada antara kami membeli produk madu mengikut pilihan masing-masing. Saya tidak membeli kerana bekalan di rumah masih banyak lagi.

Hotel PS Extra

Selepas melawat dan membeli-belah, kami dibawa ke hotel penginapan Hotel PS Extra. Kami akan menginap untuk satu malam. Hotel biasa aje, dalam 3 bintang. Sesuai untuk berehat, menukar pakaian dan membersihkan diri.

Klong Hae, Floating Market

Floating Market atau Pasar Terapung adalah cara perdagangan tradisional masyarakat tempatan yang menggunakan sampan. Ia terletak di Khlong Hae di Hat Yai. Di pasar terapung ini, penjual mempersiapkan barangan mereka ke dalam bot-bot kecil dan menawarkan barangan mereka antara satu sama lain untuk perhatian pembeli di sepanjang terusan. Pasar Terapung Khong Hae dibuka pada setiap hari Jumaat hingga Ahad, dari jam 3 petang hingga 9 malam.

Kira-kira jam 4.30 petang, kami di bawa ke Pasar Terapung, di sini terdapat banyak pilihan makanan termasuk makanan tempatan, makanan Thai dan makanan Muslim. Satu lagi keunikan pasar ini ialah menggunakan bekas makanan mesra alam seperti tempurung kelapa, tiub buluh, dan periuk tanah berbanding menggunakan bekas atau plastik. Harga agak berpatutan.

Kami juga berpeluang melihat persembahan nyanyian dan tarian siam.

Kira-kira jam 7.00 malam, kami pulang ke hotel untuk penginapan,

Sebahagian daripada kami keluar dengan menaiki tut-tut untuk menikmati suasana malam ke Asian Night Market dan Lee Garden Plaza. Tempat-tempat ini memang menjadi tumpuan pelancong terutama daripada Malaysia.


HARI 3 (17 Sep 2023)

Awal pagi, kami Check-Out dari hotel dan menuju ke kedai makan untuk sarapan. Nama kedai, Restoran Thai-Malaysia. Banyak bas pelancong dari Malaysia berhenti sarapan di sini. Mungkin sudah ada perjanjian restoran dengan agen pelancongan.

Menu sarapan pagi ini ialah Nasi Kerabu. Setelah selesai sarapan pagi, kami meneruskan aktiviti seterusnya ke Masjid Besar Songkla dan Pantai Samila.

SONGKLA

Songkhla ialah sebuah wilayah di selatan Thailand yang bersempadan dengan Malaysia dan Teluk Thailand. Ibu kota, yang juga dikenali sebagai Songkhla, terkenal dengan pantai pasir putih Hat Samila, di sini juga tempat arca ikan duyung gangsa yang menjadi simbol bandar ini.

Masjid Besar Songkla

Masjid Besar Songkhla juga digelar sebagai The Taj Mahal of Thailand Terletak di daerah Hat Yai, Masjid ini telah dibina pada tahun 2001. Dengan hiasan gaya seni bina dan seni yang elegan, masjid ini merupakan salah satu pusat ibadat paling terkenal di Hat Yai.

Kita akan terpesona dengan persekitaran yang damai dan suasana yang tenang apabila pertama kali berada di sini. Kami juga tidak melepaskan peluang untuk merakam beberapa gambar terutama di hadapan kolam jernih yang memantulkan kristal dan bangunan yang megah.

Selepas melawat masjid ini, kami meneruskan perjalanan ke Pantai Samila.

Bersebelahan kawasan masjid, terdapat satu tempat baru yang terkenal iaitu SeaVerse Cafe Restaurant. Kami tidak singgah, tempat ini hanya diberitahu oleh pemandu pelancong, kebanyakan makanan tidak halal tetapi kebanyakan pelancong datang ke situ hanya untuk OOTD dan healing sahaja.

Pantai Samila

Sampai di pantai Samila, kami bergambar kumpulan dahulu sebelum membuat lawatan dan bersiar-siar.

Pantai Samila adalah pantai yang damai, cantik dan bersih. Pantai kecil ini sangat terkenal untuk aktiviti berenang dan berjemur. Disini terdapat kedai makan serta patung ikan duyung yang terkenal. Patung duyung ini telah dibinaa pada tahun 1966. Ada kisah disebalik pembinaannya. Patung ikan duyung Songkhla secara rasmi dinamakan Duyung Emas, atau Nang Nguek Thong.

