Pakej Hatyai Songkla Phatthalung Danok 3H2M Kali ini saya dan isteri menyertai pakej percutian yang dianjurkan oleh Caravanserai Holidays iaitu Pakej Hatyai Songkla Phatthalung Dannok 3H2M bermula pada 15 - 18 September 2023. Pakej ini menaik bas persiaran bermula dari KL Sentral. Lebih kurang 36 peserta menyertai percutian ini. Kebanyakan pakej yang ditawarkan oleh agen pelancongan adalah melawat Hatyai dan Songkla. Kami memilih pakej Caravanserai ini adalah kerana pakej ini memasukkan lawatan ke Phattalung yang jarang-jarang ditawarkan. Mengikut pakej yang ditawarkan adalah :" melawat sekitar Hatyai dan bermalam; keesokan melawat Songkla; Masjid Utama dan Pantai Sarmila melawat sekitar Phatthalung dan bermalam; dan melawat Dannok, kemudian pulang. Kadar tukar matawang ketika ini Baht 3,000 = RM401.00 (1 Baht = RM0.133666) HARI 1 (15 Sep 2023) KL Sentral Kami bergerak menaiki bas pada jam 9.00 malam dari KL Sentral ke Padang Besar. Dalam p...