Skip to main content

Posts

Showing posts from October, 2015

Soal Jawab HAJI (Soalan 103, 104 dan 105)

Soalan 103 Katakan saya terlepas wuquf kerana masalah kesihatan sikit. Sampai-sampai sudah 10 Zulhijah? Jawapan Kalau terlepas wuquf, tiada hajilah tahun itu. Wuquf tidak boleh diqada . Sabda Nabi SAW : Maksudnya : " Haji adalah Arafah. Sesiapa yang mendapat malam Arafah sebelum terbit fajar daripada malam hari Muzdalifah maka (hampir) sempurnalah hajinya " ( Riwayat al-Nasa'i, no. 4011 ) Hadis ini menunjukkan bahawa kalau dapat wuquf di Arafah pada masanya, dapatlah haji . Kalau tidak, tak adalah haji. Soalan 104 Eloknya semasa wuquf ini, apa aturannya yang molek? Jawapan Aturan Semasa Wuquf 1. Masuk Arafah Sunat masuk Arafah selepas gelincir matahari , berada di Masjid Namirah sengga masuk waktu Zohor. 2. Melakukan wuquf selepas solat jamak. Mealkukan wuquf selepas solat jamak . Melakukan soalat jamak (solat Zohor dan Asar secara jamak takdim) kerana ibadah ini mengikut sunnah Nabi. 3. Zikir, doa, takbiah dan membaca al-Quran Disunat...

Soal Jawab HAJI (Soalan 100, 101 dan 102)

Soalan 100 Di mana kita berwuquf? Jawapan Arafah adalah sebuah tempat untu berwuquf . Sabda Nabi SAW: Maksudnya : " Dan Arafah seluruhnya adalah tempat berwuquf ." ( Riwayat Abu Daud no. 1936 ) Mana-mana kawasan dalam Arafah adalah tempat untuk berwuquf. memang ada afdalnya di Jabal Rahmah kerana mengikut  sunah Nabi SAW. Soalan 101 Kena ada wudukkah ketika  berwuquf? Jawapan Sunat berada dalam keadaan berwuduk tapi kalau ada  hadas besar dan tidak sempat mandi janabah pun tidak mengapa.Wanita yang sedang uzur syarii pun boleh berwuquf. Soalan 102 Masa berwuquf, apa yang hendak dibuat? Jawapan Cari pahala banyak-banyak. Doa pun molek benar. Sabda Nabi SAW: Maksudnya " " Sebaik-baik doa  ialah hari Arafah. Dan sebaik-baik apa yan kamu ucapkan dan Nabi-nabi sebelumku ialah  (tiada tuhan selain Allah Yan Esa tiada sekutu bagi-Nya. Bagi-Nya kekuasaan dan bagi-Nya pujian. Dan Dia atas tiap sesuatu amat berkuasa .)" ( Riw...

SELAMAT HARI LAHIR KU 2015

HARI LAHIR KU KE-52 Waktu berjalan tiada henti.  Mengiringi bulan dan juga mentari, yang terbit setiap hari.  Mengiringi usiaku yang terus bertambah hari ke hari.  Hingga saat ini. Pada hari ini, apapun impian yang aku impikan,  semoga Allah SWT menjadikan itu kenyataan.  Apapun rencana yang akan aku buat,  semoga semua itu tercapai.  Semoga kegembiraan mengisi diriku dalam setiap waktu.  Hari ini aku berdoa sepenuh hati : " Semoga dikurniakan iman yang sempurna, akhlak yang terpuji, pekerti yang mulia, umur yang bermanafaat, rezeki yang halal, ilmu yang berguna, jodoh yang membahagiakan, hidup yang dirahmati di dunia dan akhirat,  dan sentiasa dalam redha Allah SWT ." Aamiin.