Di pantai ini juga terdapat gerai-gerai menjual pakaian, kemeja-T dan cenderahati

Singgah ke gerai menjual air kelapa aiskrim (coconut aiskrim) yang viral. Air kelapa aiskrim memang sedap.

Selepas bersiar-siar di pantai, lepak dan perkena air kelapa aiskrim, kami menuju ke bas untuk makan tengahari.

Makan Tengahari dan Solat

Selepas melawat Pantai Samila, kami dibawa makan tengahari di sebuah restoran yang menghidangkan makanan seafood secara bakar dan steamboat. Restoran Sighanakorn Hot Pot ini sangat terkenal bagi rombongan pelancong dari Malaysia.

Di sini juga kami menunaikan Solat Jamak sebelum bertolak ke Phatthalung.

PTT Public Company Limited

Di Thailand kebanyakan stesen minyak dipanggil PTT, singkatan nama daripada PTT Public Company Limited. Sebelum ini, dikenali sebagai Petroleum Authority of Thailand. PTT ini sama seperti stesen minyak di Malaysia seperti Petronas, Shell dan sebagainya, menjual bermacam-macam makanan ringan, minuman dalam tin dan botol serta keperluan diri.

Setelah membeli bekalan makan malam kami meneruskan perjalanan.

PHATTHALUNG

Dalam 2 jam 30 minit perjalanan, kami sampai wilayah Phatthalung.

Phatthalung terletak di bahagian selatan Thailand di pantai barat Tasik Songkhla di kaki gunung Ok Thalu. Salah satu tarikan paling terkenal di wilayah ini ialah Taman Teratai, Thale Noi, yang terbesar seumpamanya di Thailand.

Na Po Kae

Sampai di Wilayah Phattalung, kami dibawa melawat perkampungan Na Po Kae di Amphoe Khuan Khanun. Tempat ini merupakan tarikan eko-pelancongan baharu Wilayah Phatthalung yang diilhamkan daripada ucapan Raja Bhumibol. Tempat ini terbuka kepada pelancong untuk melawat mempelajari cara petani, menonton demonstrasi padi dan pertanian, rumah tradisional Phatthalung.

Nama "Na Po Kae" berasal daripada perkataan Na yang bermaksud Ladang dan Po Kae ialah loghat selatan Pu Kae, yang bermaksud Pho Kae (datuk). Identiti unik Na Po Kae ialah bendang sawah hijau dipenuhi dengan pelbagai jenis tanaman padi. Untuk ke bendang, kita akan menyusuri jambatan kayu yang dibina menghubungi antara satu tempat ke satu tempat yang lain.

Semua cottage dan jambatan dibina dengan bahan semula jadi seperti buluh, jerami, kayu dan lain-lain.Sekiranya, letih, kita boleh berehat dengan makanan ringan, minuman sejuk segar atau makanan Thai tempatan, di kedai-kedai di tengah-tengah alam semula jadi ini.

Jika seorang pencinta alam semula jadi dan ingin mempelajari cara hidup petani Thai di Phatthalung, Na Po Kae ialah tempat yang sesuai untuk mereka. Jika kita menggemari produk dari bahan semula jadi, bolehlah membeli dari kedai di sekitar kawasan tersebut.

Jambatan Ekkachai

Selepas melawat Na Po Kae, dalam perjalanan ke resort penginapan, kami berhenti di Jambatan Ekkachai di lebuhraya, tempat yang terkenal untuk mengambil gambar ketika matahari terbenam.

asib baik lebuhraya ini tidak banyak kereta, boleh bergambar untuk dapatkan sudut yang menarik.

Shopping Kedai Rotan

Aktiviti terakhir hari ini, shopping di Kedai Perusahaan Barangan Rotan. Disini terdapat pelbagai beg, tikar, tudung saji, bekas yang diperbuat daripada Rotan.

Check-in The Rich Resorts

Setelah selesai aktiviti hari ini kami dibawa ke resort penginapan. Di Phattalung tidak ada hotel besar, yang mempunyai banyak bilik, sebahagian daripada kami menginap di Loft Star Resort kerana kekurangan bilik. Saya dan isteri menginap di The Rich Resorts.


HARI 4 (18 Sep 2023)

Check-Out

Hari ini kami perlu check out awal pagi, supaya cuaca masih tidak panas untuk melawat Thale Noi nanti.

Kemudian bergerak ke resort satu lagi, Loft Star untuk mengambil peserta yang tinggal disini.

