Skip to main content

Posts

Showing posts from August, 2014

SURAH AL-KAHFI (1-10 AYAT)

Surah Al-Kahfi Ayat 1 - 10 Kelebihan mengamalkan Surah Al Kahfi “ Sesungguhnya barangsiapa membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, nescaya ia akan diterangi oleh cahaya antara dua Jumaat .” ( HR Hakim 3349 ) Daripada Muaz Ibnu Anas Al-Juhari, daripada bapanya, daripada Nabi SAW baginda bersabda: “ Sesiapa membaca dari Surah Al-Kahfi, maka jadilah baginya cahaya daripada kepala hingga kakinya dan sesiapa yang membaca keseluruhannya, maka jadilah baginya cahaya antara langit dan bumi. ” ( HR Ahmad ) Daripada Umar beliau berkata, Nabi SAW telah bersabda: “ Sesiapa membaca Surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, maka bersinarlah cahaya daripada bawah kakinya hingga ke langit, untuknya di hari kiamat dan diampunkannya antara dua Jumaat .” ( HR Ibnu Katsir ) Rasulullah saw bersabda:  “ Barangsiapa yang menjaga sepuluh ayat dari surat Al-Kahfi, ia akan memiliki cahaya pada hari kiamat.” Hadis ini bersumber dari Abu Dard a’. ( Tafsir Nur Ats-Tsaqalayn 3: 243 ) Surah Al-K

Apakah Madu Lebah Penyembuh Kepada Semua Penyakit?

Soalan : Bukankah Madu Lebah itu adalah penawar bagi  umat Islam? Tetapi mengapa perkara yang berlainan berlaku kepada anak saudara saya. Setiap kali dia meminum madu sakit ususnya bertambah teruk. Mengapa perkara ini berlaku? sedangkan saya ada mendengar bahawa Rasul SAW menyatakan madu lebah itu adalah penawar dan penyembuh. Mohon penjelasan dari ustaz. Jawapan : Allah SWT berfirman: وَأَوْحَى رَبُّكَ إِلَى النَّحْلِ أَنِ اتَّخِذِي مِنَ الْجِبَالِ بُيُوتاً وَمِنَ الشَّجَرِ وَمِمَّا يَعْرِشُونَ . يَخْرُجُ مِنْ بُطُونِهَا شَرَابٌ مُخْتَلِفٌ أَلْوَانُهُ فِيهِ شِفَاءٌ لِلنَّاسِ إِنَّ فِي ذَلِكَ لَآَيَةً لِقَوْمٍ يَتَفَكَّرُونَ Maksudnya: “ Dan Tuhanmu mengilhamkan kepada lebah: “buatlah sarang-sarang di bukit-bukit, di pohon-pohon kayu dan di tempat-tempat yang dibina oleh manusia. Kemudian makanlah dari tiap-tiap jenis buah-buahan dan tempuhlah jalan tuhanmu yang telah dimudahkan (bagimu). Dari perut lebah itu keluar minuman (madu) yang bermacam-macam warnanya,

Soal Jawab HAJI (Soalan 64 dan 65)

Soalan 64  : Bilakah kita mengerjakan solat sunat ihram sama ada sebelum atau selepas ihram? Jawapan : Solat sunat ihram ini kita tunaikan apabila kita ingin berihram . Caranya ialah solat sunat dulu , kemudian barulah berniat ihram . Abdullah Ibn Umar r,a. berkata: Maksudnya : " Adalah Nabi SAW rukuk di Zil Hulaifah dua rakaat ".  (Riwayat Muslim, no. hadis 2871) Soalan 65  : Ada sesetengah orang sebelum ihram sibuk cari pengetip kuku dan gunting. Kalau tak ada biarlah. Apa sibuk-sibuk? Jawapan : Bukan apa, tetapi itu juga antara adab sebelum ihram . Antaranya kita membersihkan diri seperti mencukur bulu ari-ari, bulu ketiak dan memotong kuku . Kalau lelaki, eloklah juga kalau dinipiskan misai . Sumber : Soal Jawab remeh-temeh tentang HAJI tapi anda malu bertanya ... ( oleh Zahazan Mohamad dan Mohammad Nidzam Abd. Kadir ).

