BAB 2 - KEWAJIPAN HAJI Soalan 11 : Ada hamba Allah bernazar untuk berjalan kaki semasa menunaikan haji. Macam mana? Jawapan : Kalau sudah nazar begitu, nampaknya macam wajiblah untuk ditunaikan. Alahai...buat apalah pergi bernazar begitu. Banyak lagi nazar yang baik. Umapamanya bernazar untuk bersedekah, menderma kepada anak yatim dan seumpamanya. Sedangkan bazar untuk berjalan kaki boleh menyeksa diri. Hadis daripada Anas r.a. : Nabi SAW pernah satu masa melihat seorang tua berjalan sambil dipapah oleh dua anak orang lelakinya. Nabi SAW bertanya tentang keadaannya keanapa dia berjalan. Mereka menjawab dia bernazar untuk berjalan. sabda Nabi SAW : Maksudnya : " Sesungguhnya Allah tidak memerlukan perbuatan menyeksakan diri seperti kelakuan orang ini terhadap dirinya ." ( Riwayat Bukhari dan Muslim ) Cumanya mungkin ada kafarah nazar. Eloklah kalau hendak bernazar, pilihlah benda yang sesuai dan logik. Kalau tidak, sud...