Skip to main content

Posts

Showing posts from October, 2013

SOLAT ITU TIANG AGAMA

Firman ALLAH SWT yang bermaksud:  “ Sesungguhnya sembahyang itu adalah satu ketetapan yang diwajibkan ke atas orang yang beriman yang tertentu waktunya .”   (Surah An-Nisa’ : 103)       RENUNGAN BERSAMA   Wahai anakku, Ketika ditanya waktu kecil berumur 6 tahun, apakah benda paling ringan di dunia, engkau menjawab kapas. Abah tersenyum. Wahai anakku, Ketika engkau berumur 13 tahun, sekali lagi soalan ditanya apakah benda paling ringan di dunia, engkau menjawab kertas dan kapas. Abah tersenyum lagi. Wahai anakku, Ketika engkau berumahtangga, abah bertanya lagi soalan yang sama apakah benda paling ... ringan di dunia, engkau menjawab pelbagai jenis jawapan sains – atom, elektron dan sebagainya. Maklumlah engkau jurutera, abah tersenyum. Wahai anakku, Ketika anak engkau berbuat nakal, engkau datang pada abah. Engkau bertanya, “Ingat tak abah selalu bertanya apakah benda paling ringan di dunia ini? Anakanda dah tahu.” “Apa dia?” ...

Soal Jawab HAJI - ( Soalan 52 )

BAB 6 - RUKUN HAJI DAN UMRAH Soalan 52   : Apakah perbezaan antara rukun dan wajib haji? Jawapan : Rukun tidak dibuat, maka haji tidak sah. Begitu juga dengan umrah. Rukun haji dengan rukun umrah lebih kurang sama sahaja. Cuma dalam haji ada wuquf di Arafah. Umrah tiada wuquf. Itu sahaja beza antara haji dan umrah. Adapun wajib, ia juga perkara penting tetepi tidaklah sampai batal haji jika tidak dilakukan. Jika tertinggal wajib haji, ibadah tetap sah cuma dikenakan dam. Sumber : Soal Jawab remeh-temeh tentang HAJI tapi anda malu bertanya ... ( oleh Zahazan Mohamad dan Mohammad Nidzam Abd. Kadir ).

Soal Jawab HAJI - Rukun Haji

BAB 6 - RUKUN HAJI DAN UMRAH Soalan : Rukun Haji? Jawapan : Syarat-Syarat Rukun Haji : 1. Berniat ihram . 2. Wuquf di Padang Arafah 3. Tawaf 4. Bergunting atau bercukur yang dilakukan selepas berlalu separuh malam daripada malam raya. 5. Sa'i di antara Bukit Safa dan Marwah 6. Tertib pada kebanyakan rukun seperti mendahulukan ihram atas segala yang lain dan mendahulukan wuquf atau tawaf Ifadhah. Sumber : Soal Jawab remeh-temeh tentang HAJI tapi anda malu bertanya ... ( oleh Zahazan Mohamad dan Mohammad Nidzam Abd. Kadir ).

Soal Jawab HAJI (Soalan 50 dan 51)

BAB 5 - MIQAT HAJI Soalan 50 : Susah juga untuk berihram di miqat. Apa kata kalau kita ihram siap-siap sebelum naik kapalterbang. Niat ihram di KLIA?  Jawapan : Ihram tersebut sah, cuma dikenakan dam kerana tidak mengikuti panduan yang diletakkan. Soalan 51 : Kalau hendak masuk Makkah, kena ihram, Macam mana kalau hari-hari masuk Makkah? ` Jawapan : Bagi penduduk Makkah dan orang sekitar Makkah, membesar di situ dan bekerja di situ, tidaklah perlu berihram setiap kali hendak masuk Makkah. Ihram ini bagi orang luar yang menziarahi Makkah untuk mengerjakan haji atau umrah. Nabi bersabda : Maksudnya : " Maka miqat-miqat itu adalah bagi penduduk negeri-negeri yang disebutkan itu dan juga bagi orang yang datang melaluinya dari negeri yang lain dengan tujuan haji dan umr a h ." Kalau masuk hendak berniaga, ziarah keluarga atau apa sahaja tetapi tidak mahu mengerjakan haji dan umrah, masuk sajalah tanpa ihram. Sumber : Soal Jawab remeh-temeh ten...

Sanah Helwah 03-10-2013

  Alhamdulillah Syukur ke hadrat Allah S.W.T. kerana diberi umur ke hari ini.       DOA   YA Allah, ya Tuhanku yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang   Terima kasih ya Allah untuk usia yang telah Engkau berikan.   Terima kasih juga untuk setiap rezeki yang Engkau kurniakan.   Terima kasih juga untuk setiap cubaan yang Engkau turunkan.   Terima kasih untuk bakat dan ilham yang Engkau anugerahkan.   Terima kasih kerana keluarga bahagia yang Engkau amanahkan.   Sesungguhnya terlalu banyak telah Engkau berikan kepada ku ... tetapi terlalu sedikit pengabadianku terhadap-Mu   Engkau tetap menerima walaupun terkadang aku alpa, aku lupa, aku silap dan khilaf menafsir makna setiap kurniaan dan dugaan.   Namun begitu besarnya kasih-Mu...Engkau tetap melindungiku   Walaupun aku kalut merunggut ketika saat-saat lemahku datang.   Aku tidak menafikan hak-Mu ...

Soal Jawab HAJI (Soalan 48 dan 49)

BAB 5 - MIQAT HAJI Soalan 48 : Kalau dilihat jarak antara setiap tempat miqat yang jauh dari Makkah, sudah tentu ada Bandar atau kampong antara Makkah dan tempat miqat. Penduduk di situ, di mana mereka perlu bermiqat?  Jawapan : Di mana tempat mereka tinggal, di situlah mereka beihram. Miqat tadi hanya untuk orang yang di luar dari miqat. Kiranya untuk sampai ke Makkah, sudah ada sempadan daripada beberapa penjuru. Adapun yang berada dalam kawasan miqat, mereka hanya berihram di tempat mereka sahaja. Ini berdasarkan sabda nabi SAW : Maksud : "Dan mereka yang kurang jaraknya daripada miqat yang ditentukan, maka kawasan miqatnya di tempat mereka sendiri hingga penduduk Makkah miqat mereka di Makkah." (Riwayat al-Bukahri) Orang yang melalui miqat ini hendaklah berihram di situ. Soalan 49 : Seorang pramugara telah bertugas dalam kapal terbang yang ingin mengerjakan haji. Beliau telah berniat sewaktu melintasi Qarnul Manazil tetapi masih lagi memakai p...