Hari merupakan hari terakhir jadual lawatan ke Seoul. Program lawatan kami adalah shopping sambil berjalan sekitar Seoul. Mengikut program kami akan melawat Namdaemun, Myeongdong, Dongdaemun dan EHWA. Kami tidak dapat melawat EHWA kerana kesuntukan masa. Cuaca pagi ini cerah tetapi tetap sejuk. NAMDAEMUN Namdaemun Market, yang terletak di tengah-tengah Seoul, adalah pasaran tradisional terbesar di Korea menjual pakaian kanak-kanak, lelaki & pakaian wanita, pelbagai barangan harian, peralatan dapur dan barangan tempatan dan yang diimport. Kebanyakan kedai-kedai mempunyai kilang-kilang dan membuat produk itu sendiri. Mereka boleh menawarkan harga borong dan harga runcit yang membolehkan pengunjung membeli pelbagai barangan pada harga yang sangat murah. Untuk Namdaenmun, gunakan perkhidmatan Subway Line 4 , berhenti di Stesen Hoehyeon dan keluar ke Exit 5 . Kedai yang dituju adalah kedai-kedai yang menjual brooch atau kerongsang. Walau pun br...