Skip to main content

Posts

Showing posts from October, 2012

MAJLIS RAMAH MESRA AIDILADHA PPPBCJ 2012

Majlis ini telah diadakan ekoran sumbangan lembu daripada Encik David Teo, Pengarah Urusan MIG kepada Persatuan Penduduk Pusat Bandar Cheras Jaya. Sembelihan lembu ini telah dilakukan oleh Tuan Imam, Hj Kamaruddin pada petang Jumaat 26 Oktober 2012. Kerja-kerja melapah dan memotong daging dan bahagian-bahagian lembu yang lain dibuat secara gotong-royong oleh penduduk Taman Cheras Jaya.     Majlis Ramah Mesra pula diadakan pada hari Ahad 28 Oktober 2012 dengan jamuan masakan Tuan Hj Aminuddin dan dibantu oleh ahli-ahli PPPBCJ dan penduduk taman. Majlis ini bermula jam 12.30 tengahari dan berakhir jam 2.30 petang. 

MAJLIS QURBAN DAN AQIQAH, MTCJ 1433H

Majlis Qurban dan Aqiqah, MTCJ 1433H telah berjaya dilaksanakan pada 11 Zulhijjah 1433H bersamaan 27 Oktober 2012. Sebanyak 13 ekor lembu dan seekor kambing telah diqurbankan. Manakala seekor lembu lagi sumbangan JAIS untuk dibuat jamuan makan petugas-petugas qurban. Masakan kulai kawah, goreng kicap dan Sup tulang telah disediakan oleh kumpulan dapur.Majlis ini bermula jam 8.00 pagi dan selesai pembahagian pada jam 11.30 pagi.   Klip video   POTONG KUKU, RAMBUT ( Sumber ) Bagi menggandakan pahala korban, seseorang yang sudah berniat awal untuk melakukannya digalakkan menahan diri dari memotong rambut dan kuku. Ia berdasarkan hadith riwayat Muslim yang sohih, iaitu :-   من أراد أن يضحي فدخل العشر فلا يأخذ من شعره ولا من أظفاره شيئاً حتى يضحي   Ertinya : Barangsiapa yang ingin menyembelih ( berkurban ), dan telah masuk sepuluh awal Zulhijjah), maka janganlah dia memotong apa-apa rambut atau kukunya SEHINGGALAH sampai korban dilaksana...

AIDIL ADHA 1433H

    Firman Allah SWT dalam surah Ali‘Imran ayat 92 ; “ Kamu tidak sekali-kali akan dapat mencapai (hakikat) kebajikan dan kebaktian (yang sempurna) sebelum kamu menafkahkan (mendermakan) sebahagian daripada apa yang kamu sayangi. Sesuatu apa jua yang kamu nafkah, maka sesungguhnya Allah mengetahuinya ”. Tahun ini beraya di Taman Cheras Jaya.

SALAM AIDIL ADHA 1433H/2012

  Rasulullah S.A.W. bersabda:  “ Hiasilah hari raya kamu dengan takbir, tahlil, tahmid dan taqdis ”. ( Hadis riwayat at Tabrani )   “ Korban itu untuk yang melakukannya akan dibalas Allah dengan pahala setiap helai bulunya satu kebaikan ”. ( Riwayat Ibnu Majah )     Ibnu Abbas R.A. menerangkan bahawa; “ Perjuangan dan pengorbanan ialah menyumbangkan seluruh tenaga dan melakukan segala usaha mengalahkan musuh dalam segala bentuk. Bermula daripada perjuangan melawan serangan musuh bagi mempertahankan negara, nyawa dan agamanya sehinggalah kepada perjuangan serta pengorbanan melawan runtuhan hawa nafsu dan hasutan syaitan ”     SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA 1433H SELAMAT BERKORBAN    

ZULHIJJAH DAN QURBAN : ISU DAN HUKUM

Ustaz Dr. Zaharuddin Abd Rahman Mengulas isu-isu semasa berkaitan bulan Zulhijjah dan ibadah Qurban seperti : 1. Bolehkah gabung Qurban dan Aqiqah, 2. Berhutang untuk Qurban, 3. Qurban di Luar Negara, 4. Qurban Guna Ayam, 5. Kongsi Pahala Qurban, 6. Kongsi Harga Qurban, 7. Binatang Terbaik untuk Qurban, 8. Patahkan Tulang Binatang Qurban, 9. Amalan terbaik pada bulan Zulhijjah, 10. Qurban dengan sedeqah duit tanpa sembelihan. 11. Siapa patut mulakan Qurban? 12. Upah penyembelih dan jual daging Qurban Sila layari laman web beliau www.zaharuddin.net ( klik ) .

Hadir Majlis Perkahwinan Anak Lelaki Jamaluddin Ariffin

Hadir majlis perkahwinan anak lelaki Encik Jamaluddin Ariffin (kawan sekolah STK) pada 14 November 2012 di Taman Desa Tebrau, Johor Bahru. Kami bertolak dari Cheras jam 8.30 pagi bersama-sama dengan Norzam, Rozie Anis dan Cikgu Sudir. Kami berempat selamat sampai di rumah pengantin jam lebih kurang jam 1.00 tengahari.   Dimajlis ini , kami bertemu beberapa kawan sekolah STK, Fazilah Open, Rozie Ariffin, Han Mira, Norhaizan, Rashid Abu, Kamil Taha dan beberapa kawan yang lain. Semoga perkahwian Abdul Jalil bersama isterinya bahagia dan berkekalan hingga akhir hayat. Kepada Jamaluddin, kami ucapkan tahniah kerana dapat menantu.

03102012 - Ulangtahun Kelahiran Ku

Alhamdulillah, diberikan umur sampai ke hari ini. Terima kasih atas ucapan serta doa sahabat semua. Semoga dimakbulkan. Semoga kita semua sentiasa mendapat rahmatNya, sihat afiat dan dijauhi dari kekufuran, kepapaan dan kemiskinan. Amin.

JUMPA PAK NGAH IBM

28 September 2012, jumpa kawan lama Najamuddin Zabidi, lebih dikenali dengan Pak Ngah di Masjid Besi, Putrajaya  selepas Solat Jumaat.