BAB 4 - SYARAT-SYARAT WAJIB HAJI Soalan 31 : Apakah hukum seseorang lelaki yang pergi menunaikan haji tanpa meninggalkan sebarang bekalan untuk anak isterinya? Jawapan : Haram seseorang suami meninggalkan keluarganya tanpa bekalan yang akan memenuhi keperluan mereka sepeninggalanbya. Nabi SAW bersabda : Maksudnya : " Memadailah bagi seseorang dosa jika dia mengabaikan nafkah orang dalam tanggungannya ". Kalau dia pergi haji menyebabkan anak kelaparan, tidak pergi sekolah kerana tiada duit tambang dan sebagainya, maka dia belum cukup syarat wajib haji lagi ( Dia belum berkemapuan untuk pergi haji ). Soalan 32 : Duit banyak tetapi banyaknya daripada rasuah. Boleh pakai ke duit hasil rasuah untuk pergi haji? Jawapan : Hajinya sah tetapi perbuatannya haram. Renungi hadis Nabi SAW : Maksudnya : " Tidak seorang pun yang bekerja untuk mendapatkan harta dengan jalan haram lalu d...