Skip to main content

Posts

Showing posts from July, 2013

RESEPI - UDANG MASAK MENTEGA (BUTTER PRAWN)

Bahan-bahannya 15-20 ekor udang 3 biji telur 1 bungkus butter (guna marjerin pun boleh) 3 helai daun kari 1 batang daun sup 1 batang cili hijau 2 sudu kecil serbuk lada hitan 1 sudu kecil serbuk lada putih garam dan ajinomoto Cara membuatnya : 1. Asingkan telur yang kuning dan putih di dalam bekas yang berbeza. 2. Tuang putih telur ke atas udang 3. Perasakan dengan garam dan ajinomoto. Gaulkan 4. Masukkan cili hijau dan gaulkan 5. Masukkan sesudu lada putih dan sesudu lada hitam dan gaulkan 6. Masukkan daun sup dan daun kari. Gaul rata 7. Masukkan 1/4 buku butter ke dalam kuali. Goreng udang 8. Goreng udang sampai udang tukar warna oren 9. Angkat dan toskan udang itu. Biar dia duduk dalam tos tu 10. Untuk kuning telur, masukkan garam dan ajinomoto secukup rasa serta sesudu lada hitam. Pukul kuning telur sampai kembang 11. Masukkan baki butter tadi semua ke dalam kuali panas. Tunggu sampai butter panas, cair dan berb...

RESEPI - NASI BRIYANI 1MALAYSIA

Oleh Chef Riz Bahan-bahan : 500g Beras Basmathi (direndam air 40 minit) 400ml Stok Ayam 200ml Susu Sejat 1\2 ekor ayam (dibersihkan) 2 sudu besar Rempah Briyani 60g minyak Sapi 60ml minyak New Vida 5 Cengkih 6 Buah Pelaga 4 Bunga Lawang 2 Kulit Kayu Manis 2 labu Bawang Besar (dihiris) 5 ulas Bawang Berah (dihiris) 4 ulas Bawang Putih (dihiris) 4cm Halia (dititik) 2 Batang Serai (dititik) 4 Daun Pandan (disiat & disimpul) 2 Biji Tomato (dicincang) 2 Sudu kecil Koma-Koma (direndam) 2 sudu besar air panas 60 ml Air Mawar 1\2 cawan Kismis Campuran 1\2 cawan Badam (dipanggang) 1 cawan Bawang Goreng 1\2 cawan Dadih Asli 1\2 biji Lemon (diambil kulit dan jusnya) Sedikit Daun Ketumbar Segengam kecil Daun Pudina Sedikit Daun Pisang Garam secukup rasa Hidangan : •1 sajian Kuzi Sendi kambing & Kofta Kambing. •1 sajian Udang panggang berempah. •Papadam. •Raitha 'espuma'. Cara-cara Penyediaan : •Masukan dadih asli, rempah briyani, baw...

Niat Puasa Ramadan

Niat adalah salah satu rukun puasa. Jika sesorang itu terlupa untuk berniat puasa, maka puasanya TIDAK SAH. Jika seseorang itu lupa berniat puasa, maka wajib ke atasnya imsak iaitu menahan diri daripada makan, minum dan lain-lain perkara yang membatalkan puasa serta wajib ke atasnya mengqadha puasa tersebut. Niat ialah lintasan atau ucapan di dalam hati. Tidak sah niat jika diucapkan melalui mulut tetapi hatinya kosong. Niat boleh menggunakan apa-apa bahasa dan tidak semestinya bahasa Arab. Jumhur ulamak (termasuk mazhab Syafi’ie) berpendapat niat puasa mesti dilakukan pada tiap-tiap malam. Niatnya ialah : Sahaja aku puasa pada esok hari dalam bulan Ramadan tahun ini kerana Allah Taala. Mazhab Imam Malik berpendapat boleh berniat puasa untuk sebulan sekaligus iaitu pada malam pertama Ramadan. Berniat satu bulan penuh hendaklah dilakukan pada malam pertama puasa sahaja. Tidak dikira niat sebulan penuh itu jika ia dilakukan pada malam berikutnya seperti b...

Soal Jawab HAJI (Soalan 43, 44 dan 45)

BAB 5 - MIQAT HAJI Soalan 43 : Selalu disebut dalam kursus haji tentang miqat. Apa benda miqat itu?  Jawapan : Miqat ini bermaksud sempadan atau batas. Miqat melibatkan sempadan masa tertentu dan tempat tertentu untuk ibadat. Cuma miqat ini ada dua iaitu miqat zamani dan miqat makani. Miqat haji bermula sekitar dari bulan Syawal, Zulkaedah hingga 10 Zulhijah. Firman Allah SWT tentang ketetapan bahawa haji ada waktunya Surah Al-Baqarah 2: ayat 197 Bermaksid : "Haji itu beberapa bulan yang maklum." Soalan 44 : Apakah hokum menyemat niat sebelum memasuki bulan-bulan haji? Apa jadi kepada niat tersebut? Jawapan : Niat ihram itu sah tetapi ia tidak menjadi haji sebaliknya bertukar menjadi umrah. Soalan 45 : Apakah dia pula miqat makani? Selalu dengar orang tua-tua sebut Qamul Manazil. Jawapan : Jadinya miqat makani ialah tempat untuk kita berihram haji atau umrah. Haji memang dibuat di Makkah, tapi tempat mula berniat ihram haji di...