Soal Jawab HAJI (Soalan 61, 62 dan 63)

Soalan 61 : Wanita sedang haid bolehkah bertalbiah? Jawapan : Harus kerana talbiah merupakan zikir. Soalan 62 : Apakah Nabi juga melaungkan talbiah? Jawapan : Ya , Abdullah Ibn Umar r.a. menceritakan bahawa Nabi SAW : Maksudnya : " ... Meninggikan suaranya lalu berkata : Labbaik  ..." (Riwayat Muslim no. 2869) Dalam riwayat Ibn Majah, disebut bahawa talbiah adalah syiar haji maka hendaklah dikuatkan suara ketika talbiah. (Riwayat Ibn Majah, Kitab al-Manasik, hadis no. 2923) Soalan 63 : Bilakah waktu berakhirnya talbiah? Jawapan : Waktu berakhir apabila sampai waktu melontar Jamrah Aqabah pada hari raya nanti. Al-Fadl Ibn Abbas r.a. menceritakan: Maksudnya : " Maka sentiasa Nabi SAW bertalbiah hingga melontar Jamrah Aqabah " (Riwayat al-Tirmizi, no. 918) Sumber : Soal Jawab remeh-temeh tentang HAJI tapi anda malu bertanya ... ( oleh Zahazan Mohamad dan Mohammad Nidzam Abd. Kadir ).

Soal Jawab HAJI (Soalan 59 dan 60)

Soalan 59 : Apakah hukum bertalbiah dalam mengerjakan haji? Jawapan : Sunat. Bahkan dalam sebuah hadis yang sahih, Nabi SAW apabila ditanya oleh para sahabat apakah yang paling utama dilakukan dalam mengerjakan haji. Baginda bersabda: Maksudnya : " Banyak bertalbiah dengan suara yang lantang dan banyak melakukan ibadah korban " (Riwayat Ibn Majah, Ktab al-Manasik, no. hadis 2896) Maksudnya: " Hamba-Mu datang menyahut panggilan-Mu, Ya Allah. Hamba-Mu datang menyahut panggilan-Mu, Tuhan yang tiada sekutu bagi-Mu. Hamba-Mu datang menyahut panggilan-Mu. Sesungguhnya segala puji, nikmat dan kekuasaan adalah bagi-Mu, tiada yang sekutu bagi-Mu ." Soalan 60 : Kalau kita terlupa hendak bertalbiah, sahkah haji? Jawapan   : Menurut Imam Syafi'i r.h.m. talbiah hukumnya sunat, bukan rukun atau wajib haji. Walau bagaimanapun, kalau tidak talbiah, kita terlepas suatu sunah Nabi SAW yang memang sabit dan sahih bahawa Nab

RESEPI : TAKOYAKI

Bahan-bahan ( cukup untuk 16 biji takoyaki) 150 gram tepung gandum 25 gram potato starch 1 biji telur 200 ml susu segar 200 ml air 1 sudu teh baking powder 1 sudu teh serbuk pati ikan bilis 1 sudu teh garam 2 batang lidi sate I. Cara-cara Bancuh semua bahan dan biarkan seketika. Kobis - cincang halus Daun bawang - potong Isi udang/sotong/sosej atau cheese Bonito flake Mayonis Sos kicap Campuran kicap manis, 1 sudu besar hoisin sos dan seasoning II. Cara-cara 1.Panaskan acuan takoyaki. Masukken sedikit minyak. 2.Bila panas,masukkan adunan tepung sebanyak separuh acuan.    Kemudian masukkan udang/sotong. 3.Taburkan daun kobis dan daun bawang. 4.Penuhkan acuan dengan adunan tepung,biar hingga melimpah ruah. 5.Balikkan adunan dengan 2 batang lidi. 6.Letakkan sedikit minyak ke atas takoyaki,sambil terus memusingkan takoyaki dengan lidi sate hingga masak sekata. 7.Masukkan ke dalam pinggan,tuangkan so

RESEPI : LAKSA JOHOR

Kebiasaannya, masyarakat Johor akan menikmati laksa Johor menggunakan tangan Bahan-bahan : 1 paket spageti (direbus dengan air dan satu sudu besar minyak sehingga lembut) Bahan A : Direbus dan dikisar (asingkan) 1 kilo ikan kembung 100 gm udang basah 10 gm isi ikan kurau (dibakar) 50 gm udang kering Bahan B (dikisar): 3 biji bawang besar 15 tangkai cili kering 2 cm halia 2 cm lengkuas 2 cm kunyit hidup 2 batang serai (diketuk untuk tumis) 2 keping asam gelugur 1 kotak santan 1 paket kerisik 1 paket rempah kari 4 ulas bawang putih Bahan hiasan : 10 biji limau kasturi 1 biji timun (diracik halus) Sedikit tauge segar Sedikit jeruk 2 biji bawang besar 3 biji bawang merah dan hijau Sedikit daun kesum/daun selasih Bahan sambal belacan : 6 biji lada merah 30 gm belacan (dibakar) 1 biji bawang merah Garam secukup rasa Cara membuat : 1. Rebus ikan, udang, udang kering dan isi ikan kurau bakar dan asingkan tulang dan kisar hingga halus bersama

HAI MELAYU !

Sajak khas buat Melayu... Ini sebagai renungan sahaja........... Hai Melayu ! Rumahmu semua dibina Indonesia, Ekonomi pula dikuasai Cina, Golongan profesional semuanya India, Warung makan pun, Mamak dan Siam yang berkuasa, Warga Bangla pula menjadi Jaga, Orang Nepal yang menabur baja, Orang Pakistan usung karpet jaja merata, Lalu Melayu ada apa? Harapkan ustaz, saling menyesat, Harapkan hiburan, lagi best filem barat, Harapkan bahasa, banyak telah bertukar kesat, Harapkan tulisan, jawi pun mereka hambat, Harapkan tanah, banyak digadai kepada korporat! Hai Melayu ! Masih mendabik menjadi tuan? Sibuk mahu menjadi tuan, Rupanya kerja kelas bawahan, Ditipu mentah orang atasan, Konon perjuangan ini untuk kalian! Kerja sikit, sembang kencang, Banyak rungut, sikit rancang, Siapa tegur, dituduh lancang Duduk warung, gigit kacang! Hai Melayu ! Konon kau pantang dicabar, Konon kau tangkas menyambar, Tapi cuma indah khabar, Rentakmu makin lama makin hambar

RESEPI : NASI ARAB SIMPLE

Bahan-Bahan untuk Ayam dan Nasi  1 kg beras basmati (basuh dan toskan)  1.5 liter air (untuk air rebusan ayam)  2 ekor ayam (potong kepada 2 atau 4 sahaja)  1 tin kecil kacang peas  1 cawan kismis  3 biji cili merah  3 biji cili hijau  3 sudu besar minyak  5 sudu besar minyak sapi  2 sudu besar serbuk jintan manis  1 sudu besar serbuk jintan putih (bancuh dengan sedikit air)  Pewarna merah  Bawang goreng  Garam dan gula secukup rasa  2 biji labu bawang besar saiz kecil (potong bulat)  1 biji tomato saiz kecil yang masak (potong dadu)  1 biji lada hijau (potong besar, tambahkan lagi kalau nak pedas) Bahan-Bahan Tumis 5 ulas bawang merah  3 ulas bawang putih (dimayang)  3 cm halia  2 inci kulit kayu manis  3 kuntum bunga lawang  5 kuntum bunga cengkih  3 biji buah pelaga  2 sudu kecil jintan manis  1 sudu kecil jintan putih  1 pokok daun sadri (daun sup) hiris  1 pokok daun ketumbar Bahan-Bahan untuk Sos Salatoh Buah

Kenangan Raya 2014

Satu Syawal menjelang tiba, Takbir bergema mengegarkan jiwa, Sekiranya ada salah dan dosa, Ampun dipinta dihari mulia. Selamat Hari Raya  maaf zahir dan batin.