Di Loft Star Resort, banyak tempat untuk OOTD, sesuai juga untuk yang bawa anak kecil.

Setelah itu kami bergerak ke Thale Noi.

Thale Noi

Kadang-kadang ditulis sebagai Talay Noy, diterjemahkan sebagai laut kecil atau laut terasing. Salah satu tapak kepelbagaian biologi yang paling banyak di Thailand, Thale Noi ialah lagun air tawar yang luas yang terletak di wilayah selatan Thai Phatthalung dan di utara Tasik Songkhla. Tanah yang lembap menjadikan tempat ini tempat tinggal kepada lebih daripada 280 spesies burung akuatik, sebahagian tinggal di sini sepanjang tahun. Bilangan burung di Thale Noi akan meningkat pada bulan-bulan musim panas dengan ratusan ribu berhijrah ke tanah lembap Phatthalung untuk memakan tumbuhan paya terapung dan teratai. Thale Noi merupakan tarikan yang mesti dikunjungi untuk pemerhati burung dan yang berminat dengan alam semula jadi.

Thale Noi - Kawasan Teratai Bunga Putih

Setelah kesemua menaiki boat, tempat dituju adalah kawasan teratai berbunga putih yang jarang kita temui.

Pulau kecil di tengah lembah ini, kebanyak pelancong akan berhenti di sini untuk mengambil foto. Di sini permandangannya sangat menarik.

Matahari sudah mulai meninggi dan cuaca semakin panas. Setelah puas bergambar, kami berangkat pulang ke pekan Phatthalung untuk sarapan pagi.

Selepas melawat Thale Noi, kami dibawa Makan Sarapan di Kedai Makan Muslim di pekan Phattalung. Buat masa ini, ini sahaja kedai muslim/halal yang ada. Kedai ini menyediakan Bubur Nasi dan Nasi goreng serta kuih-muih. Difahamkan nasi goreng disediakan sebab permintaan pakej kami. Biasa nya hanya bubur Nasi sahaja yang dijual.

Selepas sarapan, kami bergerak pulang menuju ke pekan Dannok.

PTT Ban Phru

Dalam perjalanan, kami berhenti di PTT Ban Phru, untuk mereka saya ingin ke tandas kerana selepas ini tiada lagi tempat perhentian untuk ke tandas. Waktu yang singkat ini, sempat juga ke Cafe Amazon, beli air Kopi Latte. Di Thai, Kedai Cafe Amazon sangat terkenal untuk santai seperti orang Malaysia melepak di Kedai Starbucks di Malaysia. Cafe.

DANNOK

Sampai di Pekan Dannok lebih kuran 1.00 tengahari.

Dannok merupakan sebuah pekan di sempadan antara Malaysia dan Thailand, masih tidak diketahui oleh kebanyakan dunia kerana ia dibayangi oleh bandar yang lebih popular seperti Bangkok dan Hatyai. Pekan Dannok kekal selama bertahun-tahun sebagai tempat yang sunyi yang dilalui dari Kastam dan Imigresen Sadao. Walau bagaimanapun, baru-baru ini, bandar ini telah menunjukkan kemajuan yang perlahan tetapi stabil dalam menjadikan tempat itu lebih mesra pelancong.

Tamat Perkhidmatan Tour Guide En Chakri dari Thailand.

Cuaca sangat panas di sini. 2.30pm waktu Thailand, kita akan bergerak ke Imigresen Thailand di Sadao dan Imigresen Malaysia, Bukit Kayu Hitam. Selesai kedua-dua Imigresen jam 4.30pm waktu Malaysia dan bergerak balik.

Tamat Percutian

Singgah sebentar di RnR Gunung Semanggol untuk berehat dan solat. Kemudian meneruskan perjalanan ke Kuala Lumpur. Kami sampai di Kuala Lumpur jam 12.00 tengah malam. Tamat percutian kami dengan penuh memori dan kenangan.

Alhamdulillah, semoga diberi kesihatan, rezeki dan dapat melancong lagi.

Video Kenangan

1. Floating Market, Hatyai


2. Thale Noi, Phatthalung


3. Koleksi foto OOTD

Sekian, terima kasih.

LINK


Comments

Popular

Percutian Musim Sejuk, Seoul, Korea Selatan

Alhamdulillah, syukur terhadap Allah, tercapai juga impian kami untuk bercuti di Korea Selatan. Percutian kami bermula 06 hingga 11 Februari 2014 ke Seoul dan sekitarnya. Kami menggunakan perkhidmatan agen pelancongan persendirian melalui carian di internet, Encik Nolharizat Othman.  Beliau telah memberi perkhidmatan yang baik sepanjang kami di Korea Selatan. Penginapan Penginapan popular dikalangan pelancong luar adalah di Guesthouse . Geusthouse mempunyai berbagai saiz dan harga. Ia bergantung kepada pelancong atau pengunjung untuk menyewanya. Di Seoul, kami menginap di Ines Inn di kawasan Iteawon. Ines Inn merupakan tumpuan rakyat Malaysia yang menghujungi Seoul. Ines Inn merupakan sebuah apartment yang mempunyai pelbagai saiz. Untuk ke sini, kita perlu mendaki bukit yang agak curam, jika kaki tidak kuat, masalah sikit untuk ke sini. Penginapan kami ini ditempah dan diuruskan oleh pemandu pelancong kami. Guesthouse kami mempunyai tiga bilik serta ruang tamu. Di sini t...

PERCUTIAN KE PULAU BATAM, INDONESIA 12-14 OGOS 2017

Monument Batam Percutian ke Pulau Batam bersama rakan-rakan pada 12-14 Ogos 2017. PULAU BATAM Pulau Batam terletak 20km di selatan Singapura dan dipisahkan dari Pulau Bintan oleh Selat Riau, Batam terletak di wilayah Indonesia dan merupakan kota terbesar di Kepulauan Riau. Pulau Batam mempunyai enam terminal feri, di Sekupang, Bandar Waterfront, Batam Center, Harbor Bay, Nongsapura dan Telaga Punggur. Terminal feri Batam Centre menerima feri paling banyak dari Singapura dan Johor. PERSEDIAAN AWAL Untuk keselesaan, kami telah membuat persediaan awal iaitu : Info dari Internet Melayari internet untuk mendapat maklumat Batam. Layari blog-blog mereka yang pernah melawat Batam serta website yang memberi tip dan maklumat berhubung lawatan ke Batam. Pembeliaan Tiket Feri Tiket Feri pergi-balik Stulang Laut-Batam sebanyak RM126 melalui website Berjaya Waterfront. Beli tiket feri ( sila klik ) Pembelian Tiket Bas Express Tiket Bas Express TBS (Terminal Bersepadu Selatan) ke La...

05-06 Feb 2014 - Lawatan Hari Pertama di Seoul

05 Feb 2013 merupakan persiapan terakhir kami untuk melancong ke Korea Selatan. Selepas solat Maghrib, kami menaiki Naza Ria kami menuju ke LCCT. Penerbangan ke Korea Selatan, kami menggunakan AirAsia X dimana tiket telah kami beli pada bulan Disember 2013. Waktu berlepas jam 1.00am (06 Feb 2014), Penerbangan ke Incheon International Airport, Seoul mengambil masa lebih kurang 6 jam 30 minit. Kami tiba di Incheon International Airport jam 8.30 pagi waktu Korea. Perbezaan waktu antara Korea dengan Malaysia adalah 1 jam, waktu Korea cepat daripada Malaysia. Dari Airport, kami perlu menaiki keretapi Airport ke Terminal Ketibaan. Setibanya di Terminal Ketibaan, selepas menuntut bagasi, kami disambut oleh agen pelancongan kami, Pertama kami diberi Kad T-Money setiap seorang. Kad ini digunakan untuk perkhidmatan pengangkutan di Seoul, samada keretapi bawah tanah (subway) dan bas. Dari Airport, kami menaiki subway ke Seoul, ke penginapan kami yang telah ditempah oleh agen pelancong...

Taman Negara Gunung Mulu - Tapak Warisan Dunia

Latar Belakang Sejarah : Taman Negara Mulu merupakan salah satu daripada Tapak Warisan Dunia. Ia terletak di hulu Sungai Tutuh dengan keluasan 544 km persegi. Kawasan ini mempunyai kepelbagaian spesis yang menakjubkan kerana ia terletak dari kawasan tanah pamah dengan altitud dari 50 meter sehingga 2,376 meter. Kawasn ini juga mempunyai 17 zon vegetasi. Ianya telah diwartakan sebagai Taman Negara pada 3 Oktober 1974. Taman Negara Mulu mempunyai 3 gunung, iaitu Gunung Mulu (2,376 m), Gunung Api (1,750 m) dan Gunung Benarat (1,585 m) serta 300 km gua yang telah diterokai, salah satu sistem gua batu kapur terbesar di dunia. Ia juga mempunyai beberapa gua yang mencatat rekod dunia. Taman Negara Gunung Mulu mengandungi rangkaian-rangkaian gua yang terpanjang di dunia dan di sini juga terletaknya 'Sarawak Chamber' iaitu ruang bawah tanah terbesar di dunia yang boleh menampung empat puluh biji kapal terbang Boeing 747. Anda juga boleh melawat Gua Rusa iaitu gua yang...

PERCUTIAN KE KOTA PADANG DAN BUKITTINGGI

Pada 14-17 September 2013, kami berdua, suami isteri pergi bercuti ke Tanah Adat Minangkabau, Kota Padang dan Bukittinggi, Sumatera Barat. Kota Padang merupakan Ibukota Sumatera Barat, sebuah kota terbesar di pesisir barat Pulau Sumatera. Sejarah dari perkampungan nelayan di muara Batang Arau lalu berkembang menjadi bandar pelabuhan. Kota Padang juga terkenal sebagai kawasan rantau Minangkabau, Kota Bukittinggi terletak pada rangkaian Bukit Barisan yang membujur sepanjang pulau Sumatera, dan dikelilingi oleh dua gunung berapi yaitu Gunung Singgalang dan Gunung Marapi. Kota ini merupakan tempat kelahiran beberapa tokoh pendiri Republik Indonesia, di antaranya adalah Mohammad Hatta dan Assaat. Bukittinggi juga terkenal sebagai kota wisata yang berhawa sejuk. HARI 01 - 14 Sep 2013 Setibanya di Bandar Udara Internasional Minangkabau, Padang, kami dijemput oleh pemandu pelancong, Pak Anto yang diperkenalkan oleh agen di Malaysia. Perjalanan wisata kami terus menuju ke Kota Bukittingg...

Percutian Keluarga ke Kuching 17-20 Mei 2012

Percutian keluarga ke Kuching selama 4 hari 3 malam bermula 17 Mei 2012 hingga 20 Mei 2012 . Biasanya kami berenam tetapi kali ini, dua anak aku tidak dapat menyertai percutian ini kerana berkursus dan ada peperiksaan setengah tahun sekolah. Jawabnya aku berempat bersama isteri dan dua anakku, Fiqah dan Zaki. Kami menggunakan perkhidmatan ajen pelancongan untuk keselesaan melancong di Kuching. KUCHING Bandaraya Kuching ialah ibu negeri Sarawak yang terletak di Malaysia Timur. Kuching dinaikkan taraf menjadi sebuah bandar raya pada 1 Ogos 1988. " Kuching " ialah ejaan lama bagi perkataan "kucing", tetapi ia juga mungkin merupakan kelainan bagi " Cochin ", perkataan India yang bermaksud "pelabuhan". Kuching mula-mulanya ditetap oleh para pedagang India yang mengasaskan pangkalan mereka di Santubong. Mengikut penduduk Sarawak, susah hendak lihat kucing dan mungkin tiada kucing berkeliaran di Bandar Kuching. Ada penduduk secara melawak mengata...

07 Feb 2014 - Lawatan Hari Kedua di Seoul

07 Feb 2014 - Hari kedua kami di Seoul. Tepat jam 8.30 pagi, kami telah bersiap-siap untuk lawatan hari kedua. Waktu sebegini, kebanyakan warga Korea telah pun pergi kerja. Dari penginapan, kami terpaksa menempuh perkara ini, menuruni bukit yang curam. Kepenatan mendaki semalam masih terasa tetapi apabila rasa keseronokan, hilang seketika kepenatan itu. Seoul Bukchon Hanok Village Hanok adalah rumah tradisional Korea. Kira-kira 30 tahun yang lalu, terdapat lebih 800,000 hanok di Seoul, tetapi hari ini hanya 12,000 kekal dengan 900 tertumpu di Seoul Bukchon Hanok Village . Perkampungan tradisional Korea ini terletak di antara bangunan-bangunan tinggi dan moden. Rumah-rumah di sini mengikut pelbagai kelas sosial, kedudukan dari petani hingga kepada raja. Lokasinya mencerminkan pandangan neo-Konfusianisme, mengenai dunia dan alam semula jadi, semasa Dinasti Joseon. Semasa Dinasti Joseon, Seoul mempunyai dua perkampungan iaitu perkampungan